Penyokong Liverpool Tak Dapat Terima Hakikat, Penalti Dinafikan

Penyokong Liverpool datang lagi! Penyokong Liverpool nyata tidak dapat menerima hakikat dan tidak faham kenapa Liverpool di nafikan sepakan penalti dalam perlawanan mereka tewas kepada 1-0 kepada Chelsea.

Pada separuh masa kedua, jelas kelihatan bola terkena tangan pemain genit comel lotey dari Perancis, N’Golo Kante dan tiada hukuman serta tindakan dikenakan dariapada insiden tersebut.

Semuanya bermula daripada gerakan daripada Roberto Firmino ke dalam kotak penalti Chelsea dan cuba melakukan satu flick melepasi kepala N’Golo Kante.

Malangnya percubaan Roberto Firmino tidak berjaya dan tersangkut di tangan N’Golo yang sehabis daya mengepit tapi tangannya terbuka luas.

Tiada sepakan penalti daripada pengadil walaupun kejadian itu jelas lagi bersuluh, lalu pemain Liverpool melakukan protes.

Tindakan protes pemain tidak dapat mengubah keputusan pengadil untuk menukar keputusan kepada penalti dan perkara ini membingungkan ramai.

Nampak gayanya peraturan bola terkena tangan berbeza antara pemain penyerang dan pemain pertahanan ketika di dalam kotak penalti.

Sejak kebelakangan ini keputusan penalti yang disebabkan oleh bola terkena tangan sangat tidak konsisten dan berubah-ubah.

Ini menyebabkan ramai mula mempersoalkan kredibiliti dan ketelelusan mutu pengadilan di Premier League.

Penyokong Liverpool yang menggelakkan penyokong Manchester United yang tidak diberikan penalti juga ketika bertemu Chelsea tidak dapat menerima hakikat ini.

Mereka mula beretorik bahawa mereka mangsa kekejaman pengadil, dunia tidak adil dan semua orang jahat, merekalah mangsa. Dasar play victim.

Main bola 90 minit satu je percubaan tepat nak mengharap penalti? Dasar lemah!

Kau tu bukan pasukan biasa, penyandang juara kot. Nak merengek apa? tunjuk la sikap sang juara.

Tiada idea katanya kenapa tak penalti. Semua orang boleh faham dengan peraturan yang mudah. Bila kena atas hidung dia.

Mula membandingkan dengan perlawanan Fulham vs Spurs, Gol Fulham batal sebab kena tangan terlebih dahulu.

Tak faham kenapa bukan penalti.

Benda mudah, keputusan pengadil adalah muktamad. Bila pasukan lain kena kau gelakkan walaupun jelas penalti. Jika nak diubat kualiti pengadilan kena la bersatu.

Lagi pun pemain yang kena tangan tu N’Golo Kante yang terkenal dengan sikap rendah diri dan pemalu, Pengadil pun tak sanggup bagi penalti.

Premier League 2020/21: Liverpool 0-1 Chelsea

Perlawanan tumpuan dipagi jumaat yang barakah adalah pertemuan antara Liverpool dan Chelsea dan perlawanan ini berlangsung di stadium keramat yang penuh kemegahan buat The Reds, Anfield.

Liverpool membuat dua pertukaran pemain selepas menang 2-0 dengan Sheffield United di mana Alisson Becker kembali menggantikan Adrian dan Fabinho pula bergandingan debgan Ozan Kabak.

Chelsea membuat tiga perubahan pemain selepas seri dengan Manchester United, Timo Werner, Reece James dan Jorginho menggantikan Olivier Giroud, Callum Hudson-Odoi and Mateo Kovacic.

Chelsea akhirnya berjaya membuka tirai jaringan melalui Timo Werner dalam satu situasi gol yang jelas membuktikan Alisson Beckter tak berguna dan lemah yang entah kenapa naik ke atas.

Namun pengadil dengan bantuan VAR yang sentiasa dibenci penyokong Liverpool menjalankan tugas dengan penuhamanah apabila membatalkan jaringan tersebut kerana offside.

Mason Mount akhirnya memecahkan kebuntuan secara sah dengan satu gol yang sungguh sensasi lagi menarik penuh berseni dan meletakkan Chelsea di hadapan.

Hantaran jauh yang dilambung oleh Ngolo Kante dengan satu gelembung buaya terhasil tepat kepada Mason Mount yang membuat satu larian bijak.

Dari kiri Mount terus memotong ke dalam dalam mengacah-ngacah sambil mencari ruang dan peluang untuk melepaskan rembatan.

Boom! Rembatan yang dilepaskan Mount gagal untuk dijangkau oleh Allison Becker.

Mount telah menjaringkan 3 gol dalam 8 perlawanan dibawah Thomas Tuchel dan hanya menjaringkan 2 gol sahaja dalam 18 perlawanan ketika dibimbing Frank Lampard. Keinsafan.

Liverpool nyata tumpul tidak bergigi serta lemah di bahagian serangan pada separuh masa pertama apabila gagal mendaftarkan sebarang percubaan tepat.

Untuk rekod Liverpool hanya menjaringkan satu gol sahaja di separuh masa pertama dalam 12 perlawanan premier League terakhir mereka walaupun melakukan 78 percubaan dengan 25 percubaan tepat.

Bersambung permainan untuk baki 45 minit Chelsea terus garang untuk terus menyerang bagi menjarakkan kedudukan kepada situasi yang lebih selesa.

Liverpool pula tampak lebih serius dan terpaksa serius demi mencari gol penyamaan sekurang-kurangnya dan tidak boleh kehilangan mata lagi.

Anak buah Jurgen Klopp terus mengasak manakala Chelsea hanya menungggu dengan penuh sabar untuk memotong bola dan bersedia melakukan serangan balas pantas.

Banyak juga serangan balas berjaya dicipta oleh Chelsea, hampir semua kelaut dengan kegopohan dan mungkin panik terjadi ketika mahu membuat hantaran.

Pada minit ke-76, Chelsea menyerang balas lagi dan lorongan cantik Mason Mount kali ini sampai ke kaki Timo Werner nampak Allison Becker sudah bersedia untuk menafikan.

Masuk minit ke-80 berdasarkan statistik Live Score dan Sofa Score, Liverpool gagal melakukan sebarang percubaan tepat lagi dan hanya berjaya melakukan 6 percubaan sahaja.

Akhirnya percubaan tepat Liverpool tiba pada minit ke-85 namun pertahanan Chelsea terlampau solid dan teguh mengawal benteng.

Mateo Kovacic melakukan sedikit provokasi selepas Sadio Mane Jatuh ditolak Antonio Ruediger. Mateo Kovacic telah menyepak bola ke kepala Mane.

Sadio Mane bingkas bangun dan cuba melawan namun Mane yang penuh iman di dada masih mampu lagi mengawal perasaan dan kembali fokus kepada perlawanan.

Tiada jaringan lagi terhasil sehingga perlawanan tamat dan sejarah tercipta buat Liverpool tewas 5 kali berturut-turut buat pertama kali di Anfield sejak ditubuhkan pada 1892.

Rekod buruk dan tidak diingini ini terjadi selepas Liverpool merekodkan 68 perlawanan tanpa kalah di Anfield. Tidak kebal lagi.

Kemenangan dengan 3 mata berharga ini membolehkan Chelsea melonjak naik ke tangga ke-4 Premier League dengan kelebihan satu mata di atas Everton.

Untuk tahun 2021, Liverpool hanya berjaya mengumpul 10 mata daripada 11 perlawanan Premier League dengan hanya West Brom (9 mata), Newcastle (7 mata) dan Southampton (4 mata) mengutip mata yang sedikit.

Kalau la liga mula tahun 2021 Liverpool setakuk je ada atas zon penyingkiran.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Fabinho, Kabak, Robertson, Thiago, Wijnaldum, Jones, Salah, Firmino, Mane.

Subs: Milner, Keita, Adrian, Oxlade-Chamberlain, Jota, Shaqiri, Origi, Rhys Williams, Neco Williams.

Chelsea: Mendy, Azpilicueta, Christensen, Rudiger, James, Kante, Jorginho, Chilwell, Ziyech, Mount, Werner.

Subs: Arrizabalaga, Alonso, Pulisic, Zouma, Kovacic, Giroud, Hudson-Odoi, Havertz, Emerson Palmieri.

Referee: Craig Pawson (South Yorkshire).

BACA:  Podium Kejuaraan Di Anfield Dituduh Bukti Liverpool Syok Sendiri