Pemain Barcelona Rasa Dikhianati Selepas Dembele Bertegas Mahu Sertai PSG

Dua pemain veteran Barcelona, Sergi Roberto dan Marcos Alonso mengakui mereka terkejut dan kecewa dengan pilihan Ousmane Dembele untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

Perkhabaran mengenai minat PSG terhadap Dembele mulai hangat diperkatakan sejak minggu lalu.

Dan pada perang Selasa di Las Vagas, pengurus Barcelona Xavi Hernandez mengesahkan pemain itu akan meninggalkan Nou Camp untuk ke PSG dalam masa terdekat.

“Ia amat memalukan. Dia adalah pemain penting untuk kami. Dia sudah berada di sini sejak beberapa tahun lalu. Dia disayangi oleh rakan sepasukan yang lain.

“Kami amat sedih, tetapi pada masa yang sama kami juga harus terus berjalan ke hadapan. Kami mempunyai skuad yang bagus dan mempunyai keupayaan bersaing dengan mana-mana pasukan,” kata Roberto kepada Relev0.

Xavi sendiri turut meluahkan kekecewaan dengan keputusan Dembele, sama dengan apa yang dikongsikan Roberto.

“Benar, akhirnya apabila anda sudah menyayangi seseorang pasti akan ada rasa terkilan apabila mereka membuat pilihan lain.

“Akhirnya ia [bermain bola sepak] adalah satu pekerjaan dan setiap pemain menentukan apa yang terbaik untuk diri mereka.

“Dia pasti ada alasan tersendiri [untuk menyertai PSG]. Di sini kami telah memberikan segalanya dan dia tahu dirinya adalah pemain penting buat kami.

“Sudah tentu kami berharap dia kekal bersama kami. Kini kami hanya mampu mengucapkan selamat maju jaya,” kata Xavi.

Keputusan menyertai PSG mungkin sesuatu yang mengejutkan Barcelona kerana pemain itu hanya mengambil keputusan untuk berbuat demikian pada musim panas ini.

Selama enam musim di kelab Catalan itu, sebenarnya Dembele sudah mempunyai banyak alasan untuk berbuat demikian. Musim panas ini Dembele dilihat mempunyai lebih banyak sebab untuk kekal di Nou Camp.

“Dia bukan pemain yang bercakap banyak. Sebelum ini kami menjangkakan dia akan pergi, tetapi tidak pasti 100% tentang keputusannya.

“Ia menyedihkan. Saya mengucapkan selamat maju jaya kerana dia adalah rakan sepasukan yang baik, seorang sahabat sejati. Pasukan ini akan menerima keputusan itu.

“Selama ini tiada indikasi jelas. Tiada siapa tahu sehingga perkhabaran mulai tersebar di media. Dia adalah pemain penting buat kami dan berharap dia akan kekal seperti tahun lalu.

“Selama ini dia amat gembira di Barca. Kami tidak tahu kejadian sebenar sebaliknya.”

Alonso juga turut mendedahkan kepada Sport keputusan Dembele untuk meninggalkan Barca agak sukar diterima.

“Saya turut terkesan dengan berita ini. Ousmane tidak pernah bercakap apa-apa dengan mana-mana pemain mengenainya, sehingga ia menjadi rasmi.

“Dia adalah salah seorang daripada kami di bilik persalinan tetapi perkara sebegini pula berlaku.

“Dia adalah pemain penting, tetapi kami harus sentiasa melihat ke arah masa depan. Kami mempunyai skuad yang hebar dan semua pemain harus bergandingan berjalan ke arah yang sama,” jelas Alonso.

Barcelona dijangka akan melabur kembali dana daripada penjualan Dembele, dan Xavi dilaporkan turut sudah mempunyai pemain baharu dalam sasaran di jendela perpindahan musim panas ini.

BACA:  Ronaldinho Kini Suspek Aktiviti Scammer Melibatkan Skim Piramid Kripto