Pemain tengah yang mempunyai fesyen rambut yang pelbagai, Paul Pogba sekali lagi menjadi bualan apabila sekali lagi dilaporkan akan meninggalkan Manchester United dan tidak mahu kekal bersama.
Seperti biasa kenyataan ini tidak datang datang daripada bibir mungil Paul Pogba tetapi melalui suara daripada perut ejen beliau yang sangat kontroversi, Mino Raiola.
Mino Raiola merupakan seorang super ejen yang mahir meraih wang yang banyak melalui perpindahan pemain yang bernaung di bawah pengurusan beliau.
Mino Raiola to Tuttosport: “I can say that it’s over for Paul Pogba at Manchester United”. 🔴 #MUFC #Pogba #transfers
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 7, 2020
Selepas menjaringkan bertaraf dunia dan sangat padu, Raiola telah mengeluarkan kenyataan bahawa, masa depan Pogba bersama Manchester United telah berakhir.
Kenyataan Raiola ini telah dibuat kepada Tuttosport yang berbunyi:
“I can say that it’s over for Paul Pogba at Manchester United.”
—-
“Aku boleh katakan bahawa ia sudah berakhir buat Paul Pogba di Manchester United.”
Mino Raiola: “Paul is unhappy with Man United as he is no longer able to express himself in the way that he would like and as he is expected to. Paul needs a new team, a change of air. He is under contract for the next 18 months and it will expire in the summer of 2022”. 🔴 #MUFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 7, 2020
Menurut Raiola lagi, Pogba tidak gembira untuk bersama Setan Merah dan memerlukan pasukan baru dan jalan penyelesaian terbaik adalah berpindah.
“Paul tidak gembira bersama Manchester United di mana beliau tidak lagi boleh bermain dengan cari beliau suka dan mahu. Paul perlukan pasukan baru untuk beralih angin. Paul masih mempunyai kontrak selama 18 bulan dan akan tamat pada musim panas 2022.”
“Aku rasa jalan terbaik untuk Pogba dan Manchester United adalah berpisah pada jendela perpindahan. Jika tidak, pasukan Old Trafford tahu risiko akan kehilangan Pogba secara percuma kerana Paul tiada niat untuk menyambung kontrak.”
Mino Raiola: “However, I think that the best solution for both Pogba and Man Utd is that he goes in the next transfer window. If not, the Old Trafford club know that they risk losing him on a free transfer as it is not Paul's intention to extend his contract”. 🔴 #MUFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 7, 2020
Seperti biasa Raiola akan mendesak Manchester United dengan ugutan akan kehilangan Pogba secara percuma.
“Ahli Lembaga Manchester United tahu akan risiko kehilangan Pogba secara percuma memandangkan Pogba tidak mahu menyambung kontrak. Jika ada yang tidak faham situasi ini maka mereka tidak faham bola sepak.”
“Walau apapun sebabnya, biarkan mereka salahkan aku jika Paul pergi.”
Mino Raiola: “Manchester United board know the risk losing Pogba for free given the player has no intention of extending. If somebody does not understand that, then they do not understand football. In any case, let them blame me if Paul leaves". 🔴 #MUFC #Pogba @tuttosport
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 7, 2020
Maka dengan ini bermulalah kembali drama saga perpindahan keluar Paul Pogba dari Setan Merah dan ini bukan khabar angin seperti pemain lain kerana kenyataan ini datang dari Raiola sendiri.
Mungkin ini satu strategi Raiola untuk mendesak Setan Merah menawarkan kontrak baru yang lumayan untuk Pogba jika mahu kekal selepas menjaringkan satu gol.
Setakat ini Pogba dan Manchester United belum lagi menemui persetujuan untuk kontrak jangka panjang selepas mengaktifkan klausa untuk melanjutkan kontrak hingga Jun 2022.
Real Madrid mungkin akan menjadi destinasi Paul Pogba kerana sebelum ini beberapa kali menyatakan impian beliau untuk bermain bersama Los Blancos suatu hari nanti.
Juventus pernah menyatakan minat kepada bekas pemain mereka sebelum ini namun hajat itu mungkin terbantut dengan situasi ekonomi semasa ketika ini.
Semasa Jose Mourinho masih lagi bersama Manchester United juga telah berlaku pertelingkahan antara pengurus pasukan dengan Mino Raiola sehinggalah ke zaman Ole Gunnar Solskjaer.
Adakah ini merupakan penamat jodoh Pogba bersama Manchester United dan bukan kali pertama Raiola menyatakan Pogba mahu meninggal dan sudah tiada hati untuk bermain.
Mungkin Raiola sudah lupa, Pogba bukan lagi pemain berkelas dunia jika menurut pandangan pengulas bola sepak ketika ini untuk aksinya di padang yang sangat tidak konsisten.
Mungkin beraksi dengan kelab baharu akan mengembalikan semula yang terbaik daripada Pogba.