Penyokong Liverpool Mulakan Petisyen Mahu Penggantungan Ke Atas Messi Kerana Menumbuk Fabinho

Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan yang amat ditunggu-tunggu peminat bola sepak seluruh dunia. Liverpool bertandang ke Nou Camp untuk berdepan dengan juara La Liga, Barcelona dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

90 minit pertama berjalan dengan lancar buat Barcelona dimana mereka memperolehi bekalan selesa 3 gol untuk dibawa ke Anfield minggu hadapan.

Messi cuba menumbuk curi muka Fabinho. Atau tangan Messi naik secara tidak sengaja ?

Manakala Liverpool pula gagal mendapatkan gol di tempat lawan yang mereka sangat perlukan dan tugas sukar bakal menanti mereka minggu hadapan kerana perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 4 gol untuk mara ke perlawanan akhir.

Kapten Barcelona, Lionel Messi sekali lagi membuktikan mengapa beliau layak digelar sebagai ‘GOAT’ atau pemain terbaik sepanjang zaman apabila mempamerkan aksi yang cukup cemerlang untuk membantu Los Cules meraih bekalan yang cukup selesa untuk dibawa ke Anfield minggu hadapan.

Messi menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut dengan satu lagi gol dijaringkan oleh bekas pemain Liverpool, Luis Suarez yang mengakhiri kemarau gol beliau dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

https://twitter.com/JuanDirection58/status/1123690099122823169

Pada minit ke-82 perlawanan, Messi melengkapkan malam penuh gemilangnya dengan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang cukup cantik dari luar kotak penalti.

Ia juga merupakan jaringan ke-600 Messi untuk Barcelona dalam semua pertandingan dan akan kekal dalam memori peminat bola sepak untuk satu tempoh yang cukup lama.

Tetapi bukan semua pihak gembira melihat persembahan Messi malam tadi. Peminat Liverpool khususnya sudah tentu akan dihantui mimpi ngeri selepas melihat perkara yang Messi lakukan terhadap pasukan kesayangan mereka.

Ramai yang terpegun dengan sepakan percuma Messi tetapi tahukah anda apa yang berlaku sebelum sepakan percuma tersebut diambil ?

Seminit sebelum Messi menjaringkan gol ke-3 Barcelona, pengadil menghadiahkan sepakan percuma kepada Barcelona kerana kekasaran yang dilakukan Fabinho terhadap Messi.

Tetapi ulang tayang menunjukkan Messi sebenarnya yang bersalah dalam insiden tersebut. Ketika Fabinho cuba menghalang pergerakan Messi, pemain antarabangsa Argentina itu dirakam menaikkan tangannya ke arah muka Fabinho, dan ia kelihatan seperti Messi cuba menumbuk muka Fabinho.

Jika pengadil dapat mengesan tindakan terkutuk yang cuba dilakukan Messi, sudah tentu Messi akan menerima kad kuning dan tiada sepakan percuma yang akan diberikan. Maka tiada gol ke-3 buat Barcelona dalam perlawanan tadi !

Disebabkan perkara tersebut, terdapat peminat Liverpool yang tidak dapat menerima kenyataan melancarkan petisyen secara online untuk menggesa Messi menerima hukuman penggantungan perlawanan atas tindakannya itu.

https://twitter.com/Calmander/status/1123871386144002049

“Get Messi a retrospective ban for clearly punching Fabinho in the head.” Kenyataan seorang peminat Liverpool yang dipaparkan di laman web Change.org

Jika anda masih ingat awal tahun ini, ada juga petisyen yang dilancarkan oleh peminat Liverpool yang mempertikaikan ketepatan teknologi ‘VAR’ selepas Liverpool tewas buat kali pertama musim ini kepada Manchester City. Baca di sini jika anda lupa.

Adakah anda bersetuju dengan gesaan penyokong Liverpool ini ?

BACA:  Paul Merson Bimbang Nunez Tak Mampu Gantikan Tempat Mane