Perjanjian Luar Biasa Di Antara Liverpool & Barcelona Bagi Membolehkan Coutinho Berpindah

Peminat Liverpool mungkin membenci Philippe Coutinho ketika beliau menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kelab untuk menyertai pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona pada awal tahun ini.

Namun begitu, peminat Liverpool mungkin perlu berterima kasih kepada Coutinho kerana menurut laporan, Barcelona bersetuju untuk tidak menandatangani sebarang pemain daripada Liverpool selama 3 tahun bagi membolehkan mereka mendapatkan Coutinho.

Barcelona diperkenalkan kepada pihak media tetapi ramai tidak tahu klausa yang diletakkan Liverpool dalam perpindahan tersebut.

Kita imbas kembali apa yang berlaku sekitar musim panas tahun lepas. Barcelona berada dalam tekanan untuk mencari seorang pemain berkelas dunia untuk menggantikan tempat Neymar yang baru sahaja berpindah ke Paris Saint-Germain.

Kekosongan yang ditinggalkan Neymar menyebabkan pelbagai spekulasi mula timbul mengenai keinginan Coutinho untuk bermain dengan Barcelona. Selepas beberapa bulan bertarung untuk mengekalkan Coutinho, Liverpool akhirnya mengalah pada tirai perpindahan Januari musim lepas apabila menerima tawaran berjumlah £142 juta daripada Barcelona untuk Coutinho.

Perpindahan tersebut meletakkan Coutinho sebagai pemain ketiga termahal dalam sejarah bola sepak, di belakang Neymar dan Kylian Mbappe.

Kerana Coutinho, peminat Liverpool boleh tido lena selama 3 tahun

Namun begitu, kehilangan Coutinho tidaklah terlalu dirasai peminat Liverpool kerana peningkatan prestasi yang ditunjukkan Mohamed Salah dan Sadio Mane musim lepas. Mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah sebelum dikecewakan Real Madrid.

Musim ini menyaksikan anak buah Jurgen Klopp meneruskan momentum mereka musim lepas dengan mencatatkan permulaan baik dalam saingan Liga Perdana Inggeris. The Reds hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Manchester City dan masih belum tewas dalam saingan liga musim ini.

Antara pemain yang dianggap pemain penting untuk Liverpool ketika ini adalah Mohamed Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino dan Naby Keita. Pemain-pemain ini telah menunjukkan prestasi yang membolehkan mereka diangkat menjadi pemain berkelas dunia.

Seperti kebiasaan, jika pemain beraksi cemerlang untuk kelab, mereka akan menjadi sasaran kelab-kelab besar di Eropah. Peminat Liverpool pernah merasai kepedihan melihat pemain kesayangan mereka meninggalkan kelab ketika berada di puncak prestasi seperti yang berlaku kepada Luis Suarez dan Fernando Torres.

Barcelona antara kelab yang gemar ‘membeli belah’ di Anfield tetapi peminat Liverpool mungkin boleh menarik nafas lega buat seketika. Menurut laporan daripada AS, Barcelona bersetuju untuk tidak membeli pemain daripada Liverpool selama 3 tahun bagi membolehkan Coutinh berpindah ke Nou Camp.

Tanpa Barcelona, Real Madrid tidak berdepan sebarang saingan untuk cuba mendapatkan Salah

Ini bermakna, Barcelona perlu menunggu sehingga Januari 2021 sekiranya mereka mahu memancing pemain Liverpool seperti Salah atau Mane.

Dengan umur Suarez dan Messi yang semain meningkat naik, Barcelona dilaporkan sedang mempersiapkan dana untuk mendapatkan pengganti yang sepadan untuk mengemudi jentera serangan Los Cules pada masa hadapan.

Sama-sama lah kita tunggu.

BACA:  City Beri Liverpool Harapan Palsu Sebelum Cipta Kebangkitan Sensasi