Piala Dunia 2022: Perancis Umum Senarai Rasmi Skuad 25 Pemain

skuad perancis

Didier Deschamps telah mengumumkan senarai nama pemain skuad Perancis yang akan menggalas tanggungjawab di Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar pada musim sejuk ini.

FIFA telah membenarkan maksima 26 orang pemain untuk dibawa ke Qatar namun Didier Deschamps memilih untuk membawa hanya 25 orang pemain sahaja.

Paling menarik apabila pemain pertahanan Manchester United, Raphael Varane turut dipilih walaupun mengalami kecederaan Hamstring ketika menentang Chelsea dua minggu lalu.

Raphael Varane kelihatan menangis dan sebak apabila terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan menentang Chelsea itu yang memberi petanda tiada aksi Piala Dunia baginya namun tetap terpilih.

Penjaga gol Spurs dan West Ham, Hugo Lloris dan Alphonse Areola menyertai William Saliba, Ibrahima Konate serta Raphael Varane sebagai wakil pemain yang berpangkalan di Liga Perdana dalam pasukan Perancis.

Sudah pasti William Saliba menjadi prospek paling menarik dengan karier penuh sensasi sejak kembali bersama Arsenal selepas cemerlang ketika dipinjamkan ke Marseille musim lalu.

William Saliba menjadi tonggak penting Arsenal dan benteng kebal skuad London itu yang kini gaya di puncak Premier League.

Kecemerlangan William Saliba telah membuka mata Deschamps untuk menyenarai dan membawanya ke Qatar.

Olivier Giroud yang tersisih dari skuad Perancis sepanjang tahun 2022 kerana saingan sengit dari Kylian Mbappe, Antoine Griezmann dan Karim Benzema kembali semula.

Pemain veteran berusia 36 tahun itu telah diberi peluang untuk permulaan positif musim ini di mana dia telah menjaringkan sembilan gol dalam 18 perlawanan untuk AC Milan dalam Serie A dan Liga Juara-Juara.

Giroud berpeluang menjadi penjaring terbanyak Perancis sepanjang zaman Perancis bersama bekas Penyerang Arsenal hanya dua gol di belakang rekod 51 gol dicipta Thierry Henry.

Sementara itu, kemasukan Ibrahima Konate ke dalam pasukan Les Blues adalah satu kejutan dan menimbulkan persoalan memandangkan dia hanya bermain dua kali bersama Perancis dan hanya beraksi dalam empat perlawanan dalam semua pertandingan untuk Liverpool musim ini.

Dah la jarang bermain, Liverpool pula langsung tidak hebat musim ini tapi Deschamps dah pilih hadap jela. dan ini senarai 25 pemain Perancis ke Piala Dunia:

Penjaga Gol:

Hugo Lloris (Tottenham Hotspur)
Alphonse Areola (West Ham)
Steve Mandanda (Rennes)

Pertahanan:

Lucas Hernardez (Bayern Munich)
Theo Hernandez (AC Milan)
Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain)
Ibrahima Konate (Liverpool)
Jules Kounde (Barcelona)
Benjamin Pavard (Bayern Munich)
William Saliba (Arsenal)
Dayot Upamencano (Bayern Munich)
Raphael Varane (Manchester United)

Tengah:

Eduardo Camavinga (Real Madrid)
Youssouf Fofana (Monaco)
Matteo Guendouzi (Marseille)
Adrien Rabiot (Juventus)
Aurelien Tchouameni (Real Madrid)
Jordan Veretout (Marseille)

Penyerang:

Karim Benzema (Real Madrid)
Kinglsey Coman (Bayern Munich)
Ousmane Dembele (Barcelona)
Olivier Giroud (AC Milan)
Antoine Griezmann (Atletico Madrid)
Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
Christopher Nkunku (RB Leipzig)

Bercakap mengenai pemilihan skuadnya, Deschamps mengakui berdepan kesukaaran lantaran Perancis dibarisi pemain-pemain yang padu:

โ€œSejujurnya, ini bukanlah pemilihan yang paling mudah.โ€

โ€œIa adalah sama untuk semua pengurus pasukan kebangsaan yang lain. Pemain yang pulih daripada kecederaan, pemain yang cedera malam tadi, yang boleh cedera malam ini.โ€

Perancis memulakan kempen Piala Dunia mereka pada 22 November menentang Australia, sebelum berdepan Denmark pada 26 November dan Tunisia pada 30 November.

Les Blues merupakan juara bertahan Piala Dunia selepas menewaskan Croatia dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2018, Rusia dan telah diangkat sebagai pasukan pilihan dan diramal mampu mengekalkan gelaran juara.

Namun ini Piala Dunia yang sentiasa menjanjikan kejutan, dalam sejarah Piala Dunia hanya Itali (1934, 1938) dan Brazil (1958, 1968) sahaja berjaya mengekalkan kejuaraan mereka dengan kemenangan dua kali berturut-turut.

Selepas Piala Dunia 1968 tiada lagi pasukan berjaya mempertahankan kejuaraan.

BACA:ย  Keputusan Undian Pusingan Akhir Piala Dunia Qatar 2022