Pogba Bakal Terlepas Piala Dunia dan Akan Kembali Beraksi Pada 2023

Pemain tengah kontroversi, Paul Pogba dilaporkan bakal terlepas kejohanan Piala Dunia 2022, Qatar dan dijangkan akan kembali beraksi untuk Juventus seawal tahun 2023.

Situasi ini terjadi kerana kecederaan lutut yang dialami Paul Pogba dalam satu sesi latihan selepas 2 minggu menyertai Juventus dari Manchester United selepas kontraknya tamat.

Kepulangan kembali Paul Pogba untuk mengembalikan kegemilangan dan memperkasan Juventus tidak berjalan seperti dirancang apabila mengalami koyakan meniskus disisi lutut kanannya.

Paul Pogba kini berada dalam pemantauan pakar perubatan bagi mencari rawatan terbaik untuk pemain itu.

Pada awalnya Paul Pogba dijangka akan menjalani pembedahan di Amerika Syarikat ketika Juventus meneruskan persediaaan pra-musim dan akan menentang Real Madrid pada ahad.

Namun Paul Pogba telah kembali ke Itali untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Akhbar Itali, La Gazetta dello Sport melaporkan Paul Pogba mempunyai dua pilihan rawatan di mana salah satunya akan menyebabkannya hanya dapat beraksi seawal 2023.

Pilihan pertama rawatan adalah sebahagian meniskus akan dibuang dan Paul Pogba memerlukan tempoh masa 40-50 hari untuk beraksi.

Namun rawatan ini dilihat lebih sesuai untuk pemain muda dan boleh memberi kesan kepada pergerakan Pogba di padang. Pogba kini bukanlah muda lagi.

Pilihan kedua yang ada dan kurang berisiko adalah dengan menjahit luka tersebut tetapi Pogba mungkin memerlukan masa rehat sehingga 4-5 bulan dari bola sepak.

Jika pilihan kedua menjadi pilihan, Pogba pasti tidak akan mampu kembali cergas untuk Piala Dunia di Qatar yang akan berlangsung pada 21 November ini.

Juara bertahan, Perancis akan berdepan dengan Austarlia, Denmark dan Tunisia yang telah diundi untuk berada dalam kumpulan D.

Pogba kini dalam perbincangan bersama pakar untuk membuat keputusan terbaik untuk kembali pulih.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Juventus sebelum Pogba kembali ke Itali, The Old Lady telah mengesahkan pemain tengah itu memerlukan pembedahan.

β€œSusulan mengadu sakit di lutut kanannya, Paul Pogba menjalani pemeriksaan radiologi yang mendedahkan luka pada meniskus sisi.”

β€œDalam beberapa jam lagi dia akan menjalani perundingan bersama pakar ortopedik.”

β€œOleh itu, untuk meneruskan rawatan, dia tidak mengambil bahagian dalam perjalanan ke Dallas.”

Namun kecederaan yang dialami oleh Paul Pogba ini kelihatan lebih serius dari jangkaan Juventus dan membuatkan mereka agak panik dan Juventus sudah bersedia untuk mendapatkan pengganti Pogba.

Juventus yang baru mengesahkan mereka melepaskan Aaron Ramsey dengan penamatan kontrak atas persetujuan bersama.

Kini menilai pilihan untuk mendapatkan Saul Niguez dari Atletico. Pemain yang dipulangkan semula oleh Chelsea selepas gagal menunjukkan aksi diharapkan.

Juventus benar benar terdesak mahukan pemain tengah baharu sebelum jendela perpindahan ditutup untuk mengisi dan menampung ketiadaan Paul Pogba sementara pemain itu dalam proses pemulihan.

Paul Pogba telah lama menjalinkan hubungan dengan Manchester United sejak menyertai Akademi kelab itu dari Le Havre pada usia hanya 16 tahun.

Lelaki Perancis yang berbakat besar itu dengan pantas mendaki untuk ke puncak karier dengan aksi meyakinkan bersama skuad bawah-18 dan kemudian terus naik ke pasukan simpanan.

Tetapi pada musim panas 2012, disebabkan persaingan sengit untuk mendapat tempat di Old Trafford serta sikapnya, Pogba menyertai kelab gergasi Itali, Juventus.

Pogba dengan cepat mengecap kejayaan di Piedmont, membantu La Vecchia Signora menjulang empat gelaran Serie A berturut-turut dan beberapa Coppa Italia.

Bagaimanapun, pada 2016, Pogba membuat keputusan penuh emosi untuk kembali ke Old Trafford, dalam usaha untuk meneruskan karier gemilang di United selepas pergi pada musim 2011/12.

Perlawanan terakhirnya bersama Setan Merah telah berakhir dalam tempoh 10 minit dengan kekalahan memalukan kepada Liverpool di Anfield.

Pogba membuat 223 penampilan bersama Setan Merah dan telah menjaringkan 39 gol serta mencipta 51 bantuan gol dan kini bersama Juventus walaupun menerima gaji jauh lebih rendah.

BACA:Β  Aksi Penjaga Gol Paul Pogba Bantu Antonio Jana Hampir RM1.4 Juta