Peralihan Permainan Liverpool Dari Triangular Rotation Kepada Front Five Rotation

Apabila Jurgen Klopp tiba di Liverpool dia telah mengubah pasukan itu dengan cara yang tidak akan dilupakan ramai orang. Pressing, counter pressing, garisan ofside agresif, bek-sayap kreatif, peranan sembilan palsu, jaringan melalui penyerang sisi, diagonal passes, set-piece kreatif dan triangle out wide yang fleksibel. Ini semua telah menjadi ciri-ciri Liverpool dibawah Klopp.

Selepas memenangi Liga Juara-Juara (edisi 2018-19), Klopp memutuskan untuk mengalihkan Jordan Henderson ke posisi pemain-tengah sebelah-kanan dan sejak itu triangular rotation mula menjadi signature serangan Liverpool. Triangular rotation adalah kombinasi tiga pemain yang berada di kedua-dua belah sayap menyerang yang melibatkan bek-sisi, pemain NO8 dan sayap-menyerang.

Apa itu triangular rotation

Dalam triangular rotation, syaratnya adalah tiga pemain akan berada diposisi seperti gambar dibawah. Ia bermaksud sesiapa dari mereka boleh berada dimana-mana atau fleksibel. Apabila Trent Alexander Arnold bergerak ke bahagian sayap, Mohamed Salah perlu keluar dari kawasan itu. Dia masuk ke ruang yang ditinggalkan oleh Henderson untuk mengisi tempat Arnold.

Ini cara triangular rotation berfungsi dan ia melibatkan kedua-dua belah bahagian iaitu kiri dan kanan. Liverpool mencapai banyak kejayaan melalui pattern permainan sebegini.

Dengan triangular rotation inilah juga nama dan keupayaan menyerang Arnold berada di tahap tertinggi, dia kerap naik untuk mencipta sesuatu dari posisi bahaya. Henderson menjadi kunci untuk Arnold membuka keupayaannya di tahap maksima dan muncul sebagai bek-sisi yang mempunyai jumlah bantuan gol luar biasa.

Klopp menamakannya sebagai flexible triangle yang membawa kepada maksud yang sama dengan triangular rotation.

Titik perubahan mula berlaku

Menjelang penghujung musim 2022-23, shape Liverpool ketika dalam penguasaan bola telah berubah. Banyak sebab perkara itu berlaku termasuk perubahan pemain yang mereka miliki, set kemahiran berbeza dan mungkin juga usia. Rotation di bahagian tepi telah bertukar kepada penguasaan di kawasan-tengah.

Sebelum Liverpool dijadualkan bertemu Arsenal pada 9 April lepas, Klopp telah menerangkan kepada pemainnya bagaimana shape baharu itu akan berfungsi apabila mereka menguasai bola.

“Kami berada di padang latihan ketika pengurus mengeluarkan kertas taktikal dan menunjukkannya kepada saya,” kata Alexander-Arnold

“Tiada perubahan dalam bertahan tetapi dengan-bola, dia mahu saya bertindak sebagai NO6 kedua. Seperti yang dijelaskan kepada saya, ideanya adalah tentang meningkatkan permainan kawasan-tengah pasukan kami. Mengawal kawasan itu. Memberi pemain tambahan di kawasan itu.”

Dalam 10 perlawanan terakhir musim 2022-23, Liverpool telah membentuk 3241 apabila menguasai bola berbanding 433 sebelum ini. Alexander-Arnold menyertai Fabinho di bahagian-bawah untuk berada di belakang dua NO10. Perubahan itu telah menghentikan right side rotation.

Arnold tidak lagi akan digerakkan lebih tinggi dan Andrew Robertson perlu bergerak masuk ke garisan pertahanan untuk membentuk 3 centre back berbanding membentuk triangular rotation.

Walau bagaimanapun, Liverpool masih mengekalkan fleksibiliti mereka. Cuma ia dilakukan melalui sistem yang berbeza. Dalam 10 perlawanan itu, 3 pemain serangan bersama 2 pemain NO10 bertukar posisi sesama mereka untuk melepaskan diri dari kawalan pasukan lawan.

Berikut adalah contoh bagaimana fleksibiliti dalam permainan masih dikekal dengan cara baharu, gambar Liverpool lawan Nothingham Forest pada 22 April.

Diogo Jota bergerak masuk ke bahagian-tengah untuk membentuk midfield box, Curtis Jones bergerak ke posisi sisi-kiri, tempat yang ditinggalkan Jota. Liverpool membentuk 3241 seperti Manchester City dengan cara berbeza dan ini juga dikenali sebagai 3-box-3.

Secara majoritinya Jones pemain-tengah sebelah-kiri dan berperanan sebagai pemain NO10 ketika pasukan memiliki bola. Dia meraih manfaat dengan permainan baharu itu. Jaringannya ketika menentang Leicester City dan Spurs merupakan contoh terbaik bagaimana front five rotation berfungsi.

Lawan Leicester pada 15 Mei 2023,

Arnold menyertai Fabinho di bahagian-bawah untuk berada dibelakang Henderson dan Jones di bahagian-atas. Box midfield terbentuk ketika Liverpool memiliki bola melalui Allison.

Di bahagian paling atas Liverpool mempunyai Salah, Luis Diaz dan Cody Gakpo. Gakpo bergerak turun kebawah dan pemain pertahan lawan mengikutnya. Ruang dibelakang pertahanan lawan terbuka. Alisson dan Diaz melihat ruang tersebut dan Allison meletakka bola di kawasan itu sementara Diaz berlari untuk mendapatkannya.

Diaz masuk ke kawasan-tengah dan bermain dengan Henderson sebelum bola itu diberikan kepada Salah. Rotation front five berlaku apabila Jones masuk ke posisi yang ditinggalkan Diaz dan meminta bola dari Salah. Salah melakukan satu hantaran silang yang berjaya disudahkan oleh Jones.

Penutup

Triangular rotation adalah mengenai fleksibiliti antara 3 pemain dikedua-dua belah bahagian manakala front five rotation adalah mengenai fleksibiliti antara 3 pemain serangan dan 2 pemain NO10. Ia dilakukan kerana Liverpool bergerak ke sistem box midfield ketika pasukan menguasai bola.

Tujuan box midfield pula adalah kerana mahu mendapat lebih kawalan di bahagian-tengah selain sistem ini semakin popular dan mula diguna-pakai oleh banyak kelab. Sistem bola sepak seperti fesyen, ia sentiasa berubah dan akan ada satu masa satu-satu fesyen menjadi sangat popular. Cuma cara perlaksanaannya mungkin berbeza.

BACA:  Klopp Laung Amaran Kepada Pencabar, Ada Lagi Pemain Yang Akan Tiba