Piala AFF 2022: Kesebelasan Utama Malaysia vs Vietnam

Pasukan Malaysia bertandang ke Stadium My Dinh, Hanoi untuk perlawanan ketiga Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 disaingan kumpulan B bertemu Vietnam yang merupakan antara pasukan pilihan.

Vietnam merupakan ujian sebenar kekuatan skuad Harimau Malaya yang dipimpin oleh Kim Pan Gon dengan barisan muka baru yang setakat ini masih boleh ditebak kemampuan sebenar mereka.

Ketua Jurulatih Vietnam Park Hang Seo walaupun melaungkan keyakinan mampu menang namun tidak memandang rendah kemampuan pasukan Harimau Malaya ini.

Dalam dua perlawanan pertama Kim Pan Gon menurunkan dua barisan kesebelasan utama yang berlainan hanya mengekalkan Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Faisal Abdul Halim dan Sharul Nazeem Zulpakar.

Kim Pan Gon mempunyai kepercayaan tertinggi kepada 23 pemain yang dibawanya dan percaturan pengendali Korea Selatan itu dilabel sebagai berani mati.

Brendan Gan dengan selambanya telah diturunkan dari bangku simpanan untuk beraksi di posisi baharu sebagai pemain pertahanan tengah ketika menentang Myanmar.

Berikut merupakan senarai kesebelasn utama Malaysia vs Vietnam:

Kesebelasan utama Malaysia:

Ahmad Syihan Hazmi, Muhammad Azam Azmi Murad, Sharul Nazeem Zulpakar, Dominic Tan, Ruventhiran A/l Vengadesan, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Mohamad Faisal Abdul Halim, Lee Andrew Tuck, Darren Lok.

Pemain Simpanan:

Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Fazly Mazlan, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Muhammad Safawi Rasid, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Kim Pan Gon telah membuat 9 pertukaran untuk kesebelasan utama menentang Vietnam dengan hanya Sharul Nazeem Zulpakar dan Mohamad Faisal Abdul Halim dari skuad yang membelasah Laos.

Ahmad Khuzaimi Piee yang disahkan kecederaan terkoyak betis oleh Kim Pan Gon selepas menentang Laos tidak ada dalam senarai pasukan walaupun di bangku simpanan.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Laos

Malaysia turun untuk perlawanan kedua perlawanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di kumpulan B menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil dan tiga mata kedua wajib dicari.

Harimau Malaya menang tipis ke atas Myanmar dalam perlawanan pembukaan hasil jaringan tunggal Faisal Halim, aksi adiwira Syihan Azmi di minit menyelamatkan sepakan penalti menafikan Myanmar untuk berkongsi mata.

Beraksi di laman sendiri di stadium keramat Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon bukan sekadar mahukan tiga mata tetapi juga jaringan yang besar.

Dalam perlawanan Vietnam menentang Laos, pasukan Vietnam berpesta gol apabila membelasah pasukan Sejuta Gajah dengan enam gol tanpa balas.

“Sasaran kita, mesti menang (esok) dan jika kita mahu menamatkan saingan kumpulan di kedudukan teratas, kita perlu mengejar perbezaan gol. Vietnam sudah dapat enam jaringan manakala kita satu, dan kita kurang lima gol.”

“Kita amat menghormati Laos kerana selepas kekalahan besar, mereka pasti bangkit lebih kuat. Tentu mereka tidak mahu kalah lagi. Kita perlu lebih kuat berdepan Laos untuk capai sasaran kita,” Ujar Kim Pan Gon kepada Awani.

Dan untuk merealisasikan sasaran itu inilah kesebelasan utama Malaysia vs Laos yang telah di senaraikan Kim Pan Gon dengan rombakan besar-besaran:

Kesebelasan utama Malaysia:

Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Sharul Nazeem Zulpakar, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Fazly Mazlan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Mohamad Faisal Abdul Halim, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Muhammad Safawi Rasid.

Pemain Simpanan:

Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Ahmad Syihan Hazmi, Dominic Tan, Muhammad Azam Azmi Murad, Ahmad Khuzaimi Piee, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Ruventhiran A/l Vengadesan, Lee Andrew Tuck, Darren Lok, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Berita buruk buat skuad Harimau Malaya apabila tonggak pertahanan negara, Ahmad Khuzaimi Piee yang mengalami kecederaan ketika menentang Myanmar dan dijangka terlepas baki perlawanan kejohanan.

Berita ini berdasarkan dari laporan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang menjangkakan aksi Ahmad Khuzaimi Piee di Piala AFF 2022 sudah berakhir.

“Khuzaimi Piee mungkin akan terlepas pada keseluruhan AFF 2022 berdasarkan keadaannya tadi. Dia terpaksa guna Shoulder Crutches. Skuad Harimau Malaya akan update lepas teliti laporan pegawai perubatan. Doakan Jimmy cepat sembuh. 🤲😢”

Antara berita yang menjadi perbualan peminat bola sepak Malaysia menjelang pertemuan Malaysia dan Laos ini adalah mengenai isu kanvas bagi menutup permukaan padang bagi mengelakkan padang ditakungi air.

Kanvas padang milik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi digunakan untuk menutup permukaan padang dan mengelakkannya daripada ditakungi air.

Ini bukan kali pertama kanvas milih juara Liga Super Malaysia (MSL) sembilan kali berturut-turut itu dipinjamkan untuk kegunaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Langkah tersebut dilakukan bagi mengelak permukaan padang SNBJ ditakungi air sehingga merosakkan permukaan padang seperti mana yang dialami ketika pusingan kelayakan ketiga Piala Asia 2023 yang berlangsung pada Jun lalu.

Bagi mengatasi masalah itu, kanvas berwarna hijau dipinjamkan oleh JDT untuk mengelakkan air bertakungan sekaligus memastikan keadaan padang berada di tahap terbaik sebelum perlawanan bermula.

Sebelum ini, kanvas tersebut pernah digunakan dalam perlawanan akhir Piala FA 2022 ketika JDT menentang Terengganu pada 10 September lepas.

Kanvas sama turut digunakan menutup permukaan padang SNBJ sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia pada bulan lalu setelah hujan turut lebat pada sebelah siang menjelang perlawanan.

Kanvas itu sebenarnya milik JDT dan sering digunakan di Stadium Larkin dan ia adalah langkah proaktif diambil pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) bagi memastikan kelancaran final Piala FA tanpa berhadapan masalah padang basah.

Sejak daripada itu, pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) secara berterusan meminta kanvas sama dipinjamkan setiap kali membabitkan perlawanan penting di SNBJ.

BACA:  Kelayakan Piala Asia 2023: Malaysia 4-1 Bangladesh