Pemain Liga Super Didakwa Pukul Teman Wanita Di Hotel

Seorang pemain Liga Super Malaysia (MSL) berstatus pemain kebangsaan didakwa memukul teman wanitanya sehingga menyebabkan kecederaan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh teman wanitanya melalui akaun Instagram yang berkongsi beberapa foto kesan lebam yang disebabkan oleh teman lelakinya itu.

Insiden tersebut didakwa berlaku di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Satu laporan polis turut dibuat oleh teman wanitanya itu terhadap pemain tersebut.

Menurut sumber kepada Harian Metro, pemain tersebut sering melakukan perbuatan terbabit sehingga menyebabkan kekasihnya yang juga seorang doktor bertindak mendedahkan perkara itu kepada umum.

“Memang ada pergaduhan antara mereka namun saya tidak mengetahui lebih lanjut. Saya dimaklumkan, pemain terbabit sering ‘naik tangan’ apabila tidak berpuas hati dengan kekasihnya itu.

“Setakat ini, wanita itu mendakwa sudah membuat sebarang laporan polis berkaitan tindakan pemain bola sepak itu,” katanya.

Walaupun tidak mendedahkan siapakah identiti pemain tersebut, wanita tersebut yang dikenali sebagai Dr. Hana Rose itu merupakan seorang pakar kecantikan dan memiliki sebuah kilinik di Kota Kinabalu.

“Dulu berjanji untuk setia selamanya sehingga tua. Tapi akhirnya terkadang wanita bule jadi budu dengan yang dia sayang, berdiam n bertahan.

“Sekarang saya phobia dan trauma,” tulisnya di laman istagram drhanarose.

Dr. Hana Rose sememangnya dikenali sebagai jelitawan berasal dari Sabah kerana pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia 2019/2020.

Hubungan kedua-duanya dipercayai mulai terjalin sejak penghujung tahun lalu.

BACA:  Liga Super 2021: JDT 2-0 Penang FC