PSG Sediakan Tawaran Luar Biasa Lumayan Untuk Dapatkan Ousmane Dembele

Paris Saint Germain telah memulakan langkah pertama mereka menjelang terbukanya jendela perpindahan musim panas dengan mereka telah menyediakan tawaran sungguh luar biasa lumayan untuk mendapatkan Ousmane Dembele.

Gergasi Ligue 1 itu dilaporkan sangat berminat mahu mendapatkan bintang Barcelona, Ousmane Dembele dan mereka kini sudah menyediakan kontrak yang sungguh luar biasa lumayan untuk memancing pemain kebangsaan Perancis itu.

PSG secara rasminya sudah berjaya memenangi gelaran Ligue 1 pada minggu lalu dan mereka kini bebas untuk memulakan perancangan rapi bagi menghadapi jendela perpindahan musim panas nanti.

Jelas sekali PSG tidak mahu kesilapan sama berulang setiap musim, dengan mereka kali ini mahu mencari pemain yang mereka rasakan benar-benar boleh membantu kelab untuk memenangi gelaran Eropah.

Musim ini, walau sudah melalui jendela perpindahan yang sungguh dasyat pada musim panas lalu, mereka gagal untuk mara lebih jauh dalam saingan Champions League.

Satu hal yang pasti, Paris Saint Germain bakal melalui jendela perpindahan yang sangat sibuk pada musim panas ini dengan rumours kuat mengatakan bahawa Mauricio Pochettino berpotensi untuk meninggalkan kelab.

Antonio Conte hangat dikaitkan dengan bakal menjadi pengganti Mauricio Pochettino untuk mengendalikan Paris Saint Germain musim hadapan.

Selain pengurusan, PSG juga berpotensi untuk kehilangan pemain utama mereka dengan Kylian Mbappe dikatakan akan meninggalkan ibu kota Perancis itu untuk serta Real Madrid sebagai pemain free ejen pada musim panas ini.

PSG ketika ini sedang dalam usaha mereka mahu mencari pengganti Kylian Mbappe dengan Ousmane Dembele dikatakan calon paling layak untuk masuk menggantikan rakan senegaranya itu.

Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, Toni Juanmarti, Juara saingan Ligue 1 itu telah menyediakan tawaran bernilai €17 juta setahun (dah tolak cukai) kepada Dembele andai beliau bersetuju untuk ke Parc des Princes.

Walau bagaimanapun, Dembele dilaporkan masih belum menjawab sama ada beliau terima atau tidak tawaran luar biasa lumayan dari Paris Saint Germain itu.

Laporan sama turut mendakwa yang masa depan Dembele perlu diselesaikan dalam tempoh tiga minggu ini dan jelas sekali beliau tidak mungkin akan kekal bersama Barca selepas kontraknya tamat.

Hal itu dikatakan kerana Dembele sendiri pernah menyatakan yang Barcelona sebenarnya ada niat jahat mahu beliau tandatangani kontrak baru.

Beliau merasakan tujuan utama Barcelona mahu beliau menandatangani kontrak baru bersama kelab hanyalah kerana pihak kelab mahu menjual beliau selepas kontraknya dilanjutkan.

Beliau menganggap pihak kelab sebenarnya tak nak rugi dengan melepaskan beliau sebagai pemain bebas ejen dan kerana itulah mereka mahu menawarkan kontrak baru kepadanya.

Sementara itu, walaupun Barcelona tak mampu menawarkan gaji yang sama seperti yang ditawarkan oleh Barcelona, namun Dembele dikatakan masih berminat mahu menandatangani kontrak baru yang lebih rendah asal saja tawaran itu bersesuaian dengan kehendak beliau.

Ia jelas satu hal yang sangat menarik untuk disaksikan kerana Barca kini bermati-matian mahu memujuk Dembele sedangkan peminat tidak mahu bintang Perancis itu kekal di Nou Camp.

Para penyokong Barcelona sudah berkali-kali mencemuh Dembele walau pemain kebangsaan Perancis itu sekadar duduk di bangku simpanan sahaja.

Xavi sendiri turut pernah meminta kepada para penyokong supaya berhenti mencemuh Dembele dan memberikan sokongan penuh kepada bekas bintang Borussia Dortmund itu.

Beliau pada musim ini baru sempat membuat 17 penampilan dalam saingan La Liga kerana aksinya terganggu dek kerana masalah kecederaan.

Selain Dembele, PSG juga dilaporkan sangat berminat mahu menandatangani seorang lagi bintang Perancis yang bakal free ejen pada musim panas ini, Paul Pogba.

Pemain midfield Manchester United itu tidak asing lagi untuk berdepan kecaman dari penyokong sendiri dengan beliau sudah melalui hal tersebut sejak berada di Old Trafford lagi.

Beliau dilaporkan berpotensi untuk dibenci oleh para penyokong PSG kerana faktor perseteruan kelab yang keluarganya sokong dengan PSG sendiri.

Paul Pogba sepertinya tidak akan membuat sebarang penampilan lagi dalam saingan Premier League bersama Manchester United dengan beliau akan direhatkan sehingga akhir musim kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penampilan 41 Minit Dembele Dilabel Sebagai Paling Teruk Dalam Sejarah Bola Sepak