Pertama Kali Lihat Mo Salah ‘Naik Angin’ Ramai Peminat Rasa Terkejut

Para peminat terkejut melihat reaksi Mohamed Salah ketika terlibat dengan insiden panas bersama pengadil perlawanan ketika aksi separuh akhir saingan AFCON bertemu Cameroon awal pagi tadi.

Ramai yang percaya itu merupakan kali pertama mereka melihat Salah benar-benar marah dan sepertinya bintang Mesir itu cukup tak puas hati dengan pengadil perlawanan.

Egypt berjaya menyingkirkan Cameroon dari kejohanan pada tahun ini selepas kejayaan mereka mencatatkan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti.

​Walau bagaimanapun, ‘The Pharaohs’ akan turun dalam aksi perlawanan akhir nanti dengan pengurus mereka, Carlos Queiroz tidak akan bersama mereka.

Pengurus Egypt itu terpaksa berdepan hukuman penggantungan pada perlawanan akhir nanti selepas beliau dilayangkan kad merah oleh Bakary Gassama.

Queiroz menunjukkan reaksi tak puas hati dan bengang dengan keputusan pengadil, dan Gassama segera melayangkan kad merah untuk menghukum pengurus Egypt itu.

​Salah sendiri turut terlibat dengan sesi perdebatan hangat dengan pengadil perlawanan, dengan beliau dilihat mengamuk mempersoalkan mutu pengadilan pengadil perlawanan tersebut.

Bintang Liverpool itu meluahkan rasa tak puas hati dan bengang beliau betul-betul di hadapan muka pengadil perlawanan, dengan beliau dilihat benar-benar berada dalam keadaan yang sangat beremosi.

Barisan kejurulatihan dan staff dari skuad Égypt juga turut cuba menghampiri pengadil perlawanan, namun Gassama awal-awal sudah menghalau mereka terlebih dahulu.

Melihat Salah dalam keadaan yang begitu beremosi, para peminat jadi terkejut dan seakan-akan tidak percaya beliau boleh beremosi seperti itu.

Jelas sekali ramai yang menyalahkan pengadil perlawanan, kerana tindakannya itu yang telah mengundang kemarahan Mohamed Salah.

“Saya tak pernah lihat dia semarah itu, saya rasa macam itu bukan Salah yang kita kenal, mungkin pengadil sudah sangat keterlaluan kerana itulah ia membuatkan Salah bengang.”

“Passion yang Salah tunjukkan betul-betul memukau saya, ini adalah ciri pemimpin yang sebenar dan saya bertuah dia jadi sebahagian dari keluarga Anfield.”

“Saya tak pernah lihat dia dalam keadaan marah seperti ini, inilah semangat juang yang perlu kita semua kagumi.”

“Kalau Salah yang selama ini pendiam boleh jadi begitu pemarah, saya yakin pengadil perlawanan sudah benar-benar menguji dia.”

Kesilapan dungu Clinton N’Jie bantu Egypt mara ke aksi perlawanan akhir

Aksi separuh akhir kedua saingan AFCON 2021 yang menemukan antara pasukan tuan rumah Cameroon bertemu Egypt berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, dan pemenang perlu diputuskan menerusi penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan yang dianggap sebagai negara paling berjaya dalam sejarah AFCON itu gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang 120 minit beraksi di atas padang.

Mohamed Salah dan Vincent Aboubakar yang dianggap nadi penting serta ketua pasukan masing-masing juga gagal untuk menjaringkan gol sepanjang aksi perlawanan tersebut.

Dek kerana keputusan seri tanpa jaringan kekal hingga tamat aksi tambahan, maka pemenang akan ditentukan menerusi aksi penentuan sepakan penalti.

Egypt berjaya mengesahkan kemenangan selepas Cameroon gagal menyempurnakan tiga sepakan penalti mereka.

Aksi penentuan sepakan penalti yang sangat dramatik dengan pasukan tuan rumah gagal sempurnakan tiga dari empat sepakan penalti mereka.

Bekas penyerang Tottenham Hotspur, Clinton N’Jie telah mengambil sepakan penalti yang paling teruk dalam sejarah pertandingan.

Egypt mudah untuk mara ke aksi perlawanan akhir dengan mereka tenang menyempurnakan tiga dari tiga sepakan penalti.

Lihat di bawah bagaimana teruknya sepakan penalti yang diambil oleh N’Jie seterusnya mengesahkan kemenangan untuk Egypt.

Kegagalan beliau menyempurnakan sepakan penalti itu sememangnya agak sukar untuk diterima walau hal seperti itu sudah sering berlaku.

Bola rembatan beliau bukanlah diselamatkan oleh penjaga gol, atau terkena palang, atau sedikit tersasar, namun rembatan beliau sebenarnya terlalu jauh tersasar dan hal itulah yang membuatkan para penyokong rasa tak gembira melihatnya.

Dan kerana kedunguan N’Jie mengambil sepakan penalti, maka peminat selepas ini akan disajikan dengan aksi perlawanan akhir, yang akan menemukan Sadio Mane bertemu Mohamed Salah.

Senegal bertemu Egypt sudah tentu akan menjadi perlawanan yang sangat menarik untuk disaksikan oleh para peminat seluruh dunia.

Pasukan mana yang penyokong Liverpool akan sokong? Mungkin mereka bakal bersorak untuk kedua-dua pasukan kerana nadi utama kedua-dua finalis itu merupakan bintang handalan Anfield.

Senegal akan turun ke aksi perlawanan akhir sebagai calon kegemaran untuk memenangi pertandingan ini buat pertama kalinya dalam sejarah negara mereka.

Di atas kertas, Senegal nampak lebih baik dengan barisan pemain yang lebih berkualiti dan kerana itulah mereka dianggap sebagai calon kegemaran untuk memenangi pertandingan pada tahun ini.

Sepanjang aksi kalah mati pada kejohanan tahun ini, Senegal hanya memerlukan 90 minit sahaja untuk tewaskan lawan mereka, seterusnya mengesahkan tempat untuk beraksi dalam perlawanan akhir.

Sementara Egypt pula, mereka terpaksa bermain selama 120 minit untuk semua tiga perlawanan di pusingan kalah mati, dengan dua darinya mereka beraksi hingga ke aksi penentuan sepakan penalti.

Tidak pasti sama ada Salah bersama rakan sepasukannya yang sedang kepenatan akan mampu atau tidak untuk hasilkan sesuatu dalam aksi perlawanan akhir nanti.

Dua sahabat baik yang juga merupakan gandingan serangan terhebat dunia, Salah dan Mane akan turun bertembung antara satu sama lain.

Kedua-dua mereka sememangnya pemain terpenting negara masing-masing, dan sudah tentu mereka sangat diharapkan akan mampu beri impak positif seterusnya membantu skuad kebangsaan mereka muncul sebagai Juara.

Kedua-dua pemain juga tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, namun tidak pasti siapa antara dua pemain ini yang akan menyerlah dalam aksi perlawanan akhir nanti.

Adakah Egypt akan menambah lagi koleksi kejuaraan mereka, atau mungkin Senegal akan cipta sejarah menjulang kejuaraan AFCON buat pertama kali.

BACA:  Yakin Salah Mampu Berikan Impak, Henderson Sudah Kongsi Pengalaman Beraksi Di Arab Saudi