Para penyokong Tottenham Hotspur bengang selepas gol jaringan Harry Kane dibatalkan oleh pengadil perlawanan, ketika aksi pertemuan bertemu Chelsea di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Kane sempat berfikir yang beliau sudah berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk Tottenham Hotspur sebelum rehat separuh masa dalam perlawanan tersebut.
Beliau berjaya melepaskan rembatan padu dari dalam kotak penalti untuk menewaskan Kepa Arrizabalaga.
'It's not a foul'
Gary Neville accuses Thiago Silva of 'conning the ref' as Harry Kane's goal was disallowed https://t.co/OuZXowEmPk
— MailOnline Sport (@MailSport) January 23, 2022
Walau bagaimanapun, pengadil perlawanan, Paul Tierney telah membatalkan gol tersebut kerana mendakwa Harry Kane terlebih dahulu telah menolak Thiago Silva.
Keputusan pengadil perlawanan itu sepertinya telah menimbulkan perdebatan hangat para peminat di laman media sosial.
Ada peminat yang percaya gol itu sememangnya patut dibatalkan, sementara ada juga yang percaya Silva sebenarnya sengaja merebahkan badan kerana mahu sepakan percuma.
Di bawah merupakan video insiden tersebut, yang mana Kane jelas sememangnya ada menyentuh Thiago Silva namun reaksi beliau sedikit keterlaluan.
🗣 "It's clear and obvious to me."
Dermot Gallagher agreed with the decision to rule out Harry Kane's goal for a foul on Thiago Silva#RefWatch pic.twitter.com/tCDyxicTRQ
— Football Daily (@footballdaily) January 24, 2022
Pengulas perlawanan tersebut, Gary Neville turut yakin yang gol jaringan Kane itu tak sepatutnya dibatalkan oleh pengadil perlawanan.
Walau bagaimanapun, bekas rakan sepasukannya, Roy Keane pula bersependapat dengan pengadil perlawanan dan menganggap gol itu memang patut dibatalkan.
What on earth have I just witnessed… pic.twitter.com/v4KT44ku7f
— Has the Referee or VAR made a poor decision? (@PoorEPLreferees) January 23, 2022
@GNev2 how many players ‘fall’ over the moment they feel a ‘push’ in the back
Don’t come out with ‘Harry Kane put his arm out to stop himself running into Silva’ 🙄🙄🙄 think about what you’re saying 🤔🤔🤔 pic.twitter.com/JzA0FT5xu1— Ian (@ezzeeegooner) January 23, 2022
“Gol itu tak patut dibatalkan, saya nampak memang ada sentuhan, tapi sepertinya Thiago hanya dipegang sahaja dan dia sendiri melayangkan badannya.”
“Perlu ke dia layangkan badan dia macam itu? Saya rasa Kane hanya letak tangan sahaja.”
“Ini boleh dianggap sebagai satu keajaiban, pengadil tidak memihak kepada Harry Kane? Memang jarang Kane tak menang apa-apa kalau melibatkan keputusan pengadil.”
Prayers to Thiago Silva for this horrific assault from Harry Kane 🙏 pic.twitter.com/MXj9yuZlaA
— LP (@thfclp__) January 23, 2022
“Karma untuk Kane, selalu dia berlakon untuk dapatkan penalti, hari ini pemain pertahanan berlakon untuk batalkan gol dia. Sentuhan tetap sentuhan. Itu kenyataan.”
“Walau terlalu lembut, Kane memang ada tolak Silva, jadi keputusan pengadil adalah sangat tepat.”
Menurut sumber laporan dari Rob Harris, Kane masih meminta penjelasan dari pengadil perlawanan selepas tamat separuh masa kerana beliau tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
Kane still bemused over the disallowed goal – speaking at HT to ref Paul Tierney pic.twitter.com/J7KANPU0CJ
— Rob Harris (@RobHarris) January 23, 2022
Antara insiden lain yang berlaku dalam perlawanan ini, para penyokong Chelsea bengang dengan Lukaku kerana berubah menjadi Lakaka sepanjang 90 minit perlawanan.
Penyokong Chelsea bengang melihat Lukaku menjadi Lakaka
Mainan elok ditunjukkan Chelsea dengan binaan serangan dari bawah. Namun sampai sahaja ke kaki Lukaku terus menjadi debu.
Lukaku sudah menjadi Lakaka! Ianya terma merujuk kepada troll di internet ke atas seorang lelaki yang kaki bangku namun cuba menjadi Lukaku.
Siapa sangka sebenarnya, ketika Lakaka gagal menjadi Lukaku, maka Lukaku pula yang berjaya menjadi Lakaka.
Lihatlah sendiri, lelaki yang bernama Lakaka itu di bawah ini:
Peminat Chelsea sangat geram dengan aksi Lukaku sepanjang perlawanan. Dia langsung tak berguna dalam perlawanan ini.
Chelsea berjaya menang 2-0 menentang Spurs dalam aksi derbi London. Tetapi aksi cemerlang Chelsea sebenarnya banyak dirosakkan Lukaku yang menjadi Lakaka.
Di Canio: Chelsea lebih baik tanpa Lukaku
Beberapa bulan lalu, pemain penyerang Chelsea, Romelu Lukaku yang terpalit dengan kontroversi tidak masuk akal lantaran kenyataan demi kenyataan bodo yang seakan mahu mencari gaduh untuk meninggalkan Chelsea.
Paolo Di Canio telah tampil membidas Romelu Lukaku yang disifatkannya sebagai angkuh dan lemah selepas wawancara kontroversi dengan Sky Italia.
"Welcome to reality…we are in the spotlight"
Thomas Tuchel comments on out of form Romelu Lukaku pic.twitter.com/T7quLoPRje
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) January 23, 2022
Lukaku telah mempersoalkan taktikal Tuchel yang menurutnya telah menyusahkannya sehingga dia tidak mampu mendapatkan prestasi terbaiknya.
Selain itu Lukaku tanpa berlapik menyatakan bahawa cintanya kepada Inter Milan dan mahu kembali ke kelab tersebut suatu hari nanti.
Paolo Di Canio mengingatkan Lukaku bahawa Inter Milan dan Chelsea lebih kuat dan lebih baik tanpa beliau.
Lukaku: “I’m not happy with the situation and that’s only natural. The head coach has decided to play a different system and I mustn’t let up, I need to keep working hard and be professional. I’m not happy with the situation but I’m a grafter and I mustn’t let up” pic.twitter.com/xamRI8DcGV
— Patrick Kendrick (@patrickendrick) December 30, 2021
Di Canio menyatakan perkara tersebut sebelum aksi di antara Liverpool dan Chelsea.
Menurut Paolo Di Canio, Romelu Lukaku terperasan bahawa dia terlalu bagus dan menjadi sebab utama kenapa Inter Milan juara Scudetto musim lalu.
Paolo Di Canio berkata:
“Inter tetap akan juara musim lalu dan Chelsea bermain lebih baik tanpa dia.”
“Ketika dia tiba di Inter pada dua tahun yang lalu, dia kerap hilang dalam perlawanan besar dan dia bukannya pemain yang berskil tinggi.”
Former striker Paolo Di Canio once again criticised Romelu Lukaku after his performance against Antonio Conte’s Tottenham: ‘It’s difficult to imagine somebody paying €100m to sign him.’ https://t.co/dqDCuz9Izs #Inter #FCIM #CFC #Lukaku #Calcio #Transfers
— footballitalia (@footballitalia) January 24, 2022
“Temuramah ini menunjukkan betapa lemahnya atlet tersebut. Hanya selepas enam bulan, dia dah mulai berputus asa.”
“Mungkin kerana ketika dia tiba di kelab itu [Chelsea] dia tiba dengan keangkuhan daripada seseorang yang tidak sedar di mana tahap dirinya,”
Kata Di Canio dalam ulasan EPL beliau di Itali.
Paolo Di Canio durissimo nei confronti di Lukaku #ChelseaLiverpool #CHELIV https://t.co/Sk2iKtkVe2
— Fanpage.it (@fanpage) January 2, 2022
“Dia memenangi Scudetto [Serie A] di Itali sebagai protagonis bersama dengan rakan rakan sepasukannya yang lain. Dia bukannya Lionel Messi.”
“Tanpa dia pun, Inter masih boleh menang liga, sekiranya mereka ada pemain seperti Duvan Zapata ataupun mana mana pemain seperti itu di hadapan.”
“Dia adalah pemain yang menjalankan tugasannya di dalam pasukan.”
“Kemudian dia berpindah ke juara Eropah, di Liga Perdana Inggeris berdepan kelab kuat macam Manchester City dan Liverpool, itu antara perlawanan perlawanan besar yang dia akan hadapi.”
“Jika kamu tiba di Chelsea dan memikirkan yang kamu akan menjadi nombor 1, kamu silap besar.”
“Chelsea bermain lebih baik tanpa Lukaku. Dia pemain yang rapuh. Dia kelihatan ada karakter [yang kuat], tetapi selepas dia bercakap begitu, kenyataannya jelas menujukkan dia pemain yang rapuh.
The Lukaku Banter continues 😂🤣🤣😂 just for laffs#romelulukaku pic.twitter.com/hHKYaEY3Mr
— EverythingFootball97 (@EFootball97) January 24, 2022
Di Canio menambah:
“Lukaku telah menjaringkan gol sendiri yang teruk di sini dengan membuat interview seperti ini yang membuatkan semua orang tak gembira, termasuk dia sendiri.”
“Macam saya selalu cakap, dia lebih kepada seekor kucing yang besar berbanding seekor harimau kumbang. Dia tidak pernah benar benar dahagakan sesuatu ataupun benar benar berusaha dalam situasi yang besar.”
“Rasanya Chelsea sedang menyesal dengan perpindahan Lukaku ini, terutama sekali ketika mereka tidak begitu memerlukan pemain ini.”
Lukaku kemudian meminta maaf dan kesal dengan kenyataannya. Namun itu tidak mengubah hakikat dia terus dungu dan mereng di atas padang.
Lihatlah sendiri aksinya di sini:
Lakaka v Tottenham – KFC Wintam where it started pic.twitter.com/aVI2ZGOQ15
— LAKAKA9 OUT (@Lakaka9Out) January 23, 2022
😭😭😭 pic.twitter.com/iDxuc0UujD
— K (@Wolfgang374) January 23, 2022
Sumber: GMS