Pep Guardiola Namakan Bintang Man City Yang Bakal Ikuti Jejaknya Ke Dunia Pengurusan

Pep Guardiola telah menamakan IIkay Gundogan sebagai pemain yang berpotensi untuk mengikuti jejak langkah beliau ke dalam dunia pengurusan.

Dari kesemua pemain yang ada dalam skuadnya pada ketika ini, Pep Guardiola nampak potensi yang tinggi pada Gundogan untuk menjadi seorang pengurus yang hebat.

Gundogan merupakan pemain pertama yang Pep Guardiola tandatangani di Etihad dengan beliau membayar £20 juta kepada Borussia Dortmund pada tahun 2016 lalu untuk dapatkan bintang Jerman itu.

Pemain berusia 31 tahun itu sudah berjaya memenangi lapan Piala utama sepanjang kariernya di Etihad, dengan beliau turut berjaya menjaringkan 46 gol dari 240 penampilan dalam saingan Premier League.

Gundogan pada ketika ini sedang berusaha mendapatkan lesen kejurulatihan sendiri dan beliau juga pada musim ini kerap turun melatih skuad U-16 Man City.

Usaha pemain kebangsaan Jerman itu kini dipandang oleh Pep Guardiola yang memberikan pujian menggunung kepada kemampuannya dalam menjadi pengurus.

Ketika ditanya pemain mana yang berpotensi untuk menjadi pengurus pada satu hari nanti, Guardiola kemudiannya memberitahu Sky Sports News bahawa:

“Pemain midfield.”

“Saya rasa (IIkay Gundogan) adalah orangnya. Ada ramai pemain yang lepas mereka bersara, mereka akan bosan duduk di rumah dan tak buat apa-apa, dan kerana itu mereka jadi pengurus.”

“Tapi saya fikir, pemain midfield ada kesempatan untuk jadi pengurus, saya rasa pemain itulah yang fikir tentang permainan bola sepak sebagai permainan global, dan bukan hanya fikirkan diri dia sahaja.”

“Ketika mereka semua dah mula faham permai ini tentang sepasukan, semuanya bersatu, mereka ada kemampuan untuk jadi pengurus.”

Guardiola sendiri sudah melihat ramai bekas pemainnya yang masuk ke dunia pengurusan seperti, Xavi, Thierry Henry dan Vincent Kompany.

Pengurus Manchester City itu percaya Gundogan bakal menjadi salah seorang pemain yang akan turut masuk ke dunia pengurusan selepas ini.

“Kita bercakap tentang taktik.”

Tambah Guardiola lagi.

“Dia seorang yang bijak dan kerana itulah dia ada passion untuk lakukan itu.”

“Saya rasa pemain akademi patut bersyukur ada sesi latihan seperti ini bersama dia. Saya rasa IIkay seorang pemain yang sangat bijak.”

“Dan sudah tentu, jika kamu seorang manusia yang bijak kamu akan terus jadi pemain yang bijak.”

“Dengan kualiti itu dan skill yang dia ada, jika dia memutuskan untuk menjadi pengurus, memang sangat menarik untuk lihat dia di masa hadapan.”

Gundogan walau bagaimanapun masih belum merancang untuk bersara dari menjadi pemain walau beliau sudah mula mengambil lesen kejurulatihan.

Beliau kini sedang dalam rundingan untuk menandatangani kontrak baru bersama Manchester City dengan kontrak asalnya akan tamat pada 2023 nanti.

“Saya sangat gembira di sini, saya suka kehidupan, sayangkan kelab dan saya rasa sangat selesa di sini.”

Jelas Gundogan pada awal minggu baru-baru ini.

“Sebab itu saya boleh bayangkan yang tiada masalah untuk saya kekal sehingga 2023.”

Walau masih aktif bermain beliau sudah mula berjinak-jinak melatih pemain dari skuad akademi dan turut mengambil lesen kejurulatihan.

Hal itu membuktikan yang IIkay Gundogan sebenarnya memang ada perancangan masa depan yang baik, dengan beliau sudah tentu akan masuk ke dunia pengurusan selepas bersara nanti.

Manchester City beruntung kerana ada pemain seperti Gundogan yang sanggup meluangkan masa melatih skuad muda hanya kerana minat beliau dalam dunia kejurulatihan.

Tidak akan mengejutkan, andai beliau akan kembali ke Man City selepas bersara nanti sebagai pengurus pasukan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pep Tidak Akan Menang UCL Lagi Kerana Disantet Bomoh Afrika