Tinju merupakan sukan yang diminati ratusan juta penduduk Bumi dan ia akan menjadi lebih menarik sekiranya salah seorang petinju mengalami ‘knockout’ atau tidak dapat meneruskan pertarungan lagi.
Tetapi dalam satu perlawanan tinju amatur di India, berlaku satu keadaan yang agak luar biasa. Kali ini kedua-dua petinju mengalami ‘knockout’ dan tidak dapat bangun untuk meneruskan pertarungan !
Dari segi undang-undang tinju, ‘double knockout’ merupakan perkara yang jarang berlaku dan tiada peraturan jelas yang dapat mengklasifikasi keadaan ini jika ia berlaku.
Namun dalam kes ini, kita boleh menganggap tiada petinju berjaya memenangi perlawanan dan keputusan pertarungan adalah seri.
Dalam video ini, ‘Double knockout’ ini berlaku mungkin disebabkan perlagaan kepala seterusnya menyebabkan kedua-dua petinju jatuh tidak sedarkan diri.
Tiada petinju yang dapat bangun selepas pengadil membuat kiraan 10. Hampir 25 saat diperlukan petinju berkenaan untuk kembali bangun tetapi pertarungan sudah pon dikira tamat dengan keputusan seri dari segi teknikal.
Walaupun jarang berlaku, ‘Double knockout’ juga pernah berlaku beberapa tahun lepas tetapi ia bukan dalam sukan tinju.
Dalam perlawanan MMA ‘Fetherweight’ di Shamrock FC 285 tahun lepas, pertarungan di antara Alan Vasquez dan Axel Cazares berakhir dengan kedua-dua petarung hampir mengalami double KO.
Mujurlah salah seorang daripada mereka iaitu Vasquez sempat bangun seterusnya memenangi pertarungan tersebut.