Selepas insiden Cristiano Ronaldo mencari gaduh dengan botol Coca-Cola ketika sesi sidang media, semalam Paul Pogba pula tampil melakukan hal yang seakan sama.
Pemain midfield Perancis itu telah mengalihkan botol Heineken yang ada di atas mejanya ketika sesi sidang media sebelum perlawanan bertemu Jerman.
Seperti semua sedia maklum, Paul Pogba merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang beragama Islam dan tindakan yang beliau lakukan semalam jelas boleh difahami.
paul pogba hates heineken
Don't give Paul Pogba Heineken pic.twitter.com/4inexnnO3J— Vini Johny28 (@ViniJohny28) June 15, 2021
Beliau yang menghadiri sesi sidang media itu awalnya duduk bersama pengurusnya, Didier Deschamps. Pogba kemudiannya melihat sebotol Heineken berada di depannya dan beliau rasa kurang senang dengan hal itu.
Beliau dengan segera mengambil botol Heineken tersebut dan meletakkannya di bawah meja sebelum meneruskan sesi sidang media itu seperti biasa.
Tindakan beliau itu mencuri tumpuan peminat dan kebanyakkannya memuji reaksi spontan beliau itu yang tidak mahu mempromosikan produk yang jelas dilarang dalam agamanya.
Selain dari reaksinya mengalihkan botol Heineken tersebut, Paul Pogba turut dipuji atas aksi hebat yang beliau pamerkan ketika bertemu Jerman awal pagi tadi.
'Drink water'
Cristiano Ronaldo removes Coca-Cola bottles at start of #Euro2020 press conference pic.twitter.com/2eBujl9vzk
— Guardian sport (@guardian_sport) June 15, 2021
Beliau merupakan nadi penting dalam sistem serangan Perancis dan senantiasa memberi ancaman ke kubu Jerman sepanjang perlawanan.
Paul Pogba juga berjaya membuat satu hantaran yang digelar Trivela dengan menggunakan bahagian luar kaki kanannya yang super genius dan menjadi punca kepada gol kemenangan Perancis ke atas Jerman.
Beliau jelas mendominasi sepenuhnya bahagian midfield dan gandingannya bersama Kante dilihat sebagai satu gandingan yang sangat sempurna.
Beliau banyak memulakan gerakkan ketika Perancis melakukan serangan dengan menggunakan kebijaksanaannya yang pandai mencari ruang untuk melorongkan bola.
#Euro2020: #Pogba like #CristianoRonaldo #CR7, french midfielder removes a bottle of #Heineken during the post-match interview #FRAGER #PaulPogba https://t.co/wZpEl7qDMp
— NextGenHD.com (@nextgenhdcom) June 16, 2021
Pogba sering melorongkan bola ke arah kawasan yang tidak padat dan bola hantarannya hampir 90% tepat menemui rakan sepasukannya.
Tidak dinafikan Kante banyak membantu dalam membenarkan Pogba untuk bergerak dengan lebih bebas, namun hak beliau untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini tidak boleh dinafikan.
Bintang Manchester United itu bukan hanya menjadi ancaman kepada barisan pertahanan Jerman, beliau bahkan turut menjadi masalah utama untuk jentera serangan skuad kendalian Joachim Low.
Pogba banyak membantu barisan pertahanan Perancis dalam perlawanan ini dan kerana kehebatan beliau di bahagian atas dan bawah, beliau telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini.
Kante and Pogba when they start together for France:
▪️ 22 wins
▪️ 6 draws
▪️ 0 defeats— B/R Football (@brfootball) June 15, 2021
Perancis berjaya menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan jni dan satu-satunya gol itu sebenarnya terhasil dari gerakkan hebat dan bijak dari Pogba.
Sebelum isu Pogba dengan Heineken, Cristiano Ronaldo terlebih dahulu sudah mencari gaduh dengan Coca-Cola ketika sesi sidang media sebelum perlawanan antara Portugal bertemu Hungary semalam.
Cristiano Ronaldo telah mencetuskan kontroversi ketika sesi sidang medianya semalam, selepas beliau dengan santai telah mengalihkan dua botol Coca-Cola yang ada di atas mejanya.
Insiden tersebut tular di media sosial dengan kebanyakkan peminat memuji keberanian Ronaldo yang menolak produk penaja dengan alasan beliau tidak mahu menyarankan sesiapa meminum minuman tidak sihat.
All eyes on Pogba 👁️ 👃 👁️ pic.twitter.com/khqr03l8g6
— ESPN FC (@ESPNFC) June 15, 2021
Tindakan berani Cristiano Ronaldo itu dilaporkan menyebabkan Coca-Cola menanggung rugi teruk dengan mencatatkan kerugian bernilai RM16.5 billion.
Media Sepanyol, Marca, telah melapor dan membandingkan nilai saham syarikat minuman gergasi dunia tersebut sebelum dan selepas tindakan Ronaldo, dan akibatnya, nilai saham Coca Cola susut berbillion ringgit!
Do NOT put Coca Cola in front of Cristiano Ronaldo 😠
This is absolutely brilliant 🤣 pic.twitter.com/bw9FYlTOI4
— Goal (@goal) June 15, 2021
Menurut Marca, nilai pasaran Coca Cola telah menjunam daripada $242 billion kepada $238 billion – kejatuhan sebanyak 1.6% dan ia merupakan penurunan yang sangat tidak baik untuk mereka.
Hanya kerana satu detik tindakan Ronaldo, syarikat gergasi mampu hilang $4 billion (RM16.5 billion), dan kerana itulah beliau dianggap sebagai atlet paling berpengaruh di dunia.
Walau tindakan kedua-dua mereka nampak sedikit tidak profesional kerana tidak menghormati penaja, namun keberanian mereka untuk jujur dengan hal yang mereka tak suka wajar dipuji.