Paul Scholes : Tiada Yang Fantastik Dari Manchester United

Paul Scholes mengaku beliau tidak melihat perkara yang fantastik atau hebat dari Manchester United, Ketika kelab Setan Merah gagal meraih tiga mata penuh dari Newcastle minggu lalu.

Bermain di laman sendiri, tuan rumah hanya bisa menutup pertandingan dengan keputusan seri 0-0 di Old Trafford. Selepas perlawanan, Louis van Gaal mengatakan bahawa anak buahnya telah bermain dengan hebat.

“Saya fikir kami berpuas hati dengan persembahan kami namun kami tidak berpuas hati dengan keputusan seri ini. Kami banyak mencipta peluang tapi tidak bernasib baik.

“Kami bermain sebagai satu pasukan yang hebat dan berjuang hingga ke tiupan wisel yang terakhir. Ini satu persembahan yang hebat untuk dilihat dan anda boleh dengar sorakan penonton. Saya sukakan perlawanan semacam ini, tapi keputusannya tidaklah bagus. katanya Van Gaal

Namun Scholes yang memerhati dari jauh rupanya amat tidak setuju dengan kenyataan dari Van Gaal itu. Scholes berpendapat Manchester United mesti menang pada perlawanan itu.

“Van Gaal mengatakan persembahan pemainnya pada perlawanan itu suatu yang hebat beberapa kali, namun saya kira tidak ada yang hebat dari apa yang sudah kita lihat. Di laman sendiri, menentan Newcastle, Manchester United sepatutnya menang. Penjaga gol mereka hanya melakukan satu save yang penting dan itu tidak hebat” jelas Scholes pada Daily Mail.

“Dengan dana yang ada untuk Van Gaal berbelanja, seharusnya beliau mampu untuk menghasilkan kejayaan dan beliau mesti lakukan pada musim ini”

BACA:  Premier League 2021/22: Manchester United 1-1 Everton