Pogba: Kante Lebih Layak Menang Ballon d’Or Berbanding Messi Dan Ronaldo

Pemain bintang Manchester United Paul Pogba telah mendakwa bahawa N’Golo Kante merupakan pemain bola sepak yang selayaknya menang Ballon d’Or berbanding Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

N’Golo Kante pemain yang terkenal dengan sifat pemalu dan rendah diri itu telah memainkan peranan penting ketika Chelsea menjuarai Champions League musim ini terutama di pusingan kalah mati.

Pada awal musim, N’Golo Kante bukan pilihan Frank Lampard dan kurang mendapat peluang untuk beraksi sehinggalah Thomas Tuchel datang selepas Lampard dipecat.

Dibawah bimbingan Thomas Tuchel, Kante kembali dengan pada prestasinya yang terbaik dan kembali menyajikan aksi dengan empat jantung di segenap pelusuk padang.

Permulaan aksi gila power Kante bermula pada separuh akhir pertama dan kedua Champions League yang menyingkirkan Real Madrid dengan permainan yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Kemuncaknya adalah pada perlawanan akhir, Kante terus mengekalkan statusnya sebagai pemain terbaik perlawanan dan memastikan kejuaraan milik Chelsea.

Dengan aksi yang dipamerkan Kante itu, Paul Pogba telah mengangkat rakan senegaranya itu sebagai pemain paling layak memenangi anugerah berprestij Ballon d’Or.

Becakap kepada Eurosport France’s FC Stream Team podcast Pogba berkata:

“Apa yang aku nak cakapkan kepada seluruh dunia sekarang bahawa NG yang kita lihat dalam beberapa bulan ini akan sentiasa sama.”

“Kita banyak bercakap mengenai prestasi beliau tetapi beliau sentiasa bagus seperti itu buat selamanya.”

“Tiada Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi di separuh akhir, jadi sangat bagus untuk melihat persembahan dari seorang pemain tengah atau juga seorang pemain pertahanan.”

“Aku dah cakap lama dah sebelum ini sangat kena jika Chelsea jadi juara dan untuk Kante memenangi Ballon d’Or. Beliau sangat layak untuk anugerah itu.”

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah mendominasi anugerah Ballon d’Or sejak tahun 2008 dan selepas sedekad Luka Modric memecahkan duopoly Messi-Ronaldo pada tahun 2018.

Sejak 2018 sehingga kini Lione Messi telah memenangi anugerah Ballon d’Or buat kali keenam pada tahun 2019 dan Ronaldo pula telah meraih lima gelaran Ballon d’Or.

Pada tahun 2020 anugerah Ballon d’Or telah dibatalkan kerana wabak dan pembatalan ini juga bagi menjaga prestij anugerah tersebut kerana ada liga yang telah dibatalkan pada musim itu.

Kini jika diambil kira undi popular, Kante merupakan calon kegemaran ramai peminat bola sepak untuk meraih anugerah Ballon d’Or dan jika cemerlang membawa Perancis menjuarai EURO 2020 pasti anugerah itu dalam genggaman Kante.

Namun pemilihan pemenang anugerah Ballon d’Or ini terletak dikaki para panel juri yang dilantik dan dengan kenyataan pemain seperti Pogba mungkin dapat mempengaruhi keputusan juri.

Seramai 40 peratus peminat percaya Kante seharusnya menang anugerah Ballon d’Or berbanding Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Robert Lewandowski dan Kylian Mbappe.

Ketika ditanya mengenai peluang Perancis muncul juara semakin tinggi dengan kehadiran Karim Benzema ini jawapan Paul Pogba.

“Kami mempunyai pasukan PlayStation tapi kami akan kekal menjadi pasukan PlayStation jika kami tidak menang trofi.”

“Kami harus hidupkan jangkaan ramai dan disana nanti harapan orang ramai akan bertambah dengan kembalinya Karim Benzema.”

“Sungguh bagus dapat melihat senarai pemain seperti itu dan akan selalu menjadi penghormatan tapi kau kena selalu wujud di padang.”

“Menjadi juara dunia dang mempunyai senarai pemain pasukan seperti itu, maka orang akan menaruh harapan tinggi kepada kami untuk memberi sesuatu yang lebih dan luar biasa.”

Senarai 26 pemain Perancis yang diumumkan oleh Didier Deschamp boleh membuatkan air liur menitik dan betul seperti kata Pogba pasukan idaman yang digunakan dalam permainan PlayStation.

BACA:  Guardiola Dakwa Ditawarkan Peluang Untuk Menandatangani Pogba Januari Lalu