Perancis Memiliki Skuad Depth Yang Sungguh Luar Biasa Dasyat

Pengurus skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps telah menyenaraikan skuad terbarunya untuk aksi Nations League bulan hadapan.

Pasukan lawan jelas sekali menggigil lutut melihat senarai barisan pemain yang dimiliki oleh Perancis pada ketika ini.

Perancis memiliki skuad depth yang sungguh luar biasa menakjubkan menjelang aksi Piala Dunia Qatar nanti dan mereka turut dikatakan bakal mempertahankan kejuaraan paling berprestij dalam dunia bola sepak itu.

Pemain-pemain seperti Kylian Mbappe dan Karim Benzema pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Dan kerana itulah Perancis dilihat sangat-sangat berpotensi untuk mempertahankan gelaran Piala Dunia yang mereka menangi pada edisi lalu itu.

Jadi bagaimana agaknya Perancis akan membariskan skuad mereka?

Pada awal minggu ini, Deschamps telah membuat keputusan kontroversi ketika beliau mendedahkan senarai skuadnya untuk aksi dalam saingan Nations League bertemu Denmark, Croatia dan Austria.

Walau ramai nama besar diketepikan, namun jika dilihat pada senarai tersebut, Perancis sebenarnya masih memiliki skuad depth yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Di bawah merupakan senarai penuh skuad Perancis dan ada antara mereka yang sudah diketepikan:

Penjaga Gol: Mike Maignan (Milan), Hugo Lloris (Tottenham Hotspur), Alphonse Areola (West Ham)

Pertahanan: Lucas Digne (Aston Villa), Lucas Hernandez (Bayern Munich), Théo Hernandez (Milan), Presnel Kimpembe (PSG), Jules Koundé (Sevilla), Benjamin Pavard (Bayern Munich), Raphaël Varane (Manchester United), Jonathan Clauss (Lens), William Saliba (Marseille).

Midfielder: N’Golo Kanté (Chelsea), Mattéo Guendouzi (Marseille), Boubacar Kamara (Marseille), Adrien Rabiot (Juventus), Aurélien Tchouaméni (Monaco)

Penyerang: Wissam Ben Yedder (Monaco), Karim Benzema (Real Madrid), Kylian Mbappé (PSG), Moussa Diaby (Bayer Leverkusen), Christopher Nkunku (Leipzig), Antoine Griezmann (Atlético Madrid), Kingsley Coman (Bayern Munich).

Nampak barisan pemain yang mereka ada dan yang boleh dipilih oleh Didier Deschamps?

Berikut merupakan senarai pemain yang berpotensi bakal sertai skuad Piala Dunia tapi tidak tersenarai dalam senarai skuad terbaru Perancis:

Dayot Upamecano [Bayern Munich], Ferland Mendy [Real Madrid], Eduardo Camavinga [PSG], Paul Pogba [Manchester United], Ousmane Dembele [Barcelona], Olivier Giroud [AC Milan] and Clement Lenglet [Barcelona].

Ramai juga peminat yang sebenarnya tertanya-tanya tentang pemain pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate yang telah diketepikan dari skuad terbaru Perancis.

Pemain pertahanan berusia 22 tahun itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama Liverpool musim ini.

Beliau bahkan masih belum pernah mencatatkan sebarang kekalahan dari 27 penampilan bersama skuad Liverpool sepanjang musim ini.

Walau bagaimanapun, dek kerana beliau berkemungkinan akan diturunkan dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League nanti, maka potensi untuk beliau dipanggil sertai skuad Piala Dunia itu sangat tinggi.

Pengurus Perancis, Didier Deschamps telah ditanya tentang Ibrahima Konate dan beliau kemudiannya menjawab:

“Ya saya mengikuti Konate, dia sekarang bersama pasukan yang akan beraksi di pentas perlawanan akhir saingan Champions League dan berjuang untuk gelaran liga Inggeris.”

“Namun sejak dia bersama Liverpool, dia kebiasaannya bermain empat pertahanan dan ada banyak persaingan untuk itu di sini (skuad Perancis).

“Saya bawa William Saliba sebelum ini dan dia selalu bermain back three. Ia salah satu, ia sangat kompetetif dan itu sangat bagus. Hal itu menyebabkan pemain veteran tak boleh rasa begitu selesa.”

Brazil juga sepertinya bakal menjadi antara calon kegemaran untuk menjuarai saingan Piala Dunia pada tahun ini.

Brazil masih lagi belum mencatatkan sebarang kekalahan di pusingan kelayakan CONMEBOL dan mengakhiri musim ini dengan 45 mata.

Mereka dijangka akan membawa skuad terbaik mereka ke Qatar nanti dalam usaha untuk memenangi gelaran Piala Dunia edisi kali ini.

Sukar sebenarnya untuk meramal siapa bakal juara kerana semua skuad yang layak memiliki barisan pemain yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Namun melihat kepada skuad depth yang dimiliki oleh skuad Perancis, ia jelas sekali sungguh luar biasa dasyat.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Gol Modric Hancurkan Impian Perancis Pertahan Gelaran Juara UNL