Premier League 2019/20: Liverpool 2-0 Aston Villa

Pasukan paling hebat di muka bumi yang tiada tara banding lagi Liverpool meneruskan sisa baki perlawanan di Premier League selepas dinobatkan sebagai juara yang rasmi.

Aston Villa bertandang ke Anfield sekadar melengkapkan perlawanan kerana kekalahan sudah pasti akan di bawa pulang walaupun mata yang dicari.

Apa nak diharapkan dengan permainan Liverpool yang sudah tidak apa yang mahu dikejar selain rekod-rekod tertentu sahaja.

Bermain tanpa tekanan anak buah Jurgen Klopp bermain dengan begitu bersahaja dan seperti malas berfikir untuk memecahkan kubu Villa.

Maka perlawanan berlangsung dengan hambarnya dan segala asakan Aston Villa tidak mampu menewaskan Alisson Becker.

Gol pembukaan Liverpool hadir lewat menerusi Sadio Mane pada minit ke-71 yang menyempurnakan penat lelah Naby Keita.

Ketika permainan sampai ke penghujung, Curtis Jones yang masuk dari bangku simpanan menggantikan Naby Keita pada minit ke-85 menggandakan kedudukan.

Hanya lima minit sahaja yang diperlukan oleh Curtis Jones di padang untuk mencetak nama selaku penjaring.

Line up Liverpool 2-0 Aston Villa

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Gomez, van Dijk, Robertson, Oxlade-Chamberlain, Fabinho, Keita, Salah, Origi,
Mane.

Subs: Wijnaldum, Firmino, Adrian, Henderson, Minamino, Shaqiri, Jones, Elliott, Williams.

Aston Villa: Reina, Konsa, Hause, Mings, Taylor, McGinn, Douglas Luiz, Grealish, El Ghazi, Davis, Trezeguet.

Subs: Lansbury, Nakamba, Hourihane, Samatta, Jota, Guilbert, Nyland, Elmohamady, Vassilev.

BACA:  Alisson: Tinggalkan Roma Buatkan Saya Menangis