Legenda Manchester United, Rio Ferdinand telah menghentam Graeme Souness yang seolah-olah mempunyai dendam dengan Paul Pogba dan tidak mahu mengakui kehebatan bintang Perancis itu.
Ferdinand menganggap Souness terlalu mengikut perasaan hingga tak mampu untuk memuji aksi hebat Pogba yang mencatatkan empat assists ketika beraksi bertemu Leeds United.
Pogba mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu setan merah membenam Leeds United 5-1 di Old Trafford malam kemarin.
Vibe With Five is back with an absolute banger 🔥
🤝 @raphaelvarane
⚽️ @masongreenwood
😤 Souness vs Pogba
🤭 Arsenal & ArtetaThanks to @SokinGlobal for being our partner this season! Enjoy All ✌🏽 pic.twitter.com/Ibigl66awq
— Rio Ferdinand (@rioferdy5) August 16, 2021
Pemain midfield yang ketika ini berusia 28 tahun itu berjaya mencipta sejarah baru dengan menjadi bintang United pertama yang berjaya mencatatkan empat assists dalam satu perlawanan liga.
Pogba juga berjaya menjadi pemain ketujuh dalam sejarah saingan Premier League yang mampu mencatatkan empat atau lebih assists dalam satu perlawanan liga.
Souness pula sama sekali tidak teruja dengan pencapaian Pogba, sebaliknya beliau lebih mengagumi aksi yang dipamerkan oleh Mason Greenwood dalam perlawanan tersebut.
Rio Ferdinand has called out Graeme Souness for not praising Paul Pogba on his four assists 🎯 pic.twitter.com/sikDPAwQ1g
— ESPN UK (@ESPNUK) August 17, 2021
Beliau dengan yakinnya menyatakan bahawa Greenwood merupakan pemain terbaik dalam perlawanan bertemu Leeds, walau bintang muda itu hanya menjaringkan satu gol sahaja.
Rakan penyampai beliau dari Sky Sports, Micah Richards kemudiannya segera menyebut tentang kejayaan Pogba mencatatkan empat assists dalam perlawanan tersebut.
Namun legenda Liverpool itu terus menunjukkan bagaimana dendamnya beliau pada Pogba dengan menafikan kehebatan bintang Perancis itu.
“Kita memang sudah menjangkakan itu dari seorang pemain yang bernilai £100 juta.”
Souness 🗣 "For me, the star of the show was Greenwood."
Micah 🗣 "Pogba's had four assists."
Souness 🗣 "We expect that from a 100 million pound man."@MicahRichards not allowing Graeme Souness to forget Paul Pogba's performance against Leeds United pic.twitter.com/IvRPkHo6ir
— Football Daily (@footballdaily) August 15, 2021
Ferdinand awalnya tampil mempertahankan kenyataan dari Souness dengan mendakwa yang penyampai Sky Sports itu tidak memperjelaskan komennya tentang Pogba.
Bercakap di studio FIVE, Rio Ferdinand menyatakan bahawa:
“Saya tak fikir Graeme Souness betul-betul memperjelaskan tentang komen dia tapi saya percaya dia fikir tentang pencapaian Pogba, mari kita fikirkan dari satu sudut ini, jangan pergi terlalu jauh terlebih dahulu, mungkin dia maksudkan dia mahu melihat Pogba dalam tempoh tiga bulan ini, mahu melihat konsistensi.”
Rio Ferdinand calls out Graeme Souness for Paul Pogba criticism https://t.co/oSm0w1ExtB
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) August 17, 2021
“Saya rasa itu apa yang dimaksudkan oleh Souness tentang Paul Pogba. Kalau kita semua berterus terang, konsistensi merupakan salah satu faktor yang selalu tidak memihak pada Pogba sepanjang kariernya bersama United.”
Walau bagaimanapun, Ferdinand turut menghentam semula Souness yang tidak memberikan pujian pada Pogba selepas mencatatkan empat assists ketika bertemu Leeds.
Beliau menganggap hal seperti itu sangat jarang berlaku, maka Pogba selayaknya dipuji atas pencapaian tersebut.
Penyampai BT Sport yang kini berusia 42 tahun itu telah menyatakan bahawa:
Rio Ferdinand wades in on Graeme Souness' criticism of Paul Pogba https://t.co/d4KD44geYA
— MailOnline Sport (@MailSport) August 16, 2021
“Ketika seseorang pemain mencatatkan empat assists dalam satu perlawanan pada hari pembukaan musim baru, kamu perlu letakkan perasaan kamu ketepi dahulu, kamu perlu kata, ‘Kamu tahu tak, dia bermain dengan bagus.’ kerana hal seperti ini sangat jarang berlaku.”
Souness dan Richards turut bertekak ketika bersiaran langsung berkait layanan yang diterima oleh Paul Pogba bersama Manchester United berbanding Harry Kane bersama Tottenham Hotspur.
Masa depan Pogba bersama United telah menjadi topik perbualan hangat para peminat dengan kontrak asalnya akan berakhir pada 2022 nanti.
Rio Ferdinand tells Graeme Souness to put "feelings to one side" for Paul Pogba analysis #mufc #ManUtd https://t.co/3vmsQP1kBZ
— Man Utd Latest (@ManUtdLatestCom) August 17, 2021
Ferdinand percaya yang pemenang Piala Dunia bersama Perancis yang hangat dikaitkan bakal menyertai Real Madrid dan Paris Saint Germain itu akan merasa menyesal andai beliau meninggalkan United tanpa memenangi Premier League atau Champions League.
“Saya rasa jika dia boleh menghidu kejayaan dan garis masa bila akan berjaya, saya yakin dia akan pergi, dia tentu mahu menjadi sebahagian dari skuad yang menang itu.”
Ferdinand calls out Souness for not praising Pogba for four assists https://t.co/0WR96f22qC via @MailSport
— Faaez Samadi (@faaezsamadi) August 16, 2021
“Sebab itu dia kembali ke sini semula. Ketika saya bercakap dengan Paul, apa yang dia cakap adalah mahu kemenangan. Dia ada keinginan itu untuk membantu United. Dia membesar di sini, dia tentunya mahu dikenali sebagai salah seorang pemain yang membantu kelab untuk menang.”
“Jika dia keluar meninggalkan United sekarang, saya tahu satu hari nanti, Pogba akan kenang semula hari ini, dia akan ingat balik dia tak menang premier league, Champions League, dan itu bukan sebab utama dia kembali ke sini dari Juventus. Ia bermaksud dia pergi tanpa selesaikan hasrat utama dia.”
Sumber: SB