Kakak Cristiano Ronaldo Menganjing Erik Ten Hag

kakak ronaldo

Kakak kepada pemain Megastar Manchester United, Cristiano Ronaldo telah menganjing Erik Ten Hag kerana mengeluarkan adiknya ketika perlawanan menentang Newcastle United yang berakhir dengan keputusan seri.

Petang Ahad menyaksikan Ronaldo mendapat permulaan yang jarang diperoleh di Liga Perdana setakat musim ini, kali kedua dia berada dalam kesebelasan utama untuk Erik ten Hag di liga.

Ia adalah kali pertama sejak kekalahan 4-0 kepada Brentford, yang menyaksikan United berada di tangga tercorot liga, di mana Ronaldo enggan bertepuk tangan kepada penyokong dan berjabat tangan dengan pengurus.

Ronaldo kembali ke kesebelasan utama menentang pasukan Eddie Howe kerana kecederaan dialami Anthony Martial dan Marcus Rashford pula kurang cergas dan hanya mampu bermula dari bangku simpanan.

Ronaldo tersenyum lebar menjelang perlawanan, kerana dia diberi penghormatan untuk meraikan gol kelabnya yang ke-700, dan bertemu semula dengan mentor Sir Alex Ferguson.

Bagaimanapun moodnya merosot, pertama apabila dia dilayangkan kad kuning selepas cuba menjaringkan gol yang dianggap tidak sah, apabila dia dilihat telah menendang bola sebelum Newcastle melakukan sepakan percuma, tetapi rakaman menunjukkan gol itu sepatutnya sah.

Ronaldo kemudian berang kerana dia digantikan pada separuh masa kedua, dengan permainan masih tanpa jaringan dan Ronaldo hampir tantrum dengan menggelengkan kepala serta membebel untuk tempoh beberapa minit.

Ten Hag kemudian menjelaskan bahawa dia terpaksa melindungi penyerang itu kerana masih banyak perlawanan yang perlu ditempuhi, justeru penggantian patutu dilakukan, tetapi ia tidak berjalan lancar dengan kakak penyerang itu.

Melalui media sosial, Elma dos Santos Aveiro menyiarkan imej artikel bertajuk, “Kewajaran Erik Ten Hag untuk menggantikan Cristiano Ronaldo,” dengan kapsyen:

“Sudah terlambat,” bersama beberapa emoji muka sakit.

Mungkin Kakak Ronaldo tidak sanggup melihat adiknya itu terluka dan hampir tantrum di padang maka diambil keputusan untuk mengkritik keputusan Erik Ten Hag.

Kritikan atau sesi menganjing kakak Ronaldo pasti tidak meninggalkan bekas kepada Ten Hag namun yang pasti akan menjadi sensasi di dada media kerana dia kakak Ronaldo.

Pakar bola sepak setakat ini, cuba menjelaskan mengapa Ronaldo yang berada di kedudukan ke-20 untuk anugerah Ballon d’Or 2022 perlu bermula untuk pasukan Ten Hag.

Bagaimanapun, pengendali dari Belanda itu bersedia membuat keputusan besar jika perlu dan tidak memilih pemenang Ballon d’Or lima kali untuk memulakan kebanyakan perlawanan.

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman utuk bola sepak lelaki itu tidak mendapat sebarang kelebihan semasa derby Manchester baru-baru ini, dengan pengurus itu mendakwa dia tidak mahu ‘tidak menghormati’ Ronaldo dengan membawanya masuk ketika United dibelasah oleh Manchester City.

Ini bukan kali pertama salah seorang saudara Ronaldo memberi pendapatnya tentang apa yang berlaku dengan kerjaya adik-beradik mereka sejak kebelakangan ini.

Katia Aveiro, telah menyifatkan penyokong Portugal sebagai “kecil, tidak berjiwa, bodoh dan selamanya tidak berterima kasih,” pada September selepas penyerang itu dikritik kerana persembahannya untuk pasukan kebangsaan.

Begitulah kasih kakak kepada seorang adik yang kecewa dan terasa hati mempamerkan reaksi penuh emosi yang sangat jujur tanpa berselindung ketika dikeluarkan.

Ronaldo menunjukkan rasa tidak puas hati apabila dia bergumam sendirian dan menggelengkan kepalanya sambil berjalan menuju ke garisan tepi dan hampir saja tantrum di padang.

Walaupun selepas seminit kemudian, Ronaldo dilihat masih menggelengkan kepalanya ketika dia duduk di bangku simpanan di hadapan Erik Ten Hag.

BACA:  Ole Gunnar Solskjaer Perlu Ucap Terima Kasih Kepada Cristiano Ronaldo