Pemain midfield Manchester United, Paul Pogba mendedahkan yang rumahnya telah dipecah masuk ketika beliau sedang beraksi bertemu Atletico Madrid kemarin.
Lebih menyeramkan lagi, ketika kejadian, anak-anak beliau masih berada dalam rumah dan mujur saja tidak ada hal tak diingini yang berlaku.
Pemain kebangsaan Perancis itu mengeluarkan kenyataan di laman twitter miliknya untuk mengesahkan yang insiden tersebut berlaku beberapa minit sahaja sebelum tamat perlawanan Man Utd bertemu Atletico Madrid.
Paul Pogba’s house burgled while he was playing for Manchester United against Atletico Madrid | @TelegraphDuckerhttps://t.co/JFIbnSgsFU
— Telegraph Football (@TeleFootball) March 16, 2022
Pogba bersama isterinya segera meninggalkan Old Trafford selepas wisel penamat dibunyikan untuk pulang ke rumah mereka.
Beliau dalam kenyataannya ada menyatakan bahawa:
“Malam semalam merupakan malam yang paling mengerikan untuk kami sekeluarga selepas rumah saya dipecah masuk dan dirompak sementara anak-anak kami sedang tidur di dalam bilik mereka.”
“Perompak itu ada di rumah kami selama hampir lima minit tapi pada ketika itu mereka mengambil sesuatu dari kami yang lebih bernilai dari segalanya yang kami ada di rumah… Rasa selamat dan keselamatan kami.”
“Ini berlaku ketika minit akhir dalam perlawanan semalam ketika mereka tahu yang kami tidak akan berada di rumah.”
Paul Pogba says his house was broken into while his children were at home during Manchester United's game against Atlético Madrid pic.twitter.com/xX8HbiqxgN
— B/R Football (@brfootball) March 16, 2022
“Isteri saya dan saya sendiri bergegas pulang dalam keadaan kami tak tahu anak-anak kami selamat atau tak, disakiti atau tak.”
“Sebagai bapa, tak ada perasaan yang lebih teruk dari ini di dunia melainkan rasa gagal untuk ada melindungi anak-anak dan saya sejujurnya berharap tak ada sesiapa akan rasa apa saya rasakan malam semalam.”
“Atas sebab inilah saya mahu menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang ada clue untuk bantu kami. Tolong hantar apa-apa maklumat kepada [email protected].”
Manchester United dalam perlawanan itu tewas 1-0 di tangan Atletico Madrid dan menyebabkan mereka tersingkir dari saingan Champions League musim ini.
Replacing Paul Pogba isn't going to be an easy task #mufc 😕https://t.co/cQMpgYBwsQ
— Man United News (@ManUtdMEN) March 16, 2022
Atletico Madrid layak ke peringkat suku akhir selepas mencatatkan kemenangan 2-1 secara aggregate dan tentunya ia merupakan hari yang sangat menggembirakan untuk anak-anak buah Diego Simeone itu.
Tersingkirnya United dari saingan Champions League, ia bermaksud mereka pada musim ini akan sekali lagi kemarau kejuaraan.
Mereka ketika ini akan memberi sepenuh perhatian untuk mengejar kedudukan keempat dalam carta saingan Premier League.
Agak menyedihkan sekali kerana Pogba bukanlah pemain Manchester United pertama yang menjadi sasaran perompak pada musim ini.
Jesse Lingard turut menjadi mangsa yang sama ketika beliau sedang beraksi bertemu Aston Villa pada Januari lalu dan mujur saja tiada hal tak diingini yang berlaku.
Rumah Victor Lindelof turut dipecah masuk dengan isteri dan anak-anaknya ada di rumah pada ketika itu, empat hari selepas rumah Lingard dirompak.
Paul Pogba announces that his house was burglarized during Tuesday's UCL match.
Pogba is offering a reward for any clues 🙏 pic.twitter.com/gMO0w0x2JT
— ESPN FC (@ESPNFC) March 16, 2022
Lindelof ketika itu sedang beraksi bertemu Brentford di Brentford Community Stadium dengan United ketika itu berjaya mencatat kemenangan 3-1 menewaskan The Bees.
Bintang Manchester City, Joao Cancelo melalui peristiwa yang lebih mengerikan dengan beliau diserang oleh perompak di dalam rumahnya sendiri ketika dirompak pada tahun lalu.
Pemain kebangsaan Portugal itu menderita kecederaan di muka akibat dari serangan ketika rompakan itu dengan beliau kemudiannya menunjukkan tanda kecederaan tersebut di akaun media sosial miliknya.
Sementara itu, Reece James turut pernah berkongsi rakaman CCTV yang menunjukkan rumahnya dipecah masuk dan perompak telah melarikan peti besi dari kediaman bintang Chelsea itu.
Manchester United midfielder Paul Pogba's home was burgled during his side's 1-0 loss to Atletico Madrid in the UEFA Champions League on Tuesday. https://t.co/P9l829bDWM
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) March 17, 2022
Beliau kemudiannya mendedahkan yang dalam peti besi itu terkandung pingat gelaran Champions League, Super Cup dan pingat Naib Juara saingan Euro 2020.
Sumber: SPORTbible