Peminat Teruja Melihat Saint Maximin Memperbodohkan Declan Rice

Allan Saint Maximin telah mempamerkan aksi yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beliau mencatatkan assists untuk Callum Wilson pada awal minit permainan bertemu West Ham malam semalam.

Beliau telah menunjukkan skill yang sungguh hebat dan berjaya memperbodohkan-bodohkan Declan Rice sebelum melambungkan bola mencari Wilson.

Saint Maximin sememangnya antara bintang Premier League yang sedang meningkat naik pada ketika ini, dan beliau turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan ketika bertemu West Ham malam semalam.

Baru lima minit perlawanan berlangsung, beliau telah menunjukkan skill yang berjaya memukau peminat seluruh dunia.

Beliau mengawal bola dari sudut sebelah kanan padang dengan ketua pasukan West Ham United, Declan Rice ketika itu berusaha untuk mengekang asakan darinya.

Saint Maximin dilihat tenang mengawal keadaan dan beliau bijak mencari ruang untuk melepaskan diri dari kawalan Rice sebelum membuat hantaran silang ke dalam kotak penalti.

Beliau berjaya memperdaya Rice dengan menggunakan skill yang sangat menarik dan membuatkan bintang West Ham itu seolah-olah tidak berdaya untuk berdepan dengannya.

Selain mempamerkan skill yang bijak, Saint Maximin turut berjaya melambungkan bola dengan kemas dan cantik mencari Callum Wilson di dalam kotak penalti West Ham.

Wilson kemudiannya tenang menanduk masuk bola hantaran dari Saint Maximin untuk menewaskan penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski.

Wilson berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut, namun tidak dinafikan yang Maximin merupakan individu paling bekerja keras dalam menghasilkan gol tersebut.

Para peminat di media sosial turut memuji skill yang ditunjukkan oleh bintang berusia 24 tahun itu dan berharap agar beliau bakal mempamerkan aksi persembahan yang sama seperti itu sepanjang musim ini.

“Declan Rice sememangnya antara pemain midfield terbaik dalam saingan Premier League dari segi kemampuannya menghalang asakan lawan, tapi dia nampak langsung tak bermaya untuk berdepan dengan Saint Maximin.”

“Dia nampak sangat tenang dan yakin, walau berdepan dengan pemain berkelas dunia seperti Rice, dia masih nampak berkeyakinan.”

“Saya teruja melihat tenangnya Saint Maximin cuba melepaskan diri dari dikawal oleh Rice, sungguh hebat.”

“Skill yang menarik dilakukan dalam perlawanan seperti ini, dia sungguh luar biasa, dia tentunya akan menjadi perhatian ramai selepas ini.”

Aaron Cresswell kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-18 sebelum Jacob Murphy kembali meletak Newcastle di hadapan beberapa minit selepas itu.

Said Benrahma kemudiannya berjaya menjaringkan gol seterusnya mengikat kedudukan menjadi 2-2, sebelum Tomas Soucek dan Michail Antonio meledak gol untuk West Ham mendahului permainan 4-2.

Detik ketika Saint Maximin Memperbodohkan Declan Rice

Keputusan 4-2 kekal hingga wisel penamat dibunyikan, seterusnya mengesahkan tiga mata berharga untuk West Ham selepas menewaskan Newcastle.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Declan Rice Mengakui Suka Bermain di Old Trafford, Penyokong Man United di Atas Talian Menjadi Teruja Yang Amat