Paul Merson Dedah Masalah Sebenar Yang Liverpool Sedang Hadapi

Selepas Liverpool mengesahkan yang Mohamed Salah bersetuju untuk menandatangani kontrak baru, suasana di Anfield sepertinya kembali ceria dan lebih bersedia untuk menghadapi saingan musim baru.

Walau bagaimanapun, legenda Arsenal, Paul Merson merasakan yang Liverpool sepertinya bakal melalui musim yang sukar pada musim baharu nanti.

Menulis di kolum beliau di Daily Star, Merson mendedahkan masalah terbesar Liverpool yang mungkin berpotensi menyebabkan mereka tercicir jauh di belakang Man City.

Beliau merasakan Liverpool perlu perbaiki masalah di posisi terpenting mereka iaitu di posisi midfield.

Beliau merasakan bahagian midfield skuad kendalian Jurgen Klopp itu sangat bermasalah dan berpotensi untuk menjadi penyebab Liverpool tidak akan mampu memenangi kejuaraan.

Bekas pemain midfield Arsenal itu mendedahkan tentang kerisauan beliau melihat kualiti yang ada pada skuad depth Liverpool terutama di bahagian tengah mereka.

Beliau menganggap yang Liverpool ketika ini terlalu bergantung kepada Fabinho dan hal itu sama sekali tak sepatutnya berlaku.

Beliau turut menegaskan yang Liverpool tak sepatutnya terlalu bergantung harap kepada gandingan Fabinho, Jordan Henderson, James Milner dan Thiago Alcantara semata-mata.

Merson percaya gandingan itu masih tak cukup bagus dan masih banyak yang perlu diperbaiki.

Di posisi central midfielder Liverpool, Merson mempersoalkan adakah Curtis Jones mampu untuk memainkan peranan besar atau beliau masih sekadar mampu menjadi pilihan kedua sahaja.

Paul Merson juga menasihatkan Liverpool supaya jangan pernah berharap kepada Naby Keita kerana bintang Afrika itu tidak cukup bagus untuk diharapkan.

Ia jelas sekali penilaian yang agak kejam dan tegas dari Paul Merson yang sama sekali tak percaya dengan barisan midfield Liverpool.

Pundit tersebut sepertinya terlepas pandang pemain pilihan lain yang Klopp ada untuk memperkuat barisan midfieldnya.

Kedua-dua Harvey Elliott dan Alex Oxlade Chamberlain jelas sekali sangat layak dan sesuai untuk diturunkan dalam skuad depth mahupun skuad utama The Reds.

Masalah sebenar midfield Liverpool bukanlah kekurangan pemain berkualiti, namun sebaliknya mereka berdepan masalah ketidakseimbangan di posisi tersebut.

Kesemua lima pemain Jordan Henderson, Naby Keita, Curtis Jones, Alex Oxlade Chamberlain dan Harvey Elliott lebih selesa bermain di sebelah kanan, andai diturunkan untuk bermain tiga midfield.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga hanya mempunyai dua pemain sahaja yang boleh bermain di bahagian kiri dan tengah seperti James Milner dan Thiago Alcantara.

Pemain yang akan berada di belakang 3 midfield itu adalah Fabinho dan Merson benar ketika beliau mendakwa Liverpool terlalu bergantung kepada bintang Brazil itu.

Seandainya Fabinho terpaksa direhatkan kerana dibelenggu masalah kecederaan, jelas sekali ia bakal memberi tamparan hebat kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Jordan Henderson boleh bermain di posisi deepest lying midfielder untuk Liverpool, namun itu bukanlah peranan yang beliau mahukan.

Beliau bahkan turut tidak mampu mempamerkan aksi persembahan terbaiknya ketika bermain di posisi tersebut.

Masalah sebenar Liverpool bukanlah kekurangan pemain, kerana mereka mempunyai ramai pemain yang boleh bermain di posisi itu.

Masalah sebenar skuad kendalian Jurgen Klopp itu adalah pemain yang beliau ada tidak cukup versatile dan ya, mereka kekurangan pemain dalam skuad depth.

Liverpool pada musim panas ini telah berjaya menandatangani Darwin Nunez, Fabio Carvalho dan Calvin Ramsay dalam usaha mereka sedang memperkuat skuad mereka.

Juara saingan Carabao Cup dan FA Cup itu juga pada ketika ini masih dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain baru untuk memantapkan skuad mereka bagi menghadapi musim baharu ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Liverpool Sangat Berminat Mahu Mendapatkan Bintang Man Utd