Pep Guardiola Dituduh Telah Merampas Kejayaan City Untuk Menjulang Champions League

Pep Guardiola dianggap telah mencuri Piala kejuaraan Champions League dari penyokong Manchester City, selepas menurunkan kesebelasan yang meragukan ketika bertemu Chelsea.

Menurut legenda Bayern Munich, Lothar Matthaus, percaya yang Pep Guardiola harus belajar untuk menerima dan mendengar kritikan dari semua pihak.

Guardiola pernah menjulang kejuaraan Champions League sebanyak dua kali ketika karier gemilangnya di Barcelona dari tahun 2008 hingga 2012.

Walau bagaimanapun, pengurus berasal Sepanyol yang kini berusia 50 tahun itu telah berdepan dengan kritikan yang sangat teruk pada ketika ini selepas gagal membantu City menewaskan Chelsea, dalam aksi perlawanan akhir Champions League hujung minggu lalu.

Beliau juga dikritik atas kegagalannya memenangi gelaran Champions League sepanjang kariernya bersama Bayern Munich dan Manchester City.

IIkay Gundogan telah dibentuk untuk memainkan peranan lebih ke dalam dengan bekas pengurus Barcelona itu berjaya menaikkan semula karier bintang Jerman itu.

Namun kesebelasan utama dan taktikal beliau ketika aksi perlawanan akhir bertemu Chelsea telah menimbulkan pelbagai persoalan.

Peminat terkejut melihat beliau mengetepikan Fernandinho dan Rodri ketika aksi perlawanan akhir itu dan menurunkan Raheem Sterling sebagai pemain utama.

Keputusan Guardiola untuk tidak menurunkan pemain di posisi defensive midfielder telah membuka ruang untuk Chelsea mendominasi permainan.

Kelemahan taktikal Pep telah dihukum oleh Kai Havertz yang menjaringkan gol kemenangan untuk The Blues menjuarai Champions League musim ini.

Matthaus dengan tidak berselindung telah mengkritik dan mengecam Pep Guardiola yang memutuskan untuk berdepan pasukan seperti Chelsea dengan tidak menggunakan pemain defensive midfielder.

Legenda berusia 60 tahun itu telah mendedahkan kepada Sky Sports Jerman bahawa:

“Dengan kesebelasan utama dia, dia dah boleh dianggap mencuri Piala kejuaraan Champions League dari kelab dan peminat dan dia perlu dengan segala kritikan dari semua pihak.”

“Saya sangat yakin mereka mesti ada perbincangan dalaman yang tidak melibatkan dia. Para pemain sendiri sudah meragui dia sejak aksi perlawanan akhir itu.”

“Dia perlu cuba untuk lakukan sesuatu lagi, dia sudah melakukan sesuatu yang teruk di waktu yang langsung tak sesuai dan menyebabkan mereka kalah.”

“Bagaimana kamu bermain tanpa defensive midfielder dalam perlawanan yang paling penting dalam sejarah kelab? Posisi itu sebelum ini sentiasa ada dalam semua perlawanan, sentiasa memastikan keseimbangan, yang memberi jaminan keselamatan kepada setiap posisi yang lain.”

“Mengapa dia mengetepikan Rodri atau Fernandinho? Bermula dengan enam pemain di jentera serangan dan juga tidak menggunakan centre-foward?”

Abang kepada Sergio Aguero turut mengecam keputusan Pep Guardiola selepas tamat aksi perlawanan akhir Champions League dengan menyatakan beliau tidak mahu adiknya bermain di bawah bekas pengurus Bayern itu lagi.

Selain kekalahan Champions League, Pep berjaya memenangi League Cup dan gelaran Premier League bersama Manchester City musim lalu.

Pengurus Manchester City itu ketika ini dilaporkan sedang dalam persiapan untuk melakukan rombakan besar-besaran dengan kebanyakkan pemain utamanya mahu meninggalkan kelab.

Lapan pemain utama Manchester City dilaporkan mahu meninggalkan Etihad pada musim panas ini dan Pep Guardiola ketika ini sedang dalam usahanya untuk menandatangani dua pemain baru.

Jack Grealish dan Harry Kane merupakan dua pemain yang bakal ditandatangani oleh Manchester City pada musim panas ini.

Adakah Pep patut dipersalahkan atas kekalahan City dalam aksi perlawanan akhir Champions League? Bincangkan di ruangan komen.

BACA:  Guardiola Beri Petanda Akan Kembali Dapatkan Mahrez Musim Panas Nanti