Premier League 2020/21: Arsenal 0-3 Aston Villa

Masih segar lagi kemenangan nasib Arsenal ke atas Manchester United minggu lalu dalam perlawanan yang langsung tidak menarik dan agak membosankan.

Arsenal bertemu Aston Villa yang terluka sebelum liga berhenti rehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa dan menjadi medan terbaik untuk meneruskan momentum.

Selepas cemerlang sejak awal musim, Aston Villa mula kehilangan rentak dalam dua, tiga perlawanan terakhir mereka.

Bertemu Arsenal yang lemah dan lembik sudah pasti menjadi medan terbaik Villa untuk kembali berada di landasan kemenangan.

John McGinn menggegar gawang untuk gol pembukaan dengan satu rembatan deras tidak masuk akal namun VAR membatalkan jaringan padu itu kerana offside.

Dengan hampir semua pemain berada dalam kotak sendiri, Aston Villa tiada masalah untuk menyelinap masuk dan hasilnya gol pertama buat mereka.

Bukayo Saka menjaringkan gol sendiri 23 minit kemudian untuk Villa mendahului permainan 1-0 dan kekal hingga tamat 45 minit pertama.

Ollie Watkins menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit untuk melengkapkan kemenangan penuh bergaya Villa di Stadium Emirates.

Ollie Watkins cemerlang menanduk masuk bola hantaran dari Ross Barkley dan menambah lagi gol tiga minit kemudian.

Barisan pertahanan Arsenal sekali bocor apabila Ollie Watkins menyempurnakan umpanan dari Jack Grealish.

Ollie Watkins kini sudah berjaya menjaringkan enam gol dari tujuh perlawanan untuk Aston Villa dalam saingan liga musim ini.

Hanya Dean Saunders (7 gol) dan Dion Dublin (9 gol) yang telah menjaringkan gol lebih dari Ollie Watkins untuk tujuh perlawanan pertama mereka untuk Villa dalam saingan liga.

Arsenal: Leno, Holding, Gabriel, Tierney, Bellerin, Thomas, Elneny, Saka, Willian, Lacazette, Aubameyang.

Subs: Ceballos, Runarsson, Maitland-Niles, Pepe, Luiz, Nketiah, Xhaka.

Aston Villa: Martinez, Cash, Konsa, Mings, Targett, McGinn, Douglas Luiz, Trezeguet, Barkley, Grealish, Watkins.

Subs: Taylor, Steer, Hourihane, Nakamba, El Ghazi, Elmohamady, Davis.

BACA:  Unai Emery Berdepan Siasatan FA Kerana Menendang Botol Ke Arah Penyokong Brighton