Penyokong England Menganjing Skuad Itali Tanpa Belas

Penyokong England tak henti-henti menganjing skuad Itali selepas kekalahan 1-0 mereka di tangan North Macedonia awal pagi semalam.

Macam-macam memes yang dikeluarkan oleh para penyokong England untuk ditujukan kepada para pemain skuad Itali.

Skuad kendalian Roberto Mancini itu tidak akan membuat penampilan di pentas Piala Dunia di Qatar selepas mereka disingkirkan oleh North Macedonia.

Gol jaringan Aleksandar Trajkovski pada minit-minit akhir permainan sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan North Macedonia, seterusnya membuatkan kem Itali menangis.

Ia merupakan kali ke dua berturut-turut skuad The Azzurri gagal untuk ke Piala Dunia dan ia jelas satu tamparan yang hebat untuk mereka.

Ditambah pula mereka kini merupakan Juara benua Eropah selepas memenangi gelaran Euro 2020 musim panas lalu, penyingkiran ini nampak semakin menyakitkan.

Mereka berjaya menewaskan England di Wembley pada Julai tahun lalu untuk menjulang gelaran Euro 2020.

Sebaik wisel penamat dibunyikan, para pemain Itali tak henti-henti menganjing skuad The Three Liones, bahkan walau selepas seminggu saingan Euro tamat, mereka masih gigih menganjing di media sosial.

Disebabkan hal itu, maka tidak mengejutkan untuk melihat penyokong England kembali membalas dendam dan menganjing skuad Itali kerana tak layak ke Piala Dunia.

Benda dendam dah lama, bila dapat peluang itu yang berkicap Itali nak kena hadap tu.

“Hari ini mereka menangis menganggap mereka dirompak, gol Macedonia tak patut dikira kerana handball. Tapi bukan kah dulu mereka yang ajar kita untuk terima saja semua keputusan?”

“Naib Juara Euro dah menunggu di pentas Piala Dunia, Juara mana? Tersingkir? Kata nak kalahkan England lagi sekali.”

“Karma itu ada, sekarang tak ada ke pemain Itali yang nak promosikan pasta?”

“Macam mana sekarang? Tak nampak pun pemain Itali meriah dekat media sosial, mana mereka pergi?”

Kali terakhir Itali membuat penampilan di pentas Piala Dunia adalah ketika aksi Piala Dunia 2014 dan mereka sudah tentu akan berusaha sehabis daya untuk layak pada 2026 nanti.

Memandangkan skuad Itali sudah sah tersingkir, Roberto Mancini sendiri dilihat terlalu kecewa dan tak mahu membincangkan tentang peranan beliau sebagai pengurus selepas tamat perlawanan.

“Kita akan lihat. Saya rasa semua orang terlalu kecewa sekarang untuk membincangkan tentang masa depan.”

Jelas beliau kepada Eurosport.

“Ia merupakan detik yang sukar, kasih sayang dan perhatian saya terhadap mereka sangat besar. Masih terlalu awal untuk kata apa akan berlaku seterusnya, semua orang terlalu kecewa, tapi bagi saya skuad ini ada barisan pemain hebat dan ada masa depan cerah.”

Itali merupakan pasukan kegemaran untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut dan ramai yang menjangkakan mereka bakal berdepan Itali untuk aksi perlawanan akhir play-off.

Skuad kendalian Roberto Mancini itu menguasai penguasaan bola dengan mereka mencatatkan 32 percubaan dengan 66% penguasaan permainan.

Walau bagaimanapun, gol jaringan Trajkovski yang berjaya menewaskan Gianluigi Donnarumma dari jarak jauh sudah cukup untuk membuatkan kem Itali menangis.

North Macedonia selepas ini bakal turun beraksi bertemu Portugal, dan sudah tentu mereka mahu lakukan yang terbaik seterusnya mencari tempat untuk beraksi di pentas Piala Dunia nanti.

Portugal sendiri turut sangat terdesak untuk layak, dek kerana Piala Dunia Qatar berkemungkinan akan jadi edisi terakhir yang boleh disertai oleh legenda negara, Cristiano Ronaldo.

Mereka sebelum ini berjaya menewaskan Turki 3-1 untuk mara ke perlawanan akhir play-off dan mereka hanya perlu menewaskan North Macedonia sahaja untuk layak.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Badan Kecil, Dirompak di Tepi Jalan, Pernah Berniaga di Pasar Malam - Warna Warni Kisah Lorenzo Insigne