Pemain Perancis Sudah Saling Maki Memaki Sebelum Berlakunya Perang Melibatkan Keluarga Mereka

Terdapat laporan mengejutkan dari kem Perancis yang mendedahkan bahawa telah berlaku satu insiden buruk dalam skuad kendalian Didier Deschamps itu ketika aksi kekalahan mereka kepada Switzerland kemarin.

Perancis tewas mengejut di tangan Switzerland dalam aksi pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 kemarin menerusi penentuan sepakan penalti.

Pasukan pilihan utama yang dikatakan bakal memenangi saingan Euro kali ini, Perancis tewas dalam perlawanan yang cukup dramatik dan menakjubkan.

Kekalahan itu menyebabkan mereka tersingkir dari saingan Euro 2020, seterusnya menggegar warga net yang seakan tidak percaya dengan hal tersebut.

Switzerland terlebih dahulu mendahului perlawanan selepas Haris Seferovic membuka tirai jaringan pada aksi babak pertama permainan.

Babak pertama berakhir dengan Switzerland mendahului Perancis namun ketika masuk aksi babak kedua permainan, skuad kendalian Didier Deschamps itu berjaya melakukan aksi comeback.

Karim Benzema berjaya meledak dua gol dalam masa yang singkat untuk membantu Perancis mendahului permainan dengan keputusan 2-1.

Bintang Manchester United, Paul Pogba kemudiannya berjaya menewaskan Yann Sommer dengan menjaringkan gol yang cukup padu dan menakjubkan untuk meletakkan Perancis 3-1 di hadapan.

Walau bagaimanapun, dalam 10 minit terakhir, Perancis dikejutkan dengan comeback semula dari Switzerland yang berjaya mengejar mereka untuk menamatkan aksi 90 minit dengan keputusan 3-3.

Seferovic dan Mario Gavranovic menjadi wira kebangkitan Switzerland dengan menjaringkan gol yang membawa Perancis untuk beraksi ke masa tambahan.

Keputusan terikat 3-3 kekal sehingga tamat aksi masa tambahan dengan pemenang akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Pogba, Olivier Giroud, Marcus Thuram dan Presnel Kimpembe masing-masing berjaya menyempurnakan tugas mereka dengan cemerlang ketika sesi penentuan sepakan penalti tersebut.

Walau bagaimanapun, tendangan Kylian Mbappe berjaya diselamatkan oleh Yann Sommer seterusnya memberikan kemenangan yang begitu bermakna kepada Switzerland.

Selepas tamat perlawanan tersebut, telah tular berita yang menyatakan bahawa ibu kepada Adrien Rabiot telah bertengkar dengan keluarga Paul Pogba dan keluarga Kylian Mbappe.

Ibu kepada Adrien Rabiot, Veronique yang juga merupakan ejennya telah mencetuskan kekecohan selepas beliau dengan bersahaja mengkritik Paul Pogba sebagai punca kepada terhasilnya gol penyamaan pasukan Switzerland.

Selain mencari gaduh dengan keluarga Pogba, beliau turut mencari gaduh dengan keluarga Kylian Mbappe dengan menyuruh orang tua bintang PSG itu supaya mendidik anak mereka menjadi lebih bersopan santun.

Selepas selesai perang mulut dengan bapa Mbappe, Veronique dilaporkan bergaduh pula dengan ibu kepada bintang PSG itu, Fayza Lamara dan hal tersebut disaksikan oleh para wartawan yang ada di tempat kejadian.

Saksi kejadian melaporkan perang mulut antara mereka berlangsung sekitar 20 minit dan mereka bergaduh agak besar juga hingga mencetuskan kekecohan.

Menurut laporan terbaru, terdapat beberapa isu panas lagi yang sebenarnya telah berlaku semasa perlawanan tersebut berlangsung dan selepas tamat aksi kekalahan Perancis itu.

Laporan pertama mendakwa bahawa Rabiot dan Paul Pogba sudah bertengkar terlebih dahulu di atas padang dengan kedua-dua mereka saling berbalas makian.

Rabiot dikatakan tidak gembira melihat sumbangan Paul Pogba ketika membantu barisan pertahanan menyerap asakan bertali arus yang dilancarkan oleh Switzerland.

Selain itu, Raphael Varane juga dilaporkan memaki Benjamin Pavard kerana merasakan bintang Bayern Munich itu kerap melakukan kesilapan ketika bertahan.

Benjamin Pavard kemudiannya menyalahkan Paul Pogba kerana tidak bertahan dengan baik dan Varane terus berpihak kepada pertahanan Bayern Munich itu.

Deschamps ketika temu bual selepas tamat perlawanan, beliau mendedahkan yang Mbappe benar-benar terkesan dengan kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Pengurus berusia 52 tahun itu menyatakan bahawa:

“Tidak ada yang boleh marah dengan dia. Ketika seseorang pemain itu sanggup memikul tanggungjawab tersebut, hal seperti ini boleh berlaku. Dia jelas sekali terkesan dengan hal tersebut.”

Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa Deschamps turut bertengkar dengan Kingsley Coman ketika perlawanan sedang berlangsung.

Ia kerana Kingsley Coman menolak untuk keluar pada aksi babak pertama masa tambahan, namun Deschamps menyuruh beliau untuk tetap keluar.

Bintang 25 tahun yang dimasukkan pada aksi babak kedua permainan itu mahu tetap terus beraksi walau beliau dikatakan mengalami kecederaan.

Coman hanya mahu mengubah persepsi masyarakat yang memandang beliau sebagai mat kaca dan beliau mahu membuktikan dirinya mampu melakukan sesuatu.

Dek kerana kedegilan Coman untuk keluar, beliau dilihat bertengkar dengan Deschamps di tepi padang sehingga pengurusnya itu berteriak kepadanya dengan menyatakan:

Gambar ketika hari perlawanan Perancis bertemu Switzerland

“Tapi kamu tak akan mampu untuk terus bermain Kingsley!”

Didier Deschamps kemudiannya telah mengeluarkan pemain sayap Bayern Munich itu pada minit ke-111 permainan dan digantikan dengan Marcus Thuram.

Masa depan Deschamps bersama skuad kebangsaan Perancis dilihat semakin suram ketika ini walau kontrak asalnya akan tamat selepas Piala Dunia Qatar.

Sumber: GFFN

BACA:  Paul Pogba Mahu Kekal Tapi Dengan Satu Syarat