Paulo Dybala Gagal Kawal Emosi Ketika Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Juventus

Paulo Dybala dilihat sangat beremosi ketika beliau mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong selepas tamat aksi terakhirnya sebagai pemain Juventus semalam.

Beliau bahkan turut menangis teresak-esak ketika para penyokong memberikan standing ovation kepadanya.

The Old Lady hanya mampu mengutip satu mata sahaja ketika aksi bertemu Lazio malam semalam, walaupun mereka pada awalnya sudah mendahului permainan.

Gol jaringan Dusan Vlahovic dan Alvaro Morata pada aksi babak pertama permainan membantu Juventus untuk mendahului perlawanan 2-0.

Skuad kendalian Maurizio Sarri itu walau bagaimanapun berjaya untuk mengikat kedudukan selepas mereka memperoleh dua gol hasil jaringan Alex Sandro (gol sendiri) dan satu gol jaringan Sergej Milinkovic-Savic.

Walau bagaimanapun, isu yang paling mencuri tumpuan selepas tamat perlawanan tersebut adalah insiden yang memperlihatkan bagaimana beremosinya Paulo Dybala ketika mengucapkan selamat tinggal kepada kem Juventus.

Selepas tujuh tahun di Turin, jelas sekali terlalu banyak kenangan beliau bersama Juventus dan mungkin kerana itu jugalah beliau dilihat sangat beremosi.

Pemain penyerang berusia 28 tahun itu berjaya menjaringkan 115 gol dari 291 perlawanan untuk Juventus sejak dari awal ketibaannya pada tahun 2015 lalu dari Palermo.

Beliau telah memuat naik status di laman twitter miliknya untuk mendedahkan yang aksi bertemu Lazio bakal menjadi perlawanan terakhirnya bersama Juventus.

“Ia sebenarnya sangat sukar untuk mencari perkataan sesuai untuk tegur kamu, selepas bertahun-tahun dan melibatkan pelbagai perasaan, semuanya.”

Tulis Dybala.

“Saya fikir kita akan terus bersama untuk tempoh beberapa tahun lagi, tapi takdir memutuskan kita untuk ambil jalan berasingan.”

“Saya tak akan pernah melupakan segala pengalaman yang kamu beri, setiap perlawanan, setiap gol. Dengan kamu saya berkembang, saya belajar, saya hidup dan saya bermimpi. Selepas tujuh tahun yang penuh magis, 12 Piala dan 115 gol yang tak ada sesiapa boleh ambil dari kita. Tak akan.”

“Terima kasih kerana menyokong saya ketika sukar. Terima kasih kerana menemani saya saban tahun, dari hari pertama hingga akhir, dari peminat hingga ke semua orang dalam kelab ini, semua orang, jurulatih dan rakan sepasukan, pekerja dan pengurus.”

“Menyarung jersi penting ini bersama lilitan kapten merupakan satu kebanggaan paling membanggakan dalam hidup saya, yang mana saya harap saya boleh tunjukkan kepada anak dan cucu saya satu hari nanti.”

“Esok akan jadi aksi terakhir saya bersama jersi ini, ia sukar untuk dibayangkan, tapi ia akan menjadi farewell kita. Ia sukar untuk saya, tapi saya akan masuk ke padang dengan senyuman dan azam yang tinggi, ia untuk buktikan yang saya sudah berikan segalanya kepada kamu.”

Pada minit ke-77, Dybala telah diberikan standing ovation selepas beliau dikeluarkan dan digantikan oleh Martin Palumbo.

Sebagai ketua pasukan, Giorgio Chiellini menenangkan bintang Argentina itu dan turut memberikan pelukan semangat kepada rakan sepasukannya itu.

Ia juga merupakan malam yang beremosi untuk Chiellini, yang turut bermain perlawanan terakhirnya bersama Juventus di Turin.

Selepas tamat perlawanan tersebut, sahabat karibnya, Leonardo Bonucci telah menulis satu surat yang penuh beremosi kepada Chiellini.

“Kepada Giorgio. Di mana mahu mula? Saya rasa ia patut dimulakan dari penghujung.”

Tulis Bonucci.

“Hari ini merupakan hari kamu dan hari untuk kelab, warna ini, bilik persalinan ini mula merindukan kamu.”

“Kamu menjadi contoh, pembimbing, abang, sahabat.”

“Kita dah berkong pengalaman lebih 10 tahun bersama, kita bergembira, kita menderita, kita bekerja keras, kita mengukuhkan kekuatan bersama, kita berjuang, kita MENANG.”

“Menang banyak bersama Juve, menang sesuatu yang unik dengan Itali. Berada di atas padang bersama kamu, bagi saya, ia merupakan satu kebanggaan, satu penghormatan.”

“Di luar padang juga begitu. Saya belajar dari kamu untuk bersedia menghadapi apa saja.”

“Semoga maju jaya untuk kamu, legenda, untuk apa saja di masa hadapan. Apa saja pilihan kamu, kamu akan sentiasa lakukan sebagai seorang yang terbaik.”

“Ikatan kukuh yang tidak dilihat ini akan ikut kita ke padang, akan ikat kita bersama dalam perjuangan karier bola sepak saya, kemenangan saya dan ketika saya berdepan kesukaran.”

“Terima kasih, kapten. I love you.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  [VIDEO] Seorang Pemain Dibuang Padang Kerana Meniru Keraian Gol 'Cojones' Simeone