Premier League 2019/20: Liverpool 1-1 Burnley

Rekod kemenangan seratus peratus pasukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool sang penakluk dunia di Anfield akhirnya lebur dibakar oleh Burnley.

Kali terakhir Liverpool gagal menang di stadium keramat mereka, Anfield pada bulan Januari 2019 ketika menentang Leicester City.

Sejak itu Liverpool telah mencatatkan 24 kemenangan berturut-turut di Anfield sehinggalah dileburkan oleh Burnley dalam perlawanan ke-25.

Keputusan seri ini juga terus mengekalkan Sunderland sebagai satu-satunya pasukan Inggeris mencatatkan kemenangan 100% di tempat sendiri dalam semusim.

Rekod ini dilakukan oleh Sunderland pada musim 1891/92 dengan mencatatkan 13 kemenangan dalam 13 perlawanan.

Sebagai juara, Liverpool tidak jemu menerima perbarisan hormat atau Guard of Honour daripada pemain Burnley.

Liverpool bermula baik dalam perlawanan ini dengan aksi yang penuh meyakinkan dan padu seperti biasa dengan gelaran juara yang disandang.

Andrew Robertson berjaya memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke-34 melalui satu sundulan tajam sesedap rasa dan cantik.

Hantaran cantik Fabinho mencari Robertson yang tidak dikawal lalu menghantuk bola dengan sekuat hati untuk gol pertama.

Selepas itu Liverpool terus menyerang bertali arus untuk menambah jaringan namun dinafikan oleh kecekapan penajga gawang Burnley, Nick Pope.

Sebanyak lapan penjimatan(Saves) yang berjaya dilakukan Nick Pope dalam perlawanan ini dan menafikan gol tambahan daripada Liverpool.

Percubaan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Curtis Jones dinafikan Nick Pope dan ada juga yang dikecewakan tiang gol.

Pada minit ke-69 Jay Rodriguez menyamakan kedudukan melalui satu rembatan padu yang berpunca daripada sepakan bola mati.

Johann Berg Gudmundsson hampir memberikan Burnley kemenangan namun sepakannya yang padu itu sekadar mengenai palang.

Sebanyak 23 percubaan dilakukan Liverpool dalam perlawanan ini tetapi hanya satu gol sahaja yang terhasil.

Percubaanv terbanyak mereka lakukan dalam perlawanan Premier League di mana Liverpool gagal menang sejak Disember 2017 ketika menentang Everton.

Kesebelasan utama Liverpool 1-1 Burnley

Liverpool (4-3-3): Alisson 6; Williams 6 (Alexander-Arnold 69 6.5) , Gomez 7, van Dijk 7, Robertson 8.5; Wijnaldum 6 (Oxlade-Chamberlain 81), Fabinho 7, Jones 6.5 (Keita 69 6); Salah 6, Firmino 7, Mane 6

Subs unused: Adrian (Gk), Lovren, Minamino, Shaqiri, Origi, Elliott

Burnley (4-4-2): Pope 9; Bardsley 6, Tarkowski 7.5, Long 8, Taylor 6.5; Pieters 7 (Gudmundsson 65 6), Westwood 6, Brownhill 6.5, McNeil 6; Rodriguez 7, Wood 6 (Vyrda 65 6)

Subs unused: Peacock-Farrell, Brady, Thompson, Dunne, Benson, Goodridge, Driscoll-Glennon

BACA:  Premier League 2021/22: Liverpool 4-0 Manchester United (Agg. 9-0)