Malaysia dengan cemerlang layak ke final Pestabola Merdeka 2024. Piala minggu antarabangsa untuk September. Malaysia menunjukkan kebangkitan dramatik selepas ketinggalan di tangan pasukan pelawat.
Ini barulah bola sepak sebenar. Apabila ketinggalan 1 gol anda membalas dengan 2 gol bukannya memberikan lawan 2 gol lagi.
Laporan perlawanan: Kebangkitan itu nyata untuk Harimau Malaya
Malaysia berdepan dengan Filipina pada aksi separuh akhir yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini juga debut atau tugasan pertama Pau Marti sebagai ketua jurulatih.
Pau Marti dilantik menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya menggantikan Kim Pan Gon yang meletakkan jawatannya dan kembali semula ke Korea Selatan untuk mengendalikan Ulsan Hyundai di liga domestik di sana.
Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia terlebih dahulu ketinggalan selepas kesilapan Syamer Kutty yang tidak dapat mengeluarkan bola kemas telah mengundang padah.
Di mana percubaan pemain Filipina, Jefferson Tabinas terbias pada kaki Feroz Baharudin untuk gol pertama Azkal.
Malaysia ketinggalan pada minit 27 selepas jaringan sendiri Feroz Baharudin.#PestaBolaMerdeka #HarimauMalaya pic.twitter.com/XBlmMmRZvm
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 4, 2024
Gol tersebut menyentak semangat skuad Malaysia. Yang jelas perlu memberikan tindak balas segera ke atas gol tersebut.
Malaysia memperbaiki gaya permainan mereka. Ironinya, Syamer Kutty Abba menebus kesilapannya dengan melakukan gol penyamaan cantik dari luar kotak penalti menewaskan Neil Etheridge.
Syamer Kutty Abba 🔥
Pemain tengah itu menyamakan kedudukan di Stadium Bukit Jalil!#HarimauMalaya #PestaBolaMerdeka pic.twitter.com/QPRmaozH6w
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 4, 2024
Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-1.
Separuh masa kedua Filipina jelas lebih baik pada awalnya. Di mana mereka lebih dominan dan memaksa Harimau Malaya banyak bertahan.
Tetapi kemudian Filipina melakukan kesilapan apabila pemain gantian mereka menjatuhkan Arif Aiman di dalam kotak penalti.
Pengadil tidak teragak agak dengan keputusannya kerana jelas tiada sentuhan langsung pada bola melainkan pada kaki Arif Aiman.
Pemain Filipina cuba membantah keputusan pengadil namun ulang tayang menunjukkan keputusan pengadil adalah tepat.
Pemain senior, Safawi Rasid dengan kepakarannya berjaya menyumbat penalti berkelas dunia menewaskan bekas Etheridge. Malaysia mendahului 2-1.
2-1 buat Malaysia! 🇲🇾
Pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat Malaysia selepas Arif Aiman dijatuhkan di dalam kotak penalti. Safawi Rashid mudah menyempurnakan sepakan penalti itu.#PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/nYt0ZeARDC
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 4, 2024
Aksi berakhir dengan tiada lagi tambahan gol daripada kedua dua pasukan. Malaysia akan berdepan dengan Lubnan dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024 pada Ahad ini.
Lubnan berjaya menewaskan Tajikistan dalam satu lagi aksi separuh akhir.