Penyokong Man United Mahukan ‘Supernatural Talent’ Benjamin Sesko Yang Menjaringkan Gol Bertemu Liverpool

Bintang RB Salzburg, Benjamin Sesko dianggap sebagai antara bakat yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam dunia bola sepak hari ini.

Bahkan ramai peminat yang membandingkan bintang Slovenian itu dengan bintang Norway, Erling Haaland.

Walau bagaimanapun, selepas melihat persembahan luar biasa mantap beliau, sepertinya perbandingan itu agak masuk akal dan beliau sememangnya mempunyai bakat yang dasyat.

Pemain muda berusia 19 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan mega menyertai Manchester United dan Newcastle United pada jendela perpindahan musim panas ini.

Beliau berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa dasyat untuk Salzburg ketika beraksi bertemu Liverpool awal pagi tadi.

Pada minit ke-30 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Red Bull Arena di Salzburg, pemain penyerang yang mempunyai ketinggian enam kaki empat berjaya melepasi Ibrahima Konate sebelum meluru ke arah gawang gol.

Beliau kemudiannya melorongkan bola mencari rakan sepasukannya, Noah Okafor dan meneruskan lariannya bergerak masuk ke dalam kotak penalti.

Okafor kemudiannya melorongkan semula bola dengan sangat kemas untuk mencari Sesko yang kemudiannya mudah menewaskan Adrian untuk gol pembukaan Salzburg.

Persembahan mantap beliau sebelum terhasilnya gol itu dari kekuatan dan kelajuan yang menakjubkan berjaya memukau para peminat seluruh dunia.

Sesko terus menerus memberi masalah kepada barisan pertahanan Liverpool sepanjang 45 minit pertama permainan dengan gerakan-gerakan bahaya yang berjaya beliau cetuskan.

Bahkan, beberapa minit sebelum rehat separuh masa, pemain penyerang muda itu turut berjaya mempamerkan skill yang sungguh dasyat untuk mengekalkan penguasaan bola.

Selepas membawa bola ke bawah dari atas dengan sentuhan yang indah, beliau berjaya memperdaya James Milner dan membuatkan bintang veteran Liverpool itu seolah-olah diaibkan olehnya dengan beliau kemudiannya melakukan turn ala Zidane untuk melepaskan diri.

Di bawah merupakan aksi bagaimana hebatnya skill yang beliau persembahkan ketika memperdaya James Milner.

Bahkan pengulas dari Liverpool TV, yang sebelum ini mempersoalkan kemampuan dan bakat Sesko turut memuji dan mengagumi kehebatan pemain Slovenian itu dengan kepantasan kakinya ketika berada di zon sempit.

“Saya memberi kredit kepada dia atas keraguan saya selama ini.”

Jelas pengulas tersebut.

“Saya sendiri tak sedar sebenarnya kehebatan dia.”

Seperti yang dinyatakan di atas, pemain yang menjadi kegilaan dalam Football Manager itu telah hangat dikaitkan dengan perpindahan bakal meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Manusia paling jujur dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano mendakwa Manchester United sedar tentang kewujudan dan bakat hebatnya dan sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Rakan sepasukan Sesko sementara itu percaya yang bintang Slovenian itu sebenarnya jauh lebih hebat berbanding bintang Man City, Erling Haaland.

Pemain berusia 19 tahun itu menjelaskan dalam satu temu bual bahawa:

“Segala perbandingan itu sebenarnya memotivasikan saya dan beri saya tenaga tambahan. Ia sama sekali tak memberi tekanan. Saya akan dengar dan belajar jadi saya boleh tambah baik kualiti saya.”

“Rakan sepasukan saya di kelab beritahu saya yang Haaland dan saya ada persamaan, terutama dari segi kepantasan. Kebanyakan dari mereka bahkan anggap saya lagi bagus dari dia.”

Melihat kehebatan beliau dan mendengar yang beliau sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan menyertai Man United, jelas sekali para peminat bersungguh-sungguh berharap kelab akan benar-benar menandatangani beliau.

Pihak kelab juga pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk mencari pemain penyerang dan jelas sekali mereka ketika ini sudah menemui pemain yang dicari.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Cristiano Ronaldo Dipersalahkan Sebagai Punca Aksi Hambar United