Peminat Berduka Melihat Messi Menangis Ketika Sidang Media Terakhirnya Bersama Barca

Lionel Messi menangis ketika berucap dalam sidang media perpisahan selepas pihak kelab sendiri mengesahkan yang beliau tidak akan lagi beraksi bersama Barcelona musim hadapan.

Pada awal minggu ini, Barcelona telah mendedahkan yang mereka tak mampu untuk memperbaharui kontrak Messi ekoran dari masalah kekangan kewangan kelab.

Pengumuman itu telah membuatkan jutaan penyokong Barcelona menangis kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada legenda terhebat sepanjang zaman kelab itu.

Selepas 21 tahun berkhidmat, Messi akhirnya meninggalkan gergasi Catalan itu, seterusnya bakal memulakan cabaran baru dalam karier bola sepaknya.

Malam semalam, beliau mengadakan satu sidang media terakhirnya di Nou Camp untuk mengucapkan selamat tinggal pada kelab, bekas rakan sepasukannya dan kepada peminat.

Messi yang ketika itu berada dalam keadaan beremosi tidak mampu menahan air matanya dari jatuh membasahi pipinya.

Beliau sudah mula menangis sejak tiba di pentas, dengan Messi telah memberikan ucapan yang penuh beremosi dan menerima standing ovation dari semua orang yang ada di studio tersebut, seperti rakan sepasukannya dan jurulatih.

Messi sebelum ini pernah menyatakan yang beliau mahu meninggalkan kelab pada musim panas lalu, dan beliau sekali lagi mengesahkan hal tersebut ketika sidang medianya.

Beliau telah menyatakan yang segalanya berbeza pada tahun ini dengan beliau sudah memutuskan untuk kekal di Nou Camp selepas melihat perubahan itu.

Ketika ditanya bagaimana segalanya boleh jadi begini, bintang berusia 34 tahun itu menjelaskan:

“Kontrak baru saya sudah selesai. Semuanya sudah selesai. Saya mahu kekal dan ketika saya kembali dari percutian, semuanya dah berakhir… Maka begitulah bagaimana Laporta menjelaskan pada saya.”

“Pada saat akhir, dengan semuanya berakhir kerana La Liga, ia tak mungkin akan berlaku.”

Para peminat gagal untuk melihat aksi Messi secara langsung di Nou Camp sejak Mac 2020, dan pemenang 10 kali gelaran La Liga itu turut menyatakan yang beliau sedih tidak sempat mengucap selamat tinggal pada para peminat.

Beliau sangat berharap untuk dapat melakukan itu, namun semuanya sudah berakhir.

“Impian saya untuk mengucapkan selamat tinggal, saya mahu mengucapkan selamat tinggal di hadapan semua penyokong dalam Nou Camp. Saya sangat gembira atas sokongan dari semua orang yang sayang saya dan yang menyokong saya.”

“Saya sangat rindukan penyokong sepanjang tahun lalu. Saya terdengar-dengar suara mereka menyanyi menyebut nama saya.”

Berita pemergian Messi tentunya memberi kesan yang sangat mendalam pada para penyokong Barcelona memandangkan kepada status pemain itu sendiri.

Messi mula bermain bersama sebuah kelab di tempat kelahirannya, Newell’s Old Boys sebelum berpindah ke Barcelona di usia 13 tahun.

Beliau tiba di Barca pada September tahun 2000 dan dengan segera berjaya mencuri perhatian ramai dengan bakat dan kemampuannya bermain bola sepak.

Messi dijanjikan kontrak ketika beliau dan keluarganya kembali ke Argentina, namun keputusan sama ada Barca mahu atau tidak menandatangani pemain muda dari Rosario itu hanya diumumkan pada Disember tahun sama.

Beberapa orang pegawai Barcelona dan mereka-mereka yang terlibat dengan kelab telah menikmati makan tengah hari bersama beliau pada ketika itu.

Messi hanya menandatangani kontrak di atas tisu kertas sahaja dan kini ia menjadi dokumen paling penting dalam sejarah bola sepak.

Presiden Barcelona pada ketika itu, Joan Gaspart agak ragu-ragu tentang penandatanganan Messi, namun Carlos Rexach memutuskan untuk terus mendapatkan pemain Argentina itu.

Beliau bersama tiga lagi ahli pengarah yang hadir turut menandatangani kontrak perjanjian tersebut yang hanya menggunakan tisu kerana mereka tidak mempunyai kertas pada ketika itu.

“Di Barcelona, pada 14 Disember tahun 2000 dan dihadapan lembaga pengarah. Minguella dan Horacio, Carlos Rexach, setiausaha teknikal Barcelona komited di bawah tanggungjawab dan walaupun ada pendapat yang menentang penandatanganan Lionel Messi, asalkan jumlah yang bersetuju lebih ramai.”

Messi kemudiannya sangat bersinar bersama skuad remaja Barcelona dan terus melakukan debutnya bersama skuad utama ketika aksi bertemu Espanyol pada Oktober 2004.

Gol pertama jaringan beliau adalah hasil bantuan dari Ronaldinho pada Mei 2005 dan selepas dari itu Messi terus menerus meledak gol untuk Barcelona.

Dari 778 perlawanan untuk kelab, Messi telah berjaya menjaringkan 672 gol dan turut mencatatkan 305 assists. Beliau turut berjaya memecahkan segala rekod yang ada untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Beliau berjaya membantu Barcelona memenangi 35 Piala utama, termasuklah 10 gelaran La Liga dan empat gelaran Champions League.

Pemain kebangsaan Argentina itu turut memenangi pelbagai anugerah peribadi bersama Barcelona termasuklah enam kali gelaran Ballon D’or.

Beliau merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Barcelona dan pemain terbaik sepanjang zaman kelab, bahkan tidak keterlaluan untuk mengatakan yang Messi juga merupakan pemain terhebat sepanjang zaman dalam dunia bola sepak.

Tangisan seorang legenda

Melihat bagaimana beliau menggelecek pemain lawan, melakukan hantaran cantik, merembat padu, sepakan percumanya yang menakjubkan cukup untuk meletakkan beliau sebagai yang terbaik dari yang terbaik.

Sumber: SB

BACA:  Messi Melemaskan Penjaga Gol Dengan 'Chip' Yang Sayu Sekali