Penampilan 41 Minit Dembele Dilabel Sebagai Paling Teruk Dalam Sejarah Bola Sepak

Ousmane Dembele telah membuat penampilan selama 41 minit dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2022 yang telah dilabel sebagai paling teruk dalam sejarah bola sepak.

Lantaran langsung tidak memberi impak dalam perlawanan yang penting ini, Didier Deschamps melakukan dua pertukaran serentak ketika separuh masa pertama berbaik 4 minit.

Ousmane Dembele dan Olivier Giroud segera dikeluarkan untuk memasukan dua pemain muda yang lebih mobile dan bertenaga, Randal Kolo Muani dan Marcus Thuram.

Argentina sememangnya langsung tidak memberi peluang kepada Perancis untuk bernafas dan gagal mendapatkan rentak permainan mereka dengan tekanan dari awal oleh Argentina.

Ousmane Dembele langsung tidak membantu Perancis bukan sahaja menjadi lubuk malahan telah menghadiahkan Argentina sepakan penalti selepas 23 minit permainan yang disempurnakan oleh Lionel Messi.

Penalti itu boleh dikatakan agak lembut namun mencukupi syarat sah penalti dengan bentesan tidak ikhlas Dembele dari belakang ke atas Angel Di Maria.

Messi tidak melakukan kesilapan dari sepakan penalti, menghantar Hugo Lloris dengan cara yang salah untuk memberikan Argentina pendahuluan. Dembele kelihatan kecewa dan cuba membawa Perancis kembali ke dalam permainan.

Superstar Barcelona itu telah menikmati kejohanan yang hebat sehingga ke tahap ini, mencatatkan dua bantuan dalam enam perlawanan namun tidak di final.

Dia tidak mempunyai kesan positif dalam serangan kerana Perancis gagal melakukan sentuhan di dalam kotak Argentina atau mencipta walaupun satu rembatan ke sasaran. Cubaan Dembele untuk mengubah rentak tidak berjaya malahan semakin teruk.

Statistik individu Dembele lebih teruk. Dia gagal memenangi satu pun daripada lima pertembungannya (Duel) dengan pemain lawan, kehilangan penguasaan bola sebanyak tujuh kali dan dilecek dua kali belum ditambah penalti lagi.

Dengan kata mudah, Dembele ini menjadi lubuk buat Argentina dan gol kedua Argentina dari Angel Di Maria juga hadir dari sebelah Dembele melalui satu serangan balas pantas.

Tiada siapa yang mengejar apatah lagi mengawal Di Maria, Kounde dan Dembele entah ke mana. Deschamps segere membuat pertukaran sebelum situasi teruk menjadi parah.

Statistik membuktikan betapa teruk prestasi Dembele yang popular dengan Teh Madu Halia, sepanjang 45 minit:

• 0 gol
• 0 bantuan
• 0 peluang besar dicipta
• 0 hantaran kunci
• 0 hantaran silang tepat
• 0 gelecekan yang berjaya
• 0 kesalahan dimenangi
• 0 tekel dimenangi
• 0/5 duel menang
• 2x digelecek lawan
• 7x kehilangan bola
• 1 penalti dilakukan

Hall of shame atau dewan kemaluan.

Didier Deschamps selepas perlawanan telah menjelaskan kenapa dia membuat pertukaran awal tersebut kerana tidak mahu dua pemainnya terutamanya Dembele dijadikan kambing hitam.

Dan keputusan yang dilakukan oleh Deschamps itu atas dasar pertukaran taktikal yang nyata berhasil.

“Itu adalah keputusan taktikal. Saya ingin menguabah keadaan di padang dimana pasukan sangatlah tidak bertenaga dan lemau macam biskut dicicah air panas.”

“Saya tidak mahu Olivier Giroud dan Ousmane Dembele dijadikan kambing hitam di maan mereka telah banyak menyumbang untuk kami mara sejauh ini.”

Deschamps sedar bahawa Giroud dan Dembele berada di bawah prestasi sebenar dan gagal mempamerkan aksi mereka dan keputusan segera harus diambil untuk mengubah perlawanan.

“Tapi hari ini saya melihat mereka tidak berada dalam prestasi terbaik dan anda harus melakukan segalanya untuk mengubah situasi.”

“Seperti saya katakan kepada mereka berulang kali selama bertahun-tahun, bola sepak bergerak dengan sangat pantas dan segalanya boleh terjadi.”

“Mereka sedar bahawa keputusan (pertukaran) itu masih boleh menungtungkan kami kerana kami memiliki semuanya yang kami perlukan untuk menang. Sayangnya, pada akhirnya itu masih tidak cukup.”

BACA:  Ejen Dembele Diberi Amaran Supaya Berhenti Jual Nama Liverpool