Penyokong Chelsea Bergaduh Dengan Pihak Polis Menjelang Aksi Bertemu Lille

Penyokong Chelsea bergaduh dengan polis di Lille menjelang aksi pertembungan antara kedua-dua pasukan dalam saingan Champions League awal pagi tadi.

Skuad Chelsea berkunjung ke Perancis untuk bertemu Lille dalam aksi leg kedua pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

Menjelang bermulanya perlawanan, telah berlaku pergaduhan antara penyokong Chelsea dengan pihak polis dengan pihak berkuasa turut menggunakan batons dan gas pemedih mata ke atas penyokong The Blues.

Mungkin ada segelintir penyokong Chelsea yang masih tidak faham apa yang berlaku pada kelab mereka sekarang, dan jelas sekali mereka sedang melalui titik terburuk kelab pada ketika ini.

Ada antara mereka yang masih tak faham yang mereka tak dibenarkan membeli merchandise atau membeli tiket untuk menonton aksi kelab pada ketika ini.

Hal itu juga menyebabkan The Blues meminta agar perlawanan mereka pada hujung minggu ini dimainkan secara tertutup.

Masih ramai penyokong yang pergi ke Perancis untuk menonton aksi perlawanan Champions League bertemu Lille dan berkemungkinan kerana mereka fikir sekatan itu hanya berlaku di Stamford Bridge.

Walau bagaimanapun, usaha mereka untuk menyokong Chelsea berakhir dengan bergaduh dengan pihak polis tempatan Perancis.

Pergaduhan dikatakan bermula selepas penyokong bersorak nama Roman Abramovich di luar Les 3 Brasseurs bar, berhampiran station Lille-Flanders.

Para penyokong dikatakan melempar botol sebelum pihak polis menggunakan gas pemedih mata dan memukul mereka dengan kayu belantan agar mereka semua bersurai.

Namun begitu, ramai juga antara mereka yang tak terlibat tetapi turut menjadi mangsa di serang dengan gas pemedih mata dan ada yang dirembat dengan kayu belantan.

“Kami dihubungi untuk ke bar selepas ada aduan tentang sikap para penyokong.”

Jelas jurucakap Polis kepada Daily Mail.

“Jalan utama di seluruh kawasan itu sudah dikepung, dan masih terdapat masalah-masalah terpencil di bandar itu.”

Para penyokong yang terlibat dengan insiden itu walau bagaimanapun menafikan yang mereka memulakan keganasan tersebut, dengan Abbie menulis di twitter untuk menyatakan:

“Kami sekadar menyanyi ‘Chelsea, Chelsea, Chelsea,’ penyokong Lille kemudiannya datang dan mulakan.”

“Polis Lille kemudiannya datang dan hayun belantan pukul saya di belakang, saya sangat bersyukur kerana seseorang menarik saya (jika itu kamu terima kasih banyak-banyak) saya tak sedar sehingga dia hayun ke arah saya.”

“Kemudiannya gas pemedih mata dan seseorang menjerit itu gas pemedih mata. Saya tutup mata dan saya tak tahu dan masih tak boleh berhenti menangis.”

“Tak ada keraguan, saya alami lebam teruk, sakit dada, saya tak pernah lakukan apa-apa kesalahan dalam hidup saya dan tidak antara kami dan kami yang diserang bukan menyerang.”

The Blues turun dengan mereka berjaya memenangi aksi leg pertama dengan keputusan 2-0 selepas Kai Havertz dan Christian Pulisic meledak gol di Stamford Bridge.

Dalam tempoh yang singkat banyak perkara yang sudah berubah dan penyokong Chelsea sepertinya tak berhak untuk lalui semua ini.

Mereka dilayan seolah-olah Chelsea sendiri penyokong kuat Rusia dan sepertinya mereka juga sangat tertindas pada ketika ini.

Dengan peminat tak boleh beli tiket dan hanya pemegang pas bermusim sahaja yang boleh menonton perlawanan, tidak akan mengejutkan andai aksi mereka dalam saingan Champions League selepas ini akan dilangsungkan secara tertutup.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, itulah apa yang akan berlaku memandangkan pembekuan assets Roman Abramovich memang akan menjejaskan Chelsea FC.

Anak-anak buah Thomas Tuchel itu berjaya menewaskan Lille 2-1 seterusnya melayakkan diri mereka ke peringkat suku akhir selepas mencatatkan kemenangan 4-1 secara aggregate.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kenali Insan yang Telah Mengesan Bakat Kante, Vardy, Drogba Dan Haaland