Paul Pogba Mengkritik Taktik Yang Digunakan Ole Gunnar Solskjaer

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba telah mengkritik taktik yang cuba diterapkan oleh Ole Gunnar Solskjaer selepas kekalahan yang memalukan kepada Leicester City.

Umum mengetahui bahawa corak permainan yang diterapkan oleh Ole Gunnar Solskjaer ketika ini tidak mempunyai corak permainan yang jelas , kucar-kacir dan huru-hara.

Tidak seperti Jurgen Klopp di Liverpool, Thomas Tuchel bersama Chelsea dan Pep Guardiola di Manchester City yang jelas kelihatan corak permainnya yang tahu bagaimana untuk mengubah perlawanan.

Dari segi pengalaman Ole Gunnar Solskjaer sangat cetek jika dibandingkan dengan Jurgen Klopp, Thomas Tuchel dan Pep Guardiola serta tidak masuk akal jika mahu dibuat perbandingan.

Tetapi Ole Gunnar Solskjaer ketika ini membimbing pasukan yang dibarisi oleh para pemain yang luar biasa namun hanya mampu menghasilkan result yang biasa-biasa dan lebih menjurus kepada kehilangan mata.

Paul Pogba turun beraksi menentang Leicester City bergandingan dengan Nemanja Matic menggantikan pasangan kesayangan Ole Gunnar Solskjaer Fred dan Scot McTominay.

Pasangan Paul Pogba dan Nemanja Matic sangat bergelut dalam perlawanan ini untuk menentang pasangan The Foxes Youri Tielemans dan Boubakary Soumare.

Dalam satu temuramah selepas perlawanan, Paul Pogba tanpa berselindung bahawa Manchester United kini sedang bermasalah yang tidak diketahui punca dan sudah pasti tidak menjumpai lagi jalan penyelesaian.

“Secara jujurnya, kami telah bermain dengan permainan sebegitu rupa untuk tempoh yang lama dan kami masih lagi belum menjumpai masalah. Kami perlu mencari apakah masalah tersebut?

“Kami bolos dengan gol mudah, gol bodoh. Bila kami tahu permainan yang kami mainkan di padang. Maka peminat akan meletakkan tekanan ke atas kami.”

“Kami perlu lebih matang, main dengan lebih berpengalaman, lebih angkuh dalam istilah yang baik, bermakna kami perlu dapatkan bola dan bermain dengan cara bola sepak kami.”

“Sekarang kami harus mencari apakah kunci untuk merubah semua ini dan untuk permainan hari ini kami perlu lebih matang, aku rasa kami layak untuk kalah perlawanan hari ini.”

Dalam temuramah tersebut, Paul Pogba turut ditanya mengenai kesilapan yang dilakukan oleh pasukan.

“Itu kesilapan kami semua, perlu mencari sesuatu dan kami perlu tukar sesuatu. Aku tak tahu jika ia merupakan hanya pemikiran kami semua.”

“Ia sangat mengecewakan kerana ia merupakan sesuatu yang kami tidak faham dan kami perlu mencari secepat mungkin kerana jika kamu mahu bersaing dan menang gelaran maka inilah permainan yang kamu perlu menang.

Dalam pada itu Paul Pogba turut mendedahkan bahawa Manchester United masalah belum mendapat rentak, mentaliti dan taktik yang betul untuk menang.

“Kau perlu cari rentak permainan, perlu mencari mentaliti yang betul dan taktik yang betul untuk menang perlawanan.”

“Itulah apa aku fikirkan dan kami mempunyai masa untuk memikirkannya dan kami perlu bekerjasama dan mencari masalah tersebut.”

Selepas cemerlang dan menjadi nadi pasukan Perancis Paul Pogba masih bergelut dan mencari rentak, mentaliti dan taktik yang betul ketika bersama Manchester United.

Perkara yang diutarakan oleh Paul Pogba ini merupakan perkara yang diterapkan oleh pengurus pasukan dan individu itu di Manchester United adalah Ole Gunnar Solskjaer.

Pepatah China ada mengatakan bahawa Ikan mula buruk dari kepala yang membawa maksud jahanamnya sesebuah pasukan bermula daripada kepimpinan seseorang ketua bukannya pengikut.

Dan Olelah ketua itu yang mampu mengubah apa yang terjadi kepada Manchester United ketika ini dan mungkin Ole juga punca masalah yang sekian lama Pogba cuba mencari.

Maka adakah ini bermakna Ole Out?

BACA:  Komen Lama Klopp Mengenai Yuran Perpindahan Pogba Memakan Diri