Penjelasan Kenapa Barcelona Tidak Dibenarkan Mendaftar Aguero, Depay, Emerson, Garcia Dan Mungkin Juga Messi

Krisis kewangan Barcelona telah banyak ditulis tertutamanya terutamanya sejak pandemik Covid melanda dunia.

Semua kelab terkesan apabila penyokong tidak lagi dibenarkan ke Stadium dan ia menjejaskan pedapatan kelab.

Barcelona tidak terkecuali, hutang kelab semakin meningkat dari bulan ke bulan, faktor gaji besar pemain menjadikan angka tersebut naik dengan cepat.

Masalah tersebut memaksa pihak authorities liga mula campur tangan dan tidak membenarkan Barcelona mendaftar 4 pemain yang baru ditandatangi kelab pada musim ini.

Barcelona perlu menunjukkan kelab mempunyai pelan penjimatan sehingga €200 juta untuk menyakinkan pihak liga bahawa kewangannya berada dalam landasan yang betul.

La Liga cukup tegas dengan peraturan La Liga’s economic controls yang mirip UEFA financial fair play (FFP).

Situasi itu meletakkan Barcelona mustahil boleh memberi tawaran baru kepada Lionel Messi kerana gaji pemain ini tidak murah.

Berikut adalah penjelasan mengenai masalah yang dihadapi Badelona dan bagaimana kelab itu boleh menyelesaikannya.

Barcelona tidak dibenarkan daftar pemain baru

Selepas musim 2020/21 melabuhkan tirai, Presiden Barcelona Joan Laporta pantas mengumumkan 4 pemain baharu bagi memperkuatkan pasukannya bagi menghadapi saingan musim 2021/21.

Sergio Aguero, Eric Garcia, Emerson Royal dan Memphis Depay dibawa masuk. Kecuali Emerson, kesemua pemain didapati secara percuma.

Disamping itu Barcelona hampir mendapatkan Georginio Wijnaldum. Tetapi pada saat akhir pemain Belanda itu memilih menyertai Paris Saint Germain.

Disebabkan majoritinya pemain baru hadir secara percuma, secara perakaunan Barcelona belum membelanjakan wang.

Disudut lain. Aguero dan Depay bersetuju menerima gaji lebih rendah berbanding sebelumnya.

Namun disebabkan kelab mempunyai hutang yang tinggi, La Liga’s economic controls tidak membenarkan Barcelona menambah satu sen pun bil gaji dalam kewangan kelab sehingga hutang mereka menurun ke paras selamat.

Maksudnya kurang boleh, tambah tak boleh. Sama pun tak boleh.

Apa itu La Liga’s Economic Controls

Pada tahun 2013 pihak La Liga mewujudkan Jabatan La Liga’s economic control.

Kakitangan jabatan tersebut akan menganalisis dan memantau setiap pergerakkan kewangan kelab yang bermain di Primera (divisyen 1) dan Segunda (divisyen 2).

Hasil dari analisis itu, pihak tersebut akan menetapkan had belanja perbelajaan yang perlu dipatuhi.

Had belanja tersebut meliputi jumlah gaji pemain utama dan staf kejurulatihan skuad utama.

Ia juga merangkumi perbelajaan pemain dan jurulatih simpanan dan akademi kelab.

Kelab boleh merancang perbelanjaannya dengan acuan sendiri tetapi tidak boleh melepasi jumlah had yang dibenarkan.

Setiap tahun, semua kelab perlu melaporkan data kewangan sebelum jendela perpindahan hujung musim dibuka.

Selain jangkaan pendapatan musim hadapan kelab perlu mendedahkan keuntungan atau kerugian pada musim sebelumnya.

Perbelanjaan pengurusan, kontrak kakitangan, duit simpanan kelab, perbelajaan pembayaran hutang lama, pelaburan dan pendapatan dari sumber lain juga perlu dilaporkan.

Bagi tujuan perakaunan, jumlah transfer fee akan dibahagi mengikut tempoh kontrak pemain tersebut.

Sebagai contoh jika pemain itu dibeli pada harga €10 juta dengan kontrak 5 tahun maka laporan akaun untuk kes tersebut adalah €2 juta setahun.

La Liga’s Economic controls mempunyai sistem perisian, sistem tersebut akan menilai data kewangan yang telah dikemaskini mengikut laporan tahunan.

Jika kelab melepasi had kewangan yang telah dibenarkan maka pendaftaran baru tidak akan diluluskan sehingga masalah tersebut diselesaikan terlebih dahulu.

Dalam kes 4 pemain Barcelona, gaji mereka merupakan perkara yang dinilai walaupun tidak mempunyai transfer feel.

Perbezaan dengan UEFA Financial Fair Play

La Liga’s Economic controls bukan UEFA Financial Fair Play tetapi ia hampir mirip. Ia bertujuan memastikan kelab tidak muflis dan berkubur akibat perbelanjaan melampau.

Kelab perlu berbelanja mengikut pendapatan tulen. Peraturan tersebut juga tidak membenarkan pemilik kaya menyuntik dana peribadi ke dalam kelab.

Ia boleh membuatkan kelab tidak stabil kerana tidak berdiri atas pendapatan tulen tersebut.

Jika pemilik kaya tersebut menarik diri, kos besar akan ditanggung oleh pemilik baru yang mungkin tidak sekaya pemilik lama.

Kelab perlu berdiri atas pendapatan tulen untuk mengelak situasi itu berlaku.

Perbezaan besar antara La Liga’s Economic controls dan UEFA Financial Fair Play, UEFA Financial Fair Play melihat semula perbelanjaan beberapa musim sebelumnya.

La Liga’s Economic controls menilai situasi semasa sebelum had perbelanjaan dikeluarkan.

Disebabkan itu pihak La Liga tidak melarang Barcelona melakukan pengambilan pemain baru beberapa minggu lepas.

Situasi Barcelona

Barcelona kini sedang menanggung hutang sebanyak €1.3 billion. Pada bulan lepas Barcelona telah mendapat kebenaran untuk melakukan pinjaman sebanyak €525 juta.

Berikutan situasi semasa itu jelas Barcelona tidak lagi mempunyai ruang besar untuk menambah lagi kos perbelanjaan kerana perlu membelanjakan pendapatan baru untuk membayar hutang.

Kembali kepada musim 2019-20, Barcelona mempunyai salary cap tertinggi di La Liga iaitu €671 juta. Pada musim lepas ia menurun kepada €347 juta.

Jumlah yang dibenarkan pada musim ini masih belum dipastikan tetapi menurut beberapa radio di Sepanyol ia mungkin dalam anggaran €160 juta.

Ia bermakna Barcelona hanya dibenarkan berbelanja 25% dari jumlah yang mereka belanja pada dua musim lepas. Pebelanjaan itu termasuk yuran perpindahan dan gaji pemain.

Barcelona masih lagi mempunyai angka perbelanjaan (yuran perpindahan yang dibahagi mengikut kontrak) dengan Philippe Countinho (€ 20 juta), Antoine Griezmann (€ 27 juta) dan Ousmane Dembele (€ 24 juta).

Jumlah tersebut akan mengikis perbelanjaan yang dibenarkan €160 juta tadi. Barcelona perlu menjual beberapa pemain yang boleh mendatangkan wang kepada kelab tertutamanya pemain yang mempunyai gaji besar -untuk mengurangkan perbelanjaan.

Langkah Barcelona

Pada beberapa minggu lepas Barcelona telah melakukan langkah merasionalisasikan kewangan kelab.

Pemain muda Junior Firpo sedang dalam proses dijual ke Leeds United, Jean-Clair Todibo ke Nice dan Konrad De La Fuente ke Marseille.

Barcelona juga meminjam keluar Franscisco Trincao ke Wolves untuk mengurangkan bil gaji kelab.

Langkah tersebut boleh menjana penjimatan sebanyak € 26.5 juta termasuk pengurangan bil gaji. Namun ia baru 10% dari angka yang perlu diturunkan.

Barcelona perlu menjual dan mengeluarkan pemain bernama besar yang mahal. Dilaporkan Samuel Umtiti dan Miralem Pjanic akan melangkah keluar dari Barcelona.

Dua pemain lagi dalam senarai untuk dijual adalah Coutinho dan Dembele. Kedua-dua pemain ini mempunyai rekod kecederaan yang tidak baik dan harganya akan menjadi rendah dari pasaran.

Bagaimanapun, jika Barcelona berjaya menjualnya ia merupakan satu kejayaan untuk menyelamatkan kewangan pasukan.

Gerrard Pique pula bersetuju -dalam kontrak baru- untuk ‘menangguhkan’ sebahagian gaji supaya ‘dalam akaun’ perbelanjaan kelab tidak terlalu tinggi.

Laporta juga ingin menggunakan kaedah itu terhadap Busquets dan Jordi Alba. Sergi Roberto pula dijangka akan dilepaskan secara percuma.

Pada hari ini Griezmann merupakan penerima gaji paling tinggi di Barcelona, €20 juta setahun sebelum cukai.

Pemain ini tidak berniat meninggalkan Barcelona dan mahu menghabiskan kontraknya sehingga 2024.

Bagaimana dengan Messi

Lionel Messi tidak lagi mempunyai kaitan dengan masalah kewangan kelab kerana kontraknya telah tamat.

Bil gajinya telah dibuang dalam jumlah perbelanjaan kelab. Namun peraturan La Liga’s economic controls akan menjadi penghalang selagi Barcelona tidak mengurangkan butangnya.

Pada minggu ini Barcelona dan Messi dilihat sepakat untuk menandatangi kontrak baru.

“Kami mahu Messi kekal dan Messi juga mahu kekal namun isu peranturan kewangan menjadi masalah. Pada masa ini kami sedang mencari penyelesaian terbaik untuk semua pihak.” kata Laporte

BACA:  Koeman Anggap Budak Muda Punca Barca Tewas Kepada Atletico