Pemain Chesterfield Nganjing Scholes- Rai Gol ‘Hisap Ibu Jari Kaki Kawan’

Liam Mandeville menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi dalam saingan Piala FA yang menemukan antara Chesterfield bertemu Salford City.

Gol screamer itu tidak dinafikan sememangnya cantik dan berhak dapat pujian, namun yang mencetuskan sensasi bukanlah gol tersebut, sebaliknya keraian mereka yang mencuri perhatian peminat.

Para pemain Chesterfield meraikan gol tersebut dengan keraian yang aneh apabila salah seorang pemain seolah-olah menghisap ibu jari kaki rakan sepasukannya.

Pemain penyerang yang dikatakan baru berusia 24 tahun itu menjaringkan gol yang cukup cantik dari jarak jauh pada minit ke-28 permainan untuk pasukan yang beraksi dalam saingan Conference Premier itu.

Para peminat kagum dan teruja melihat gol yang dijaringkan oleh bekas pemain Doncaster Rovers itu kerana mampu menjaringkan gol yang sangat berkualiti tinggi.

Beliau walau bagaimanapun sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila meraikan gol jaringannya dengan niat menganjing co-owner Salford, Paul Scholes.

Beliau menganjing Scholes dengan meraikan gol jaringannya dengan keraian hisap ibu jari kaki.

Chesterfield berjaya mengesahkan kemenangan mereka dalam perlawanan ini, untuk menewaskan anak-anak buah Gary Bowyers 2-0.

Gol kedua Chesterfield pula berjaya dijaringkan oleh James Kellermann di hujung-hujung aksi perlawanan yang dilangsungkan di Moor Lane itu.

Dari kesemua aksi dan insiden dalam perlawanan ini, aksi keraian gigit kuku ibu jari kaki juga yang trending di media sosial dan menjadi sebut-sebutan para netizen.

Apa kaitan Scholes dengan hisap ibu jari kaki?

Scholes hisap ibu jari kaki/ gigit kuku kaki anak perempuannya

Kembali pada Oktober lalu, terdapat rakaman aneh yang tular di media sosial, yang memperlihatkan legenda Manchester United, Paul Scholes sedang menggigit kuku ibu jari kaki anaknya.

Anak perempuan Scholes, Alicia yang kini berusia 20 tahun itu memuat naik video tersebut di laman instagram miliknya yang sudah ada 80,000 pengikut.

Beliau memuat naik video tersebut dengan caption, ‘True Love’ dan ia telah mencuri perhatian para peminat seluruh dunia.

Apa yang sebenarnya Scholes lakukan pada ketika itu juga masih belum diketahui dengan ada yang mengatakan beliau menggigit kuku dan ada yang kata beliau menghisap ibu jari kaki anaknya.

Bagaimana video itu boleh trending dan di tonton oleh peminat seluruh dunia?

Satu hal yang pasti, video itu semakin tular dan mendapat perhatian ramai kerana ia dimuat naik pada hari Manchester United diaibkan oleh Liverpool dengan kekalahan 5-0 di Old Trafford.

Sebelum perlawanan itu bermula, Scholes sudah mengatakan yang United akan ketinggalan 3 ke 4 gol pada aksi babak pertama sahaja jika mereka bermain seperti mana mereka bermain ketika bertemu Atalanta.

Manchester United berjaya menewaskan Atalanta pada ketika itu, namun Scholes jelas sekali tidak gembira melihat aksi yang dipamerkan oleh para pemain.

Beliau meramalkan yang United akan dibelasah teruk seandainya pamer aksi sama ketika bertemu pasukan lebih berkualiti seperti Liverpool.

Apa yang dikatakan oleh Paul Scholes benar-benar berlaku dengan United teruk dibelasah oleh The Reds di Old Trafford.

Kerana itulah nama beliau trending kerana ramai yang berkongsi video beliau bercakap hal tersebut, namun tidak lama selepas itu, video lain yang timbul.

Nama beliau semakin trending kerana video beliau menggigit kuku kaki anaknya pula yang tular di laman media sosial dan beliau teruk dihentam oleh peminat.

Hari ini, ketika kelab miliknya bertemu dengan Chesterfield, pemain pasukan lawan meraikan gol dengan melakonkan semula insiden tersebut.

Keraian yang sungguh luar biasa aneh dan keberanian pemain Chesterfield menganjing co-owner pasukan lawan juga tidak dinafikan boleh tahan hebat.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Scholes Dan Ferdinand Tunjuk Reaksi Berbeza Melihat Ronaldo Jaringkan Gol Penyamaan