Kylian Mbappe memberikan restunya kepada pegurus, Mauricio Pochettino untuk kekal di Paris Saint Germain. Bila baca ayat tu bunyi macam pelik, kan? Tapi itulah yang berlaku di kelab ibu kota Perancis tersebut seperti mana yang dilaporkan oleh media Britain, DailyMail.
Penyerang antarabangsa Perancis yang pernah menjadi sasaran Real Madrid itu dilaporkan baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama PSG yang bernilai £650,000 seminggu selepas cukai dan dia juga dikhabarkan mempunyai kuasa tanpa batasan tentang urusan pasukan utama kelab tersebut.
Sejak ditendang keluar oleh Real Madrid dalam kancah saingan Liga Juara-Juara UEFA di peringkat suku akhir, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Pochettino akan dipecat oleh pengarah sukan, Leonardo, dan akan digantikan oleh pengurus yang lebih berkaliber.
Pochettino sebelum ini pernah dikaitkan untuk kembali ke England dan menerajui pasukan seperti Manchester United atau bekas kelabnya, Tottenham Hotspur, namun dengan kedua-dua kelab tersebut sudahpun mempunyai pengurus tetap, maka tidak dapat tidak Pochettino terpaksa kekal di Paris untuk memastikan setiap bulan akan ada potongan KWSP untuknya.
Menerusi satu laporan daripada L’Equipe, Mbappe tampil memberikan sokongan kepada pengurusnya tersebut dan sokongan ini ternyata sangat kuat impaknya memandangkan Mbappe adalah anak emas pemilik PSG dan sebaliknya, Leonardo pula yang dipecat daripada jawatan pengarah sukan.
🚨 𝗕𝗥𝗘𝗔𝗞𝗜𝗡𝗚: Mauricio Pochettino could now STAY at PSG. Kylian Mbappé holds him in high regard and PSG's idea would be to appoint Pep Guardiola in 2023, when his Manchester City deal runs out.
(Source: L'Equipe) pic.twitter.com/kcQYSRS29K
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 23, 2022
Sememangnya terdapat cakap-cakap umum yang mengatakan bahawa Mbappe memang mempunyai masalah dengan Leonardo.
Walaubagaimanapun, sekiranya Pochettino masih dipecat, beberapa nama pengurus dikatakan telah disenaraipendekkan, antaranya adalah Zinedine Zidane.
Aura Zidane sebagai legenda bola sepak di negara Perancis tidak dapat dinafikan lagi. Meskipun karier gemilangnya lebih banyak berkisar di luar Perancis, penyokong bola sepak di negara tersebut tidak lupa dua gol yang dijaringkannya dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1998 menentang Brazil.
Selaku pemain, Zidane telah memenangi kesemua piala yang disertainya sama ada liga domestik, Liga Juara-Juara UEFA, Kejohanan Eropah dan juga Piala Dunia.
Selepas bersara, Zidane mencipta nama selaku pengurus yang hebat apabila membimbing Real Madrid muncul juara UCL tiga kali berturut-turut bermula 2015 sehingga 2018.
Selain Zidane, pengurus Tottenham, Antonio Conte turut menjadi sebutan untuk berada di kerusi panas PSG sekiranya Pochettino dipecat. Conte sememangnya dikenali sebagai pengurus yang mempunyai kepakaran untuk memenangi trofi, terutamanya dalam kancah liga domestik.
Setakat ini dia telah menjulang trofi liga bersama Juventus dan Chelsea, selain mampu membawa pasukan Spurs berada di tangga keempat Liga Perdana Inggeris pada musim ini, sekaligus melayakkan pasukan London tersebut ke UCL pada musim hadapan.
Conte sememangnya diketahui mempunyai kemampuan untuk melakukan pembelian pemain yang tepat dengan kehendaknya serta keperluan pasukan dan ini dapat dilihat pada musim ini di mana prestasi Spurs meningkat selepas membawa masuk Dejan Kulusevski secara pinjaman dari Juventus.
Jika Conte dilantik sebagai pengurus di Paris, dia pasti tidak akan berhadapan masalah untuk mendapatkan dana bagi membeli pemain mengikut acuannya dan mungkin kita akan saksikan PSG akhirnya akan menjulang UCL buat kali pertama.
Selain itu, Luis Enrique turut dimasukkan dalam senarai pengganti Pocehttino. Sekiranya pengurus Sepanyol ini dilantik, mungkin seluruh dunia bakal menyaksikan aksi terbaik Neymar kembali kerana bersama Enrique, Neymar telah beraksi sangat cemerlang dan mencipta gandingan yang sangat mantap bersama Leo Messi dan Luis Suarez di Barcelona, sehingga berjaya mencipta kejuaraan trebel.
Ketiga-tiga penyerang ini boleh diangkat sebagai trio serangan yang paling mantap dalam sejarah kelab Eropah dan dengan adanya Enrique di tepi padang di Parc Des Pricess, mungkin akhirnya Mbappe dan Neymar akhirnya mampu mencipta persefahaman yang bagus.
Apapun, kesemua itu mungkin hanya mimpi buat masa ini kerana Mbappe sudah memberikan restu buat Pochettino. Perlu diingat, kuasa Mbappe di kelab tersebut kini sangat besar dan bertaraf pengarah sukan – termasuk mempunyai kuasa untuk menentukan pembelian dan penjualan pemain.
Itu mengikut cerita daripada media mat saleh la. Kami di The Sukan, iyakan saja. Tak iyakan kang nanti keci