Penyokong Arsenal Teruja Melihat Cara Bagaimana Elneny Mendominasi Declan Rice

Penyokong Arsenal merasa teruja dan terharu melihat kehebatan Mohamed Elneny mendominasi Declan Rice ketika aksi pertemuan antara Gunners bertemu Hammers malam semalam.

Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan West Ham dengan Elneny sepertinya berjaya mendominasi sepenuhnya bahagian midfield dalam perlawanan tersebut.

​Bintang Mesir itu turut menjadi nadi penting Arsenal ketika aksi kemenangan bertemu Chelsea dan Manchester United sebelum ini dengan beliau konsisten melakukan hal sama ketika turun berdepan West Ham United malam semalam.

Agak menakjubkan untuk melihat bagaimana beliau berjaya konsisten mempamerkan aksi persembahan sehebat itu dalam tempoh 11 hari terakhir ini.

Lebih menarik lagi, kesemua tiga pasukan yang beliau dominasi bukanlah pasukan biasa-biasa dengan ketiga-tiga kelab tersebut merupakan pasukan yang sedang bersaing untuk merebut kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga.

Beliau boleh dikatakan terlalu banyak menghabiskan masa di bangku simpanan sepanjang musim ini dengan Mikel Arteta memilih untuk menurunkan bintang Mesir itu selepas Thomas Partey direhatkan.

Aksi persembahan yang ditunjukkan oleh Elneny bukan hanya beri kelegaan kepada Mikel Arteta, bahkan beliau juga turut berjaya memukau para peminat.

Satu hal yang menakjubkan, beliau sepatutnya lebih dihargai dan dihormati dek kerana beliau berjaya pamerkan aksi persembahan mantap itu ketika sedang berpuasa.

Beliau tak pernah meninggalkan Puasa walau terpaksa bermain awal dan menariknya lagi berpuasa langsung tak menghalang Elneny untuk terus pamerkan aksi persembahan mantap.

Ketika aksi bertemu West Ham malam semalam, beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dan jelas sekali beliau benar-benar mendominasi posisi midfield dalam perlawanan tersebut.

Para penyokong Arsenal turut menghamburkan pujian menggunung kepada Elneny atas aksi dominan beliau dan bagaimana hebatnya beliau mendiamkan Declan Rice.

“Mereka kata Elneny berpuasa tapi kenapa dia makan nasi (Rice) dekat tengah padang tu?”

“Pemain yang harga dia lebih £100 juta didominasi begitu sahaja oleh pemain yang sedang berpuasa dan banyak menghabiskan masa memanaskan bangku simpanan musim ini.”

“Dia sengaja simpan nasi (Rice) dalam poketnya untuk dimakan ketika berbuka puasa nanti.”

“Saya rasa Elneny akan buat Arteta pening kepala selepas ini, dia dah tunjukkan yang dia setanding Thomas Partey dan saya rasa kadang kala dia lagi bagus.”

“Satu lagi aksi persembahan lima bintang, Elneny sepatutnya terus diturunkan dalam kesebelasan utama, saya tak terkejut dia akan bantu Arsenal menang Piala andai dia terus diberi peluang untuk bermain.”

Bercakap tentang situasi berpuasa pada bulan lalu, Elneny menyatakan bahawa:

“Pihak kelab beri saya kebebasan. Mentaliti sememangnya perlu sangat kuat untuk terus berpuasa. Saya makan banyak waktu sarapan (sahur) untuk dapatkan tenaga tambahan.”

Pemain berusia 29 tahun itu sebenarnya berpotensi untuk meninggalkan kelab sebagai pemain bebas ejen pada musim panas nanti selepas kontraknya tamat.

Melihat kepada persembahan mantap yang beliau persembahkan sejak beberapa perlawanan terakhir ini, tidak akan mengejutkan andai Arsenal bakal memberikan kontrak baru yang lebih lumayan kepadanya.

The Gunners juga sementara itu sedang berjuang untuk merebut kedudukan keempat dalam carta saingan liga, dengan mereka kini dua mata mengatasi seteru utama mereka Tottenham Hotspur.

Arsenal perlu mencatatkan kemenangan dari kesemua empat perlawanan terakhir mereka termasuk aksi bertemu Tottenham Hotspur nanti dalam usaha mereka untuk mengakhiri saingan liga di kedudukan keempat.

Sudahtentu aksi perlawanan yang akan menemukan antara Arsenal dan Tottenham Hotspur nanti akan sangat menarik untuk disaksikan apa lagi selepas memikirkan yang kedua-dua pasukan terdesak mahukan tiga mata penuh.

Hanya kemenangan sahaja yang boleh menjamin tempat untuk salah satu dari mereka mengakhiri saingan Premier League di kedudukan empat teratas.

Siapa kah yang bakal layak ke saingan Champions League musim depan? Adakah Arsenal atau Spurs? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Dua Pemain Alternatif Untuk Liverpool Sebagai Pengganti Jude Bellingham