Peminat Terhibur Melihat Reaksi Pemain Ecuador Dapat Jersi Lionel Messi

Salah seorang pemain Ecuador berjaya mendapatkan jersi Lionel Messi selepas tamat aksi perlawanan bertemu Argentina semalam.

Perlawanan yang dilangsungkan di Estadio Monumental Banco Pichincha itu berakhir dengan keputusan seri 1-1 selepas Enner Valencia meledak gol pada minit ke-93 permainan, seterusnya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh penandatanganan terbaru Man City, Julian Alvarez.

Lionel Messi mengetuai skuad kebangsaan Argentina dan jelas sekali jersi beliau merupakan perkara paling mencuri tumpuan dari perlawanan ini.

Boleh dikatakan hampir semua pemain Ecuador yang memasang impian untuk mendapatkan jersinya selepas tamat perlawanan tersebut.

Pemain full-back, Byron Castillo akhirnya berjaya mencipta detik indah dalam kariernya selepas beliau berjaya mendapatkan jersi pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’or itu.

Reaksi gembira beliau mendapatkan jersi tersebut tular di media sosial dengan para peminat turut merasa bahagia melihat beliau bergembira meraikan kejayaan mendapatkan jersi idolanya.

Castillo yang kini baru berusia 23 tahun sebenarnya merupakan pemain sasaran Liverpool dan Leicester City dan beliau juga sangat mengidolakan Lionel Messi.

Beliau jelas sekali terlalu teruja dan gembira ketika mendapatkan jersi Lionel Messi dengan Castillo benar-benar menikmati detik memegang jersi idolanya itu.

Jelas sekali hari tersebut akan dikenang sebagai antara hari terindah sepanjang kariernya dengan Castillo dilihat seperti kanak-kanak riang yang baru sahaja diberikan hadiah permainan kegemarannya.

Seolah mimpi menjadi kenyataan, begitulah agaknya apa yang beliau rasakan dengan reaksi beliau menikmati detik itu dirakam oleh kamera perlawanan.

“Dia sama macam kita semua, seolah-olah peminat dapat bermain dengan idola kemudian dapat pula jersi idola.”

“Saya rasa macam inilah reaksi saya andai saya juga diberi peluang untuk dapat memiliki jersi Lionel Messi.”

“Mesti dah lama dia tunggu peluang ni, dan saya rasa dia pun tak jangka dia boleh dapat jersi idola dia.”

“Semoga satu hari dia boleh kembangkan bakat ke Eropah dan dapat gembirakan pemain muda lain seperti mana Messi gembirakan dia.”

“Saya senyum sendiri melihat reaksi dia, saya rasa saya faham apa dia rasakan, ia akan menjadi detik terindah dalam hidup dia lepas ini.”

Castillo turut memuat naik status di laman instagram dengan pemain pertahanan itu memuat naik begitu banyak gambar beliau bersama Messi.

Itulah apa yang akan dilakukan oleh seorang peminat andai dapat bertemu idola mereka.

Dari story sampai lah ke muat naik, semuanya hanya tentang Lionel Messi dan itu sudah cukup untuk membuktikan yang Castillo merupakan peminat tegar pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’or itu.

Selepas berjaya membantu Argentina memenangi gelaran Copa America tahun lalu, sudah tentu Lionel Messi sangat berharap mahu lakukan hal sama di pentas Piala Dunia Qatar.

Argentina jelas sekali merupakan antara calon kegemaran untuk memenangi pertandingan tersebut dengan Messi sendiri sudah tentu mahu menjulang Piala Dunia sebelum beliau bersara.

Bintang PSG itu sudah memenangi pelbagai anugerah individu sepanjang kariernya dan beliau juga sudah memenangi segalanya di peringkat kelab.

Tak lengkap rasanya andai beliau bersara dari dunia bola sepak tanpa sempat menjulang gelaran Piala Dunia terlebih dahulu.

Walau karier beliau sedikit merundum sejak menyertai Paris Saint Germain, namun peminat semua sedia maklum tentang kemampuan dan keupayaan sebenar beliau.

Kerana itulah tidak akan mengejutkan untuk melihat beliau mampu bawa Argentina memenangi Piala Dunia tahun ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jamie Carragher Dedah Messi Panggil Beliau Kaldai