Premier League 2020/21: Arsenal 1-1 Southampton

Southampton boleh dikatakan lawan yang agak sukar buat Arsenal yang bergelut dengan apa pun tiada siapa yang tahu dan apa yang pasti Arsenal sememangnya lemah dan lembik.

Theo Walcott membuka tirai jaringan buat Southampton ke atas bekas kelabnya dengan satu lambungan mesra ke gawang selepas melihat Bernd Leno meluru keluar.

Theo Walcott tidak salah menjaringkan gol kerana tiada cinta lagi di hati, Walcott beberapa kali menguji gawang Arsenal selepas itu namun tidak berhasil.

Untuk rekod hanya Robin Van Persie dan Olivier Giroud yang menjaringkan lebih banyak gol di Emirates dalam perlawanan Premier League berbanding Walcott.

Pierre Emerick-Aubameyang akhirnya tidak lagi menjadi kaki bangku apabila menamatkan kemarau gol selama 648 minit di Emirates.

Ketika sinar kemenangan seperti datang menjemput Arsenal, Gabriel pula buat perangai apabila mengutip dua kad kuning dalam tempoh 4 minit.

Dua kad kuning bermakna kad merah dan dihalau keluar dari padang dan mujur bermain 10 orang tidak menjadikan Arsenal lauk kepada The Saint.

Masalah disiplin yang agak padu buat Arsenal dan entah apa tindakan Mikel Arteta untuk mengatasi masalah ini yang percaya kepada prose.

Sejak Arteta mula berkuasa setahun yang lalu, Arsenal telah mengutip 7 kad merah lebih separuh daripada pasukan lain di Premier League. Jahat atau tidak berdisiplin?

Mikel Arteta berharap dengan keputusan seri ini akan menjadi satu permulan dan proses pemulihan buat Arsenal yang menamatkan tiga kekalahan berturut-turut.

Arsenal: Leno, Maitland-Niles, Holding, Gabriel, Tierney, Ceballos, Elneny, Saka, Pepe, Aubameyang, Nketiah.

Subs: Runarsson, Cedric, Mustafi, Luiz, Willock, Willian, Lacazette.

Southampton: McCarthy, Walker-Peters, Bednarek, Vestergaard, Bertrand, Armstrong, Ward-Prowse, Romeu, Walcott, Adams, Ings.

Subs: Forster, Stephens, Redmond, Djenepo, Salisu, Diallo, N’Lundulu.

BACA:  Delegasi Arsenal Tiba Di Jerman Untuk Memuktamadkan Perjanjian Aubameyang