Peminat Teruja Melihat Aksi Mantap Grealish Ketika Bertemu Austria

Jack Grealish telah mempamerkan rentak persembahan yang sungguh menakjubkan ketika aksi bertemu Austria awal pagi tadi.

Aksi mantap yang dipamerkan oleh bintang Aston Villa itu membuatkan para peminat menggesa Gareth Southgate untuk menurunkannya sebagai kesebelasan utama di kejohanan Euro nanti.

Pemain berusia 25 tahun itu telah mengesahkan tempatnya dalam skuad The Three Lions selepas Southgate menyenaraikan nama beliau dalam senarai 26 pemain England untuk aksi Euro 2020.

Jack Grealish diturunkan sebagai kesebelasan utama England dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu Austria di Riverside Stadium awal pagi tadi.

Aksi hebat yang dipamerkan oleh Grealish berjaya membantu skuad kendalian Gareth Southgate itu untuk menewaskan Austria 1-0.

Gol kemenangan England yang dijaringkan oleh Bukayo Saka pada aksi babak kedua permainan merupakan gol yang dimulakan dengan gerakkan yang sungguh cantik dan menakjubkan dari Grealish, Lingard dan Kane.

Grealish kemudiannya dibawa keluar dengan digantikan oleh pertahanan Brighton, Ben White. Namun aksi dan sumbangan beliau di atas padang cukup menghiburkan para peminat.

Teruja melihat kehandalan Grealish, para peminat menggesa Gareth Southgate supaya memastikan bintang Villa itu diturunkan sebagai kesebelasan utama untuk kejohanan Euro nanti.

“Grealish jujurnya merupakan salah seorang pemain terhebat pernah saya lihat.”

“Setiap kali Grealish memegang bola, ia tentunya akan menghasilkan sesuatu. Dia memang luar biasa.”

“Satu-satunya hal yang saya dapat dari menonton perlawanan ini adalah Jack Grealish perlu diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam semua perlawanan selepas ini.”

“Jika Grealish sekadar memanaskan bangku simpanan dan tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama, saya rasa Southgate perlu dipecat.”

Southgate tentunya akan berdepan dengan kesukaran dalam memilih kesebelasan terbaiknya menjelang aksi Euro nanti.

Selain Jack Grealish yang sedang dalam rentak persembahan terbaiknya, Phil Foden dan Mason Mount juga sedia beri cabaran untuk beraksi sebagai kesebelasan utama England.

England akan kembali beraksi pada 6 Jun nanti bertemu Romania di Riverside Stadium untuk aksi perlawanan persahabatan kedua sebelum bermulanya Euro.

Skuad kendalian Gareth Southgate akan memulakan kempen Euro nanti bertemu Croatia pada 13 Jun di Wembley.

England berada di dalam kumpulan D bersama Croatia, Czech Republic dan Scotland.

BACA:  Penyokong Villa Ingatkan Grealish Yang City Akan Jahanamkan Kariernya