Penyokong Barca Nak Tampar Lenglet Sebab Ketawa Riang Lepas Tersingkir Dari Saingan UCL

Clement Lenglet senyum dan ketawa riang bersama Robert Lewandowski selepas kekalahan memalukan Barcelona di tangan Bayern Munich awal pagi tadi.

Aksi beliau itu jelas sekali tidak disenangi oleh para peminat, dengan ramai yang meminta kelab jual saja pemain yang tak ada jiwa Barca seperti Lenglet.

Barcelona ditendang keluar dari saingan Champions League selepas dibelasah 3-0 oleh Bayern Munich awal pagi tadi.

Ia merupakan kali pertama Barcelona ditendang keluar dari saingan Champions League dan gagal untuk beraksi di pusingan kalah mati sejak 20 tahun yang lalu.

Dari memiliki Lionel Messi, Barcelona kini bakal beraksi di pentas saingan Europa League, ia jelas satu kemunduran yang tak mampu diterima oleh para peminat.

Barca mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga, selepas Benfica mara ke aksi kalah mati sebagai naib juara kumpulan.

Benfica berjaya menduduki kedudukan kedua selepas kejayaan mereka menewaskan Dynamo Kiev 2-0 dalam aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan awal pagi tadi.

Sebelum aksi babak pertama lagi Bayern Munich sudah mendahului Barcelona dengan keputusan 2-0 dan sukar untuk gergasi Catalan itu melakukan comeback pada aksi babak kedua.

Thomas Muller membuka tirai jaringan pada minit ke-34 permainan, dengan Leroy Sane kemudiannya menggandakan kedudukan pada minit ke-42 permainan.

Jamal Musiala menambah gol ketiga untuk Bayern Munich pada aksi babak kedua permainan, seterusnya mengesahkan kemenangan 3-0 mereka menewaskan Barcelona.

Robert Lewandowski gagal untuk mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini, namun beliau setidak-tidaknya berjaya menghiburkan Lenglet selepas tamat aksi perlawanan tersebut.

Selepas berdepan kekalahan memalukan yang menyebabkan Barcelona tersingkir, Lenglet dilihat masih mampu ketawa riang dan bergurau senda dengan Lewandowski.

Melihat hal itu, para peminat di media sosial jelas sekali tidak gembira dan mempersoalkan mentaliti Lenglet serta kesetiaan beliau terhadap kelab.

“Bagi saya lempang muka dia, lepas tu saya diharamkan masuk stadium pun saya tak ada masalah. Anak haram.”

“Tersenyum gembira selepas tersingkir dari peringkat kumpulan? Batalkan kontrak dia sekarang. Biarkan dia pergi mana saja dia mahu secara percuma. Saya benci tengok dia.”

“Baru tersingkir dari saingan Champions League, dan dia boleh ketawa besar dengan pemain pasukan lawan seperti itu? Selepas tamat perlawanan? Mana maruah dia?”

“Kalau Suarez dia tentu sudah menangis sekarang, tapi pemain macam itu kita tak jaga, pemain sampah macam Lenglet yang kelab lebih fikirkan.”

“Kalah, bolos tiga dan senyum macam sampah, tolonglah singkirkan pemain macam ini, dia jelas bukan bermain kerana dia sayangkan kelab.”

“Apakah yang sedang saya lihat sekarang? Baru saja tewas dia sudah bermesra dengan pemain pasukan lawan? Saya tak pernah rasa kecewa seteruk ini melihat pemain Barca tak menghormati kelab sama sekali.”

Pengurus baru Barcelona, Xavi turut kecewa dengan persembahan anak-anak buahnya dalam perlawanan ini, dengan beliau ketika temu bual selepas tamat perlawanan menyatakan bahawa:

“Kami gagal. Saya beritahu para pemain yang hari ini merupakan permulaan yang baru, titik perubahan, kita tak patut ada dalam saingan Europa League.”

“Barca tak berhak untuk ini. Saya tak suka realiti yang sedang kita hadapi. Saya sangat marah kerana inilah realiti yang kita sedang hadapi, dan ia buat saya kecewa.”

“Tapi kita perlu terima, terima semua ini, kita tak ada pilihan lain.”

Sumber: SPORTbible

“Kita perlu ubah banyak perkara. Kita perlu bermula dari kosong dan bekerja lebih keras untuk bawa Barca kembali di mana ia selayaknya, yang mana ia bukanlah Europa League.”

BACA:  Kerana Kehabisan Huruf 'W', Barcelona Tak Mampu Menjual Jersi Lewandowski