Pemain Pertahanan Man Utd Antara Yang Dianugerahkan Darjah Kebesaran Daripada Prince William Atas Sumbangan Untuk Bola Sepak

Pemain pertahanan Manchester United Johnny Evans adalah antara bintang sukan yang mendapat gelaran MBE daripada Prince Willian di Buckhingham Palace pada Isnin lalu.

Pemberian darjat kebesaran itu adalah atas jasa dan sumbangan besar Evans di dalam bola sepak.

Evans kembali menyertai United pada musim panas lalu selepas lapan musim, dan prestasinya bersama United setakat ini melangkaui jangkaan ramai – selepas kecederaan melanda Lisandro Martinez.

Namun demkian kecederaan terbaru dialami Evans turut merencatkan kariernya pada musim ini, dan kini terpaksa melalui rawatan dan proses pemulihan akibat harmstring.

Tatkala karier di peringkat kelab menyaksikan Evans melakukan tiga perpindahan dalam tempoh lapan tahun lalu, pemain pertahanan ini adalah nadi penting untuk Ireland Utara.

Sehingga kini Evans telah mengumpul 106 penampulan untuk skuad Green and Whire Army.

Dan pada usia 35 tahun jasanya telah dihargai oleh kerabat British, dan pemain pertahanan tengah itu turut terkejut apabila mendapat tahu namanya tersenarai di kalangan mereka yang mendapat MBE.

β€œApabila saya mendapat surat jemputan yang mempunyai meterai DiRaja saya terkejut, dan pada masa sama menganggap ia perkara menakjubkan,” kata pemain pertahanan United itu.

β€œIa membuatkan saya rasa bangga, terutama ia adalah penghargaan untuk jasa saya kepada Persatuan Bolasepak Ireland Utara.

β€œSaya beraksi dalam lebih 100 perlawanan untuk negara saya, dan beraksi cukup lama untuk Ireland Utara. Saya mewakili setiap rakyat Ireland Utara dan menikmati banyak memori indah sepanjang tempoh itu.”

Evans melakukan debut antarabangsanya bersama Ireland Utara pada September 2006 dalam kemenangan 3-2 ke atas Sepanyol yang dianggap mengejutkan.

Dan sejak daripada itu Evans sempat menyumbang 6 gol untuk negaranya, dan mewakili Ireland Utara di Euro 2016 yang diadakan di Perancis.

Pemain atau bekas pemain lain yang turut mendapat anugerah daripada Prince William adalah bekas penyerang Arsenal Ian Wright dan John Craig yang merupakan legenda Rangers – masing-masing dianugerahkan OBE.

BACA:Β  Manchester United & Ajax Capai Kesepakatan €100 Juta Untuk Perpindahan Antony