Paul Pogba Mungkin Bakal Diketepikan Dari Skuad Piala Dunia Perancis

Paul Pogba berpotensi untuk digugurkan dari skuad utama Perancis yang akan membuat penampilan di pentas Piala Dunia Qatar pada penghujung tahun ini nanti.

Harapan beliau untuk beraksi di pentas Piala Dunia tahun ini bakal terkubur selepas beliau menderita kecederaan lutut ketika sesi latihan bersama skuad Juventus.

Pemain midfield itu hanya sempat terlibat dengan dua sesi latihan sahaja bersama skuad The Old Lady sejak dari awal beliau tiba di Turin dari Manchester United.

Pogba secara rasminya kembali menyertai kelab dari Itali itu pada jendela perpindahan musim panas ini selepas kontraknya bersama Man United tamat pada penghujung musim lalu.

Beliau telah mengikat kontrak selama empat tahun bersama Juventus dengan para penyokong The Old Lady sangat teruja menyambut kedatangan beliau.

Walau bagaimanapun, kepulangan semula beliau berjalan dengan tidak diharapkan selepas pemain midfield itu mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan beliau ketika sedang menjalani sesi latihan pada hujung minggu lalu.

Pobga akan mula bertemu pakar untuk mendapatkan nasihat dan jenis rawatan apa yang perlu beliau dapatkan untuk membantu beliau mendapatkan rawatan.

Pemain berusia 29 tahun itu pada awalnya dijangkan akan menjalani pembedahan di Amerika Syarikat, yang mana Juventus akan meneruskan pra-musim mereka bertemu kelab gergasi Eropah, Real Madrid.

Namun begitu, beliau lebih memilih untuk terbang semula ke Itali untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Akhbar Itali, La Gazetta dello Sport mendakwa yang ada dua kemungkinan berkait masalah kecederaan Pobga, dengan antara darinya beliau mungkin akan diketepikan sehingga tahun 2023 nanti.

Seandainya beliau memilih untuk membuang sebahagian dari meniscus beliau dijangka akan terpaksa diketepikan sehingga 40 hingga 60 hari.

Walau bagaimanapun, rawatan tersebut turut dikatakan lebih sesuai untuk pemain muda dan akan beri kesan terhadap mobility beliau.

Pilihan kedua yang mana ia memerlukan risiko yang lebih rendah, tapi ia memerlukan Pogba untuk berehat dari bola sepak selama lima bulan.

Seandainya beliau memilih pilihan kedua, Pogba sepertinya tidak akan membuat kemunculan bersama skuad kebangsaan Perancis di pentas Piala Dunia pada 21 November nanti.

Juara bertahan Piala Dunia, Perancis akan turun bertemu Australia pada aksi perlawanan pembukaan nanti sebelum mereka akan turun berdepan Denmark dan Tunisia di peringkat kumpulan.

Pogba kini bakal bertemu pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum beliau memutuskan apa jenis rawatan yang beliau mahu gunakan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum Paul Pogba kembali ke Itali, Juventus telah mengesahkan yang pemain midfield itu akan menjalani pembedahan ekoran dari kecederaan yang beliau hadapi.

“Ekoran dari aduan sakit di bahagian lutut kanan, Paul Pogba telah menjalani ujian radiological yang mendedahkan yang beliau mengalami masalah meniscus.”

“Dalam beberapa jam selepas ini, beliau akan bertemu dengan pakar perunding orthopedic untuk mendapatkan rawatan lanjut.”

Jelas kenyataan dari Juventus itu.

“oleh yang demikian, dalam usaha untuk meneruskan rawatan, dia tidak akan turut serta ke sesi jelajah Dallas.”

Juventus sebenarnya tidak mahu kehilangan Paul Pogba kerana mereka mengharapkan pemain midfield itu untuk memantapkan lagi skuad sedia ada.”

Walau bagaimanapun, memandangkan pemain midfield itu telah mengalami kecederaan panjang, maka pihak kelab jelas sekali perlu melakukan persiapa baru untuk memastikan mereka bersedia untuk memulakan kempen musim baharu nanti.

Skuad kebangsaan Perancis sendiri turut akan terkesan dengan hal tersebut dan mereka jelas sekali berharap agar Pogba kembali sembuh dan boleh menyertai mereka untuk beraksi di pentas Piala Dunia nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pogba Dianggap Punca Sebenar Kekalahan Perancis Di Tangan Switzerland