Aksi Ronaldo telah menarik minat Ferguson dalam aksi pada Ogos 2003 apabila Sporting menewaskan Manchester United 3-1 di Estádio José Alvalade, Lisbon. Aksi Ronaldo nyata membuatkan pemain United teruja dan Ferguson segera mengikat Ronaldo.
Ronaldo menyertai Manchester United pada 2003 dan menjadi pemain Portugal pertama menyertai pasukan Setan Merah dengan yuran perpindahan £12.24 juta sekaligus menjadi pemain muda paling mahal dalam sejarah bola sepak Inggeris ketika itu.
Ferguson ketika itu menyifatkan Ronaldo sebagai “one of the most exciting young players” yang pernah beliau lihat.
FLASHBACK: #OnThisDay in 2003 a young Cristiano Ronaldo ran rings around #MUFC in a friendly with Sporting Lisbon.
Days later he was a United player, joining David Bellion, Kleberson and Eric Djemba-Djemba as new arrivals at Old Trafford. pic.twitter.com/0XrJpfCmwi
— It’s A Funny Old Game (@sid_lambert) August 6, 2018
Ronaldo memakai nombor jersi nombor tujuh dan meneruskan legasi hebat yang ditinggalkan George Best, Eric Cantona and David Beckham.
Ronaldo menjaringkan gol ke-100 United pada 29 Oktober 2005. Selepas Ronaldo pergi tiada lagi yang mampu untuk mewarisi nombor tersebut.
Kepoweran Ronaldo telah menarik minat gergasi Sepanyol, Real Madrid dan membawa Ronaldo ke kota Madrid dengan rekod perpindahan dunia bola sepak pada ketika itu.
Pelbagai anugerah dan gelaran diraih oleh Ronaldo termasuklah sebagai pemain bola sepak terbaik dunia dan hatrik Champions League bersama Zinedine Zidane.
Ronaldo juga mencipta rekod sebagai pemain bola sepak pertama yang mencapai tahap sebagai seorang billionaire dan ahli sukan ketiga selepas Tiger Woods dan Flyod Mayweather Jr.
Saban tahun nama Ronaldo naik sebagai pemain bola sepak menerima pendapatan tertinggi dunia dan ada sahaja dalam senarai atlit sukan terkaya.
Ronaldo dan Nombor 7
Selepas tiba di Old Trafford Ronaldo memohon untuk memakai jersi bernombor 28 seperti yang di pakai bersama Sporting tetapi Fergie memberikannya jersi nombor 7 dan the rest is history.
Satu tindakan agak gila dari Alex Ferguson memberikan seorang pemain muda mentah memakai jersi keramat yang sinonim dengan pemain yang hebat dan berkelas dunia untuk Manchester United.
Ronaldo nayta membuktikan potensi dirinya dengan bergaya memakai nombor jersi nombor tujuh dan meneruskan legasi hebat yang ditinggalkan George Best, Eric Cantona and David Beckham.
Cristiano Ronaldo on beating Roma 7-1 with Manchester United:
🗣 "When it was 6-0, they asked me to stop, an opponent begged me to stop dribbling. Others threatened to hurt me. Roma? There is no player with whom I would exchange a shirt." pic.twitter.com/4V8qZbpefG
— Football Tweet (@Football__Tweet) April 14, 2020
Selepas Ronaldo pergi tiada lagi yang mampu untuk mewarisi nombor dan mempamerkan aksi bola sepak berkelas dunia serta mennjadi nadi pasukan tersebut hingga kini.
Mereka yang mengenakan jersi bernombor tujuh selepas Ronaldo semuanya kelaut dan ada tidak mampu membawa nombor tersebut dan kembali ke nombor asal, Valencia la tu.
Ketika awal ketibaan Cristiano Ronaldo di Old Trafford ramai yang masih meragui dengan kemampuan Ronaldo ketika itu, sebulan selepas tiba dan membuat debut musim bersama Mancheter United ada yang mula mengecam Ronaldo.
On this day 17 years ago, Manchester United signed Cristiano Ronaldo 😍
Truly worthy of the No.7 🔥🇾🇪 #MUFC pic.twitter.com/pvbQcQ0nxS
— Stretford Paddock (@StretfordPaddck) August 12, 2020
Mereka menuduh Ronaldo membazirkan penguasaan bola dengan aksi-aksi yang tidak diperlukan di padang semasa perlawanan sebenar. Terlalu banyak memegang bola, membuat helah yang melampau kurang tenang dan cermat antara kelemahan Ronaldo di mata mereka.
Namun Ronaldo segera menyesuaikan diri dengan atmosfera Premier League dan hasilnya adalah sepertimana yang tercatat dalam sejarah.
Biarlah sejarah yang berbicara sendiri janganlah kita yang asyik bercerita tentang sejarah seperti satu kelompok penyokong itu.
Cristiano Ronaldo Jaring Gol Yang Ke-750
Cristiano Ronaldo telah menjaringkan gol yang ke-750 dalam karier profesionalnya ketika Juventus menewaskan Dynmao Kiev tiga gol tanpa balas di pentas Champions League di saingan kumpulan G.
Pemain superstar berusia senja ini telah diturunkan untuk perlawanan ke-173 Champions League dan tiada masalah untuk mencetak nama selaku penjaring walaupun Juventus sudah layak.
Gol ke-750 Ronaldo ini telah hadir melalui satu tapping ringkas dan bersahaja hasil bola muntah daripada percubaan jolokan dari Alvaro Morata.
Ronaldo telah menjaringkan gol kedua untuk Juventus dalam perlawanan ini dan terpaksa menunggu buat seketika sebelum VAR mengesahkan gol tersebut untuk dikekalkan.
Ini bermakna Ronaldo telah menjaringkan 132 gol di kejohanan paling agung di Eropah itu dan menjumlahkan secara keseluruhan kepada 750 gol sejak membuat debut pada 2002.
Sepanjang kariernya Ronaldo telah beraksi bersama Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid dan kini gergasi Italy, Juventus.
⭐ Cristiano Ronaldo has scored the 750th goal of his senior career for club & country (in 1,028th appearance)
📊 Ronaldo’s 750 goals – breakdown by team:
450 Real Madrid
118 Man Utd
102 Portugal
75 Juventus
5 Sporting pic.twitter.com/VnXrsLNEQI— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) December 2, 2020
Untuk peringkat antarabangsa pula Ronaldo sudah pastilah beraksi bersama Portugal. Dan inilah pecahan jaringan Ronaldo mengikut kelab dan negara dalam 1,028 penampilan:
1. Real Madrid – 450 gol
2. Man Utd – 118 gol
3. Portugal – 102 gol
4. Juventus – 75 gol
5. Sporting – 5 gol
𝟕𝟓𝟎 goals, 𝟕𝟓𝟎 happy moments, 𝟕𝟓𝟎 smiles in the faces of our supporters. Thank you to all the players and coaches that helped me reach this amazing number, thank you to all my loyal opponents that made me work harder and harder everyday. pic.twitter.com/ZuS4GDOzeh
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) December 2, 2020
Ronaldo juga dijangka mampu menjadi penjaring gol terbanyak peringkat antarabangsa sepanjang zaman yang kini dipegang oleh lagenda Iran, Ali Daei.
Ali Daie sepanjang karier antarabangsanya telah menjaringkan 109 gol dan Ronaldo hanya memerlukan 7 gol lagi untuk menyamai rekod dan 8 gol akan menjadi penama baru.
Ronaldo menyertai Juventus pada usia boleh dikatakan veteran bagi seorang pemain bola dijentera hadapan namun 10 peratus daripada jaringan tersebut terhasil bersama Juventus.
750 – Cristiano Ronaldo scored his 750th goal among clubs and senior National team, with 10% of these being scored for Juventus. Limitless.#JuveDynamo #UCL pic.twitter.com/Mmm4Xov19x
— OptaPaolo (@OptaPaolo) December 2, 2020
Untuk menjadikan gol ke-750 Ronaldo ini menjadi mari kita kupaskan kebetulan menarik gol ini dengan bersandarkan kepada teori konspirasi.
1. Gol sepanjang karier – 750
2. Jumlah gol untuk Juventus – 75
3. Minit gol dijaringkan – 57
4. Nombor jersi Cristiano Ronaldo – 7
5. Perlawanan peringkat kumpulan – 5
Nampak tak? Ada unsur-unsur sebatian dan campuran kan?
Only three players in football history have scored 750 goals for club & country:
🇨🇿🇦🇹 Josef Bican (759)
🇧🇷 Pelé (757)
🇵🇹 Cristiano Ronaldo (750)On the verge. pic.twitter.com/2ze5UD1sLj
— Squawka Football (@Squawka) December 2, 2020
Untuk rekod dalam dunia dan sejarah bola sepak hanya tiga pemain sahaja yang telah menjaringkan 750 gol dan Ronaldo menjadi pemain yang ketiga selepas Josef Bican dan Pele.
1. Josef Bican – 759 gol
2. Pele – 757 gol
3. Cristiano Ronaldo – 750 gol
Apa yang menarik disini adalah, Ronaldo tidak mempunyai masalah untuk memotong Jaringan yang dilakukan oleh dua bekas pemain ini dalam masa terdekat.