Permintaan Pelik Ronaldo Sebelum Perlawanan vs North Macedonia

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah bola sepak, Cristiano Ronaldo telah membuat satu permintaan yang agak pelik sebelum perlawanan play-off Piala Dunia, Portugal menentang North Macedonia.

Portugal tidak memandang rendah kepada North Macedonia selepas apa yang menimpa Itali dan Cristiano Ronaldo sekali lagi akan memimpin Portugal dalam mendapatkan tempat ke Piala Dunia.

Ini adalah peluang terakhir untuk Ronaldo bermain di pentas Piala Dunia dan tidak masuk akal untuk dipilih lagi pada Piala Dunia 2026pada usia 41 tahun.

Seperti yang dijangkan slot play-off menjadi milik Portugal yang berjaya menewaskan North Macedonia hasil dua jaringan Bruno Fernandes serta assist dari Ronaldo dan Diogo Jota.

Untuk perlawanan menentang North Macedonia, Ronaldo secara peribadi telah membuat satu permintaan yang meminta mereka yang hadir di Estadio do Dragao, Porto untuk menyanyikan lagu kebangsaan Portugal tanpa diiringi muzik seperti kebiasaan.

Ronaldo mahukan semua rakyat Portugal yang berada di Estadio do Dragao menyanyikan lagu kebangsaan Portugal secara acapella dan Ronaldo percaya ini dapat merangsang semangat pemain dengan lebih mendalam.

Beliau telah menjelaskan dalam sidang media pra-perlawanan:

“Saya suka jika lagu itu dinyanyikan di stadium tanpa sebarang muzik. Ini akan menunjukkan kesungguhan dan semangat kami. Jika mereka menyanyikannya seperti yang mereka lakukan pada hari Khamis (menentang Turki) maka saya pasti kami akan menang.”

Medan perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lalu, Estadio do Dragao boleh memuatkan sehingga 50,000 orang penonton. Portugal menewaskan Turki 3-1 dalam separuh akhir play-off hasil jaringan Otavio, Diogo Jota dan Thiago Nunes.

Ketika ramai beranggapan Portugal pasti akan bertemu juara bertahan Eropah Itali untuk merebut slot play-off ini, North Macedonia tenang merosakkan parti itu.

Jaringan gol kemenangan penuh dramatik Aleksandar Trajkovski pada masa tambahan memastikan Itali akan terlepas Piala Dunia kedua berturut-turut.

Walaupun berada di ranking ke-67 dunia, skuad kendalian Igor Angelovski telah membuktikan mereka bukan kaleng-kaleng pasukan dan Ronaldo telah memberi amaran kepada rakan sepasukannya.

“Pasukan kini sangat yakin dan kami teruja untuk perlawanan akhir. Ini adalah permainan dalam hidup kami, sama seperti North Macedonia. Tekanan sentiasa ada untuk kami dan kami tahu ia akan menjadi sangat sukar.

“North Macedonia berada dalam permainan ini kerana mereka berhak memilikinya. Mereka sangat teratur dan kami akan menghormati mereka, tetapi jika kami bermain pada tahap kami maka kami boleh menewaskan mana-mana pasukan di dunia.”

Sebelum ini, North Macedonia hanya bermain di satu kejohanan besar iaitu Kejohanan Eropah (EURO 2020) di musim panas lalu.

Menurut Daily Mirror, Perdana Menteri North Macedonia, Dimitar Kovacevski akan membayar setiap pemain sebanyak £421,000 sekiranya mereka menewaskan Portugal dan layak ke Piala Dunia.

Ternyata Ronaldo tidak memandang rendah North Macedonia dan menggunakan segala kelebihan yang ada terutamanya bermain di tempat sendiri bagi menaikkan semangat dan moral pasukan.

Akhirnya Portugal berjaya sekali lagi ke pusingan akhir Piala Dunia bagi tahun 2022 yang akan berlangsung di Qatar.

Portugal 2-0 North Macedonia

Dua gol hasil jaringan pemain tengah, Bruno Fernandes di setiap separuh masa telah berjaya membawa Portugal ke Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar pada hujung tahun nanti.

Kisah dongeng bola sepak yang terus cuba dicatatkan oleh North Macedonia berakhir jua akhirnya dengan bantuan gol yang dicipta oleh Cristiano Ronaldo dan juga Diogo Jota.

Namun kisah North Macedonia ini adalah antara kisah yang hebat dalam bola sepak kerana untuk ke play-off mereka pernah tewaskan Jerman diperingkat kumpulan.

Juara Eropah, Itali menjadi mangsa North Macedonia antara kisah terbesar dalam bola sepak tahun ini untuk mereka bertemu Portugal ketika selangkah saja lagi untuk ke Piala Dunia.

Tugas berat menanti North Macedonia namun dalam bola sepak apa sahaja boleh terjadi.

Pada minit ke-14, Cristiano Ronaldo hampir membuka tirai jaringan apabila percubaan Ronaldo yang menyambar hantaran Otavio tersasar ketika situasi satu lawan satu dengan penjaga gol North Macedonia, Stole Dimitrievski.

Diogo Jota memperoleh peluang terbaik untuk meletakkan Portugal dihadapan namun tandukkannya yang berpunca dari sepakan penjuru Brunio Fernandes melewati palang.

North Macedonia terus kental bertahan. Pada minit ke-32, akhirnya Portugal di depan melalui jaringan Bruno Fernandes.

Gol berpunca dari kesilapan ketua pasukan North Macedonia, Stefan Ristovski yang cuba melakukan hantaran kebelakang yang jauh merentasi padang.

Hantaran Stefan Ristovski terlalu buruk dan berjaya dipintas Bruno Fernandes yang terus bermain 1-2 Cristiano Ronaldo dan terus disudahkan Fernandes.

Diogo Jota sekali lagi hampir menggandakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama namun percubaan jarak dekatnya meliar lagi.

Pada minit yang ke-65 terjahan padu Pepa bermain mematikan serangan North Macedonia dan membuka ruang untuk Portugal melakukan serangan balas pantas.

Bola sampai kepada Diogo Jota di kiri padang yang terus melambungkan bola kepada Bruno Fernandes yang berjaya lepas dari perangkap offside.

Satu lagi penyudah yang tenang dari Fernandes, Cristiano Ronaldo telah mensia-siakan dua peluang untuk kemenangan lebih penuh bergaya Portugal di hadapan penyokong sendiri di Porto.

Dua gol dari Bruno Fernandes ini sudah cukup untuk membawa Portugal ke Piala Dunia untuk setiap edisi di abad ke-21.

North Macedonia gagal menghadirkan sebarang percubaan tepat dalam perlawanan ini untuk membolehkan Portugal memenuhi ramalan awal.

Satu perjalanan yang sungguh hebat dari North Macedonia yang tidak membuatkan rehat untuk perlawanan antarabangsa menjadi bosan seperti kebiasaanya.`

Portugal: Costa, Joao Cancelo, Danilo, Pepe, Nuno Mendes, Bruno Fernandes, Joao Moutinho, Otavio, Ronaldo, Jota, Bernardo Silva.

Simpanan: Leao, William Carvalho, Rui Patricio, Andre Silva, Jose Sa, Goncalo Guedes, Joao Felix, Fonte, Guerreiro, Cedric, Vitinha, Matheus Luiz.

North Macedonia: Dimitrievski, Stefan Ristovski, Musliu, Velkovski, Alioski, Elmas, Bardhi, Ademi, Trajkovski, Milan Ristovski, Kostadinov.

Simpanan: Todoroski, Miovski, Naumovski, Churlinov, Spirovski, Serafimov, Dorian Babunski, Nikolov, David Babunski, Siskovski, Ristevski, Askovski.

Pengadil: Anthony Taylor (England).

Portugal Benam Turki Untuk Bertemu North Macedonia

Portugal menepati ramalan awal untuk mara ke final pusingan kelayakan Path C apabila berjaya menewaskan Turki 3-1 selepas mengalami situasi panik dengan semangat kebangkitan Turki.

Sememangnya Portugal dengan misi mahukan kemenangan dan tidak berpaling lagi usai wisel perlawanan dibunyikan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Turki yang kelihatan sendu.

Peluang demi peluang dibazirkan begitu saja oleh Portugal sehinggalah minit ke-15 apabila Otavio meletakkan Portugal dihadapan dengan satu tolakan ke gawang terbuka.

Rembatan Bernardo Silva sudah berjaya menewaskan penjaga gol Turki, Ugurcan Cakir namun bola keluar selepas terkena tiang yang pantas disambar oleh Otavio.

Tersentak dengan jaringan itu, Turki mula mendapat rentak dan menekan Portugal dan beberapa kesilapan dari pertahanan Portugal gagal dimanfaatkan oleh pemain Turki.

Portugal dan Turki saling berbalas sehinggalah di penghujung babak pertama, Diogo Jota telah menggandakan kedudukan melalui sundulan tajam selepas menerima hantaran Otavio.

Diogo Jota langsung tidak dikawal, Ozan Kabak hanya membiarkan Jota berlari dibelakangnya dengan menjadi pemantau padang dan nyata tidak disia-siakan oleh Jota.

Separuh masa kedua menyaksikan semangat kebangkitan dipamerkan oleh Turki yang pasti mahu terus berpeluang untuk ke Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar.

Ketua pasukan Turki, Burak Yilmaz akhirnya berjaya merapatkan jurang pada minit ke-65 selepas menyempurnakan jolokan cantik Cengiz Under dengan satu larian bijak.

Aksi ganas Jose Fonte ke atas Enes Unai pada minit ke-83 telah memberi harapan kepada Turki dan mencipta situasi panik buat Portugal apabila pengadil memberikan sepakan penalti.

Pada awalnya tiada penalti, dengan rujukan kepada Video Assistant Referee (VAR) untuk lebih keadilan pengadil perlawanan mengubah kepada awal.

Burak Yilmaz mengambik sepakan namun gagal apabila tendangannya gagal teruk dengan bola jauh melewati palang terus menuju ke angakasa lepas.

Peluang terbaik untuk Turki merubah keputusan perlawanan namun tidak kesampaian.

Matheus Luiz yang masuk pada minit ke-88 menggantikan Joao Moutinho terus membunuh semangat perjuang Turki dengan gol ketiga di lewat permainan.

Portugal menepati ramalan dan bertemu North Macedonia yang melakukan kejutan besar ke atas juara Eropah, Itali.

Selamat Tinggal Itali

Juara Eropah yang merangkul gelaran EURO 2020 pada bulan Julai yang lalu, Itali hanya mampu berputih mata selepas ditendang keluar oleh North Macedonia dipusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2022.

Maka dengan ini disahkan tiada kelibat Itali untuk Piala Dunia 2022, Itali berada dalam Path C di pusingan play-off bersama Portugal, Turki dan North Macedonia.

Ketika undian play-off ini dibuat, ternyata Portugal atau Itali yang menjadi pilihan untuk bertemu di perlawanan akhir memandang lawan yang dihadapi adalah lebih lemah.

Namun North Macedonia melakukan kejutan dengan terus menamatkan impian Itali dengan penuh dramatik sekali apabila gol kemenangan dijaringkan pada minit akhir perlawanan.

Kegagalan Itali mara secara automatik adalah kerana kesilapan sendiri di mana Itali hanya sekadar seri dalam dua perlawanan terakhir ketika menentang Switzerland dan Nothern Ireland je kot.

Itali menguasai perlawanan sepenuhnya dan apa yang kurang adalah sentuhan penyudah selepas tempoh 90 minit permainan dengan rentetan peluang demi peluang.

Aleksandar Trajkovski menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92 untuk menyingkirkan pasukan Roberto Mancini daripada kelayakan dan meletakkan Macedonia dalam perlawanan akhir bertemu Portugal minggu depan.

Wisel penamat membawa suasana yang sangat luar biasa untuk pemain pelawat, ketika mereka mengorak langkah besar ke final pertama mereka dalam kejohanan besar.

BACA:  Cristiano Ronaldo Sah Kembali Ke Real Madrid