Piala AFF 2022 Final 2 : Thailand 1-0 Vietnam (Agg. 3-2)

Thailand dan Vietnam turun untuk perlawanan akhir kedua yang merupakan perlawanan penentuan siapakah yang akan menjadi juara Piala AFF 2022 selepas cemerlang menumbangkan lawan masing-masing di peringkat awal.

Selepas terikat 2-2 dalam perlawanan akhir pertama yang berlangsung di My Dinh, Hanoi menyaksikan tugas berat menanti Vietnam di Stadium Thammasat, Pathum Thani apabila Thailand membawa kelebihan dua gol tempat lawan.

Ini merupakan pertemuan ke-28 antara Thailand dan Vietnam, sebelum ini merkea pernah bertemu 27 kali di mana pasukan Gajah Perang menewaskan Naga Emas sebanyak 16 kali dan hanya kalah 3 kali serta seri 8 kali.

Dua perlawanan terakhir Thailand dan Vietnam berakhir dengan keputusan seri 0-0 pada Disember 2021 dan seri 2-2 di perlawanan akhir pertama Piala AFF 2022.

Empat perlawanan dari lima perlawanan terakhir juga berakhir dengan seri dan sekali Thailand menang 2-0 di separuh akhir Piala AFF 2020.

Kesengitan terus dipamerkan Thailand dan Vietnam usai wisel permulaan ditiup oleh pengadil dari Jepun, Jumpei Iida dengan tempo permainan yang agak pantas.

Tidak lama menunggu Thailand memaksa penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam untuk terus mempamerkan aksi dengan menumbuk bola keluar.

Kesilapan Bui Hoang Viet Anh yang melakukan kesilapan mudah ketika cuba mengeluarkan bola telah dipotong Adisak Kraison yang melakukan percubaan tersasar.

Thailand menguji lagi kali ini melalui sepakan penjuru yang ditumbuk keluar Dang Van Lam

Pada minit ke-10 Pansa Hemviboon mengalami kecederaan apabila jarinya berlaga dengan Phan Van Duc, selepas menerima rawatan tiada kecederaan serius.

Nguyen Tien Linh cuba menjaringkan gol dengan membelakangi gawang Thailand namun percubaannya terlalu lemah walaupun agak mengelirukan.

Ketua pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan membuka tirai jaringan pada minit ke-24 dengan satu rembatan kencang dengan kaki kanan yang bukan kaki dominannya selepas menerima tolakan dari Adisak Kraisorn.

Park Hang Seo yang mahu Theerathon Bunmathan digari ketat dalam perlawanan ini nyata tidak kesampaian, sebelum ini dua assist kali ini mencetak nama pula selaku penjaring.

Jaringan yang mengukuhkan lagi kelebihan dua gol tempat lawan yang dimiliki Thailand dengan Agregat 3-2 dan selepas itu permainan fizikal semakin kerap.

Nguyen Tien Linh berjaya lepas menerima hantara lolos namun dia terlalu gopoh untuk terus merembat melihat pertahanan Thailand tiba.

Park Hang Seo melakukan pertukaran awal dengan memasukkan Nguyen Quang Hai yang diharap mampu mengubah permainan namun kedudukan hingga tamat separuh masa dengan kekasaran dan kepanasan saja disajikan.

Bersambung permainan Thailand bermain dengan lebih santai menyedari kelebihan mereka ada, hanya menunggu ruang dan peluang yang diberikan oleh Vietnam melalui serangan balas.

Selepas 20 minit Vietnam seperti mati kutu untuk merobek benteng Thailand dan jika situasi ini tidak diubah Thailand akan menjadi juara tanpa tentangan.

Nguyen Tien Linh hampir menyamakan kedudukan dalam situasi 1 vs 1 namun Pansa Hemviboon sampai untuk memberi tekanan dan Kampon Phatomakkakul berjaya membuat tangkapan mudah.

Berbaki 20 minit lagi harapan Vietnam mereka mula menghadirkan ancaman walaupun gagal ke sasaran namun matalamatnya jelas mahu terus melawan.

Sepakan percuma pantas lagi jahat dari Theerathon Bunmathan berjaya menemui Bordin Phala namun Do Duy Mạnh hadir untuk menafikan percubaan Bordin Phala,.

Vietnam sedikit kendur di mana Bordin Phala nyata pertukaran yang positif dan memberi impak dalam menghuru-harakan Naga Emas. Dua gol perlu dicari dalam tempoh 10 minit jika Vietnam mahu menjadi juara.

Pemain paling keji di Piala AFF 2022, Doan Van Hau tidak lagi keruan apabila membazirkan sepakan percuma dengan satu sepakan yang sangat liar.

Vietnam cuba bermain dari bawah dan Thailand pantas menekan, kesilapan terjadi kerana panik memaksa Que Ngọc Hai menjatuhkan Bordin Phala, cantik sepakan percuma Jakkapan Pornsai namun gagal untuk menewaskan Dang Van Lam.

Thailand bertiki-taka di masa lima minit masa kecederaan membuatkan Vietnam berteka-teki akan harapan mereka yang semakin pudar.

Peeradol Chamrasamee dilayangkan kad merah dihujung perlawanan selepas mengutip kad kuning kedua.

Pengadil meniup wisel penamat yang mengesahkan Thailand sebagai juara Piala AFF 2022, kejuaraan ketujuh pasukan Gajah Perang itu.

Thailand meneruskan keunggulan mereka dalam sejarah Piala AFF apabila muncul juara buat kali ketujuh dalam 10 perlawanan akhir hanya selepas 14 edisi berlangsung. Separuh kejuaraan menjadi milik Gajah Perang.

Thailand telah muncul juara pada edisi 1996, 2000, 2002, 2014, 2016 2020 dan 2022. Thailand hanya tewas tiga kali di perlawanan akhir 2007, 2008 dan 2012.

Vietnam gagal untuk menghadirkan kejuaraan ketiga selepas memenanginya pada 2008 dan 2018. Vietnam sepertinya gah dan hebat namun hanya empat kali berjaya ke final iaitu pada 1998, 2008, 2018 dan 2022.

Kesebelasan Utama Thailand : 1. Kampon Phatomakkakul (GK), 2. Sasalak Haiprakhon, 3. Theerathon Bunmathan (C), 4. Pansa Hemviboon, 6. Sarach Yooyen, 8. Peeradol Chamrasamee, 9. Adisak Kraisorn, 12. Kritsada Kaman, 15. Suphanan Bureerat, 18. Weerathep Pomphan, 21. Poramet Arjvirai

Pemain Simpanan : 20. Kittipong Phoothawchuek (GK), 23. Saranon Anuin (GK), 5. Chalermsak Aukkee, 7. Sumanya Purisai, 10. Teerasil Dangda, 11. Bordin Phala, 13. Jaroensak Wonggorn, 14. Sanrawat Dechmitr, 16. Jakkapan Pornsai, 17. Ekanit Panya, 19. Chatmongkol Rueangthanarot, 22. Channarong Promsrikaew

Kesebelasan Utama Vietnam : 23. Dang Van Lam (GK), 3. Que Ngọc Hai, 5. Doan Van Hau, 6. Nguyen Thanh Binh, 8. Do Hung Dung (C), 11 Nguyên Tuan Anh, 12. Bui Hoang Viet Anh, 14. Nguyên Hoang Dục, 17. Vu Van Thanh, 20. Phan Van Dục, 22. Nguyen Tien Linh

Pemain Simpanan : 1. Tran Nguyen Manh (GK), 21. Nguyen Van Toan (GK), 2. Do Duy Mạnh, 4. Bui Tien Dung, 7. Nguyen Phong Hong Duy, 9. Nguyen Van Toan, 10. Nguyen Van Quyet, 13. Ho Tan Tai, 15. Châu Ngọc Quang, 16. Nguyên Thanh Chung, 18. Pham Tuan Hai, 19. Nguyên Quang Hai

Piala AFF 2022 Final 1: Vietnam 2-2 Thailand

Thailand mempamerkan aksi kebangkitan dengan dua jaringan di perlawanan akhir pertama Piala AFF 2022 selepas ketinggalan 1-0 namun Vietnam berjaya menyamakan kedudukan dipenghujung perlawanan.

Maka bermulalah perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF 2022 untuk edisi yang ke-14 yang menemukan dua pasukan terpaling cemerlang Thailand dan juga Vietnam.

Vietnam hadir ke final dengan status pasukan dengan pertahanan terbaik tanpa sebarang bolos di sepanjang perjalanan mereka. Thailand pula pasukan paling mengancam dengan 16 dicetak di Piala AFF 2022.

Berdasarkan ranking FIFA, Vietnam adalah pasukan terbaik di Asia Tenggara dikedudukan 96 dunia diekori Thailand yang berada di posisi 111 dunia.

Thailand merupakan juara terbanyak Piala AFF apabila menang 6 kali. Gajah Perang juga menjadi pasukan paling banyak mara ke final iaitut sebanyak 9 kali dalam 14 edisi.

Thailand dan Vietnam sebelum ini hanya sekali sahaja bertemu di final untuk perebutan juara di Piala AFF 2008. Vietnam berjaya menewaskan Thailand dengan agregat 3-2 untuk muncul juara buat kali pertama.

Alexandre Mano Polking dan Park Hang Seo masing-masing telah berjaya memenangi gelaran juara Piala AFF dan Final Piala AFF 2022 adalah perebutan kedua secara peribadi.

Pham Tuan Hai melakukan satu percubaan bahaya pada minit ke-10 selepas menerima hantaran daripada Nguyen Tien Linh, rembatan leretnya gagal menepati sasaran.

Gerakan dari hantaran pendek Thailand membolehkan Adisak Kraison lolos dengan melepaskan satu tembakan deras yang ditepis oleh penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam.

Hantaran silang cantik Que Ngọc Hai disusuli dengan larian dari belakang oleh Nguyen Tien Linh yang terus menyambar hantaran itu dengan sundulan terbang aras rendah.

Jaringan ini membolehkan Nguyen Tien Linh menyamakan jumlah jaringan Teerasil Dangda untuk perebutan kasut emas dengan 6 gol.

Kapten Thailand Theerathon Bunmathan cuba menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma cantik tapi sayang sekadar menggegar palang.

Pada minit ke-40 kekecohan hampir tejadi yang boleh membawa kepada pergaduhan namun pengadil berjaya mengawal situasi

Thailand agak tenggelam sepanjang perlawanan dn seperti tersentak dengan jaringan Vietnam dan memperkemaskan kembali permainan.

Vietnam tampak jauh lebih mengancam berbanding Thailand apabila menghadirkan beberapa percubaan bahaya diseparuh masa pertama.

Ternyata Thailand menggunakan rehat separuh masa untuk kembali memperkuatkan jentera mereka dengan bermuhasabah diri dan mempamerkan aksi kebangkitan.

Tiga minit bersambung permainan Thailand terus menyamakan kedudukan melalui Poramet Arjvirai yang memyempurnakan hantaran cantik gelembung buaya Theerathon Bunmathan.

Pada minit ke-63, Thailand bangkit mendahului melalui jaringan Sarach Yooyen yang berjaya lepas perangkap offside untul menerima hantaran lolos dari Theerathon Bunmathan.

Sepertinya kemenangan akan menjadi milik Thailand, Vietnam tidak berputus asa dengan sokongan penyokong sendiri.

Pemain gantian Vietnam Vu Van Thanh kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-88 dengan rembatan deras cantik dari luar kotak.

Theerathon Bunmathan yang disebut-sebut ancaman yang perlu dineutralkan masih gagal dibendung walaupun Park Hang Seo berhempas merencanakan taktikal untuk menyekat pemain itu.

Kapten Thailand itu adalah penyebab kepada terhasilnya dua gol Thailand diseparuh masa kedua.

Final Piala AFF 2022 pusingan pertama berakhir dengan keputusan seri 2-2. Kelebihan besar buat Thailand yang membawa bekal 2 gol tempat lawan.

Kesebelasan Utama Vietnam: 23. Dang Van Lam (GK), 2. Do Duy Mạnh, 3. Que Ngọc Hai, 4. Bui Tien Dung, 5. Doan Van Hau, 8. Do Hung Dung (C), 13. Ho Tan Tai, 14. Nguyên Hoang Dục, 18. Pham Tuan Hai, 19. Nguyên Quang Hải, 22. Nguyen Tien Linh

Pemain Simpanan: 1. Tran Nguyen Manh (GK), 21. Nguyen Van Toan (GK), 6. Nguyên Thanh Binh, 7. Nguyên Phong Hong Duy, 9. Nguyen Van Toan, 10. Nguyên Van Quyet, 11. Nguyên Tuan Anh, 12. Bui Hoang Viet Anh, 15. Châu Ngọc Quang, 16. Nguyên Thanh Chung, 17. Vu Van Thanh, 20. Phan Van Dục

Kesebelasan Utama Thailand: 1. Kampon Phatomakkakul (GK), 2. Sasalak Haiprakhon, 3. Theerathon Bunmathan (C), 4. Pansa Hemviboon, 6. Sarach Yooyen, 8. Peeradol Chamrasamee, 9. Adisak Kraisorn, 12. Kritsada Kaman, 15. Suphanan Bureerat, 18. Weerathep Pomphan, 21. Poramet Arjvirai

Pemain Simpanan: 20. Kittipong Phoothawchuek (GK), 23. Saranon Anuin (GK), 5. Chalermsak Aukkee, 7. Sumanya Purisai, 10. Teerasil Dangda, 11. Bordin Phala, 13. Jaroensak Wonggorn, 14. Sanrawat Dechmitr, 16. Jakkapan Pornsai, 17. Ekanit Panya, 19. Chatmongkol Rueangthanarot, 22. Channarong Promsrikaew

BACA:  Presiden FIFA Beri Jemputan Kepada 'Budak Gua Thailand' Untuk Hadiri Perlawanan Akhir Piala Dunia